Saturday 1 June 2013

Wahsyi b.Harb

     

Engkau telah membunuh orang yang terbaik selepas Muhammad S.A.W ,
Dan kemudian engkau membunuh orang yang paling jahat .


                    Assalamualaikum wbt , hari ini ana dengan suka citanya ingin menyampaikan sebuah kisah yang menarik iaitu mengenai kisah Wahsyi b.Harb .Kisahnya agak sedih dan menyayat hati bagi ana .Semoga juga dapat menyentuh hati -hati pembaca sekalian .

                   Wahsyi b.Harb adalah seorang hamba kepada Jubair b.Muth'im .Beliau juga digelar sebagai Abu Dasamah .Thuaimah b.Adi,bapa saudaranya telah dibunuh oleh Hamzah b.Abdul Mutalib (pak cik nabi).Wahsyi b.Harb menyimpan dendam kesumat terhadap Hamzah dan berjanji akan menuntut bela bagi pak ciknya .Ketika tentera Quraisy telah bersedia untuk bertolak ke peperangan Uhud ,Jubair b.Muthim menawarkan untuk membebaskan Wahsyi daripada menjadi hamba sekiranya beliau berjaya membunuh Hamzah .Wahsyi pun bersetuju dengan tawaran tersebut .

                      Semasa dalam perjalanan Hindun  memandang ke arah lembing Wahsyi kerana memandangkan Wahsyi memang cekap melontar lembing kerana beliau ialah golongan Habsyi .Hindun juga berkata padanya,;"Hai,Abu Dasamah!Sembuhkanlah luka hati kami..!Tuntutkanlah bela dari Muhammad atas kematian bapa,pak cik dan saudara kami ...!"

                Dipendekkan cerita,ketika Hamzah sedang berlawan dengan  Siba' b. Abdul Uzza ,dengan sepantas kilat pedang Hamzah menghunus tubuh Siba' dan ketika itulah Wahsyi mengambil kesempatan melontar lembingnya .Lembing tersebut menusuk Hamzah dari perut sehingga tembus ke belakang.Hindun dengan gembiranya merayakan kemenangan tersebut dengan mengambil telinga dan hidung para syuhada' untuk membuat kalung dan anting-anting,malah hati Hamzah juga turut cuba untuk diratah .

                Hari berganti hari,kekuatan dan pengaruh umat islam semakin luas .Wahsyi cuba untuk berpindah kerana takut keselamatannya trancam memandangkan dia telah membunuh seorang yang sangat mulia di sisi Rasulullah SAW .Namun ada sesorang datang menasihati Wahsyi dengan menyatakan tiada gunanya dia terus berlari kerana Nabi Muhammad tidak akan membunuh sesiapa yang masuk islam .

                  Mendengar nasihat orang itu,Wahsyi pergi ke Yathrib untuk mencari Rasulullah .Akhirnya ,dia menemukan Rasulullah di dalam masjid .Dia memasuki masjid tersebut dengan hati-hati dan mengucapkan kalimah syahadah di hadapan Rasulullah .Mendengar ucapan itu ,Rasulullah mendongakkan kepala,namun setelah mengenali orang yang mengucapkan kalimah itu ialah  Wahsyi ,beliau mengalihkan pandangannya .Rasulullah menyuruh Wahsyi duduk dan menceritakan kenapa dia membunuh Hamzah .

                     Setelah mendengar Wahsyi bercerita ,Nabi mengalihkan pandangan daripada Wahsyi sambil berkata "celaka engkau hai Wahsyi.Palingkan wajahmu daripadaku! Jangan engkau perlihatkan mukamu kepadaku mulai hari ini .Sejak itu Wahsyi tidak pernah memperlihatkan wajahnya kepada Rasulullah dan hal ini berlanjutan sehingga baginda wafat .Sekiranya menghadiri majlis ilmu Rasulullah ,dia sengaja memilih kedudukan  di bahagian belakang dan tersorok .

                      Pada zaman khalifah Abu Bakar r.a terdapat peperangan dengan ahli-ahli murtad yang diketuai oleh Musailamah al-Kazzab .Wahsyi berkata kepada dirinya "Demi Allah !inilah kesempatan bagimu hai Wahsyi.Rebutlah kesempatan yang baik ini .Jangan disia-siakan".Maka dipendekkan cerita Wahsyi dan seorang lagi lelaki Ansar yang turut berebut untuk membunuh Musailamah berjaya membidikkan lembing dan menghunus pedang masing-masing sehingga Musailamah terkorban .

                      Kental sungguh jiwa Wahsyi  dan betapa istiqomahnya dia dalam beragama.Sesungguhnya dia telah membunuh seorang yang sangat baik dan dia menebus dengan seorang yang sangat jahat ~                     -TAMAT-

                                                                                                                      ~stairwaytojannah~

No comments:

Post a Comment