Thursday 26 July 2012

Renungan buat hamba yang diberi ujian

                       
                     Assalamualaikum , hari ini ana mahu berkongsi mengenai ayat-ayat Al-Quran khusus untuk orang yang diberi ujian .Tidak ada manusia yang bertebaran di muka bumi melainkan diuji dengan ujian samada ujian kecil mahupun besar .Jadi Allah menurunkan ayat-ayatNya untuk memujuk dan meminta manusia bersabar kerana disisiNya terdapat keampunan dan pahala yang besar .

Enjoy ^_^ :

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan ,kekurangan harta ,jiwa dan buah-buahan .Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yan sabar ,(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah ,mereka berkata inna lillahi wa inna ilaihi rajiun (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali ).Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya ,dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk (Al-Baqarah :155-157)

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku ,maka sesungguhnya Aku dekat .Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu .Hendaklah mereka itu memenuhi(perintah)Ku dan beriman kepadaKu ,agar mereka memperoleh kebenaran."(Al-Baqarah : 186)

"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga ,padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu .Mereka ditimpa kemelaratan ,penderitaan dan digoncang (dengan pelbagai cubaan ),sehinggan rasul dan orang-orang yang beriman barsamanya berkata ,'Bilakah datang pertolongan Allah ? Ingatlah ,sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat ." (Al-Baqarah :214)

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ,dan orang-orang yang berjihad dan berjihad di jalan Allah ,mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah .Allah Maha Pengampun ,Maha Penyayang"(Al-Baqarah:218)

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" ......(Al-Baqarah :286)

"Dan janganlah kamu (merasa) lemah ,dan janganlah (pula) bersedih hati ,kerana kamu paling tinggi (darjatnya),jika kamu orang beriman ."(Ali-Imran;139)


Wah !! banyaknya kata-kata pujukan daripada Allah .Kalau dilihatkan semua ayat yang dipaparkan ini semuanya hanyalah 2 surah pertama selepas Al-Fatihah ,belum lagi dibongkarkan keseluruhan Al-Quran .Kalau hendak mengetahui lagi kata-kata Allah ,banyakkanlah  membaca Al-Quran =D

: huhuhu.....ni dah kali ke 100 gagal periksa SPM ,kenapa ????

: hai ,LiLi nape nangis ?

: asyik -asyik gagaal periksa >_< ,rasanya nak kena mandi bunga buat kali ke -3 lah ....

: Buat apa nak mandi bunga ?! banyakkanlah membaca Al-Quran ,pasti hati tenang .Ujian itu tandanya Allah mencintai kita., dan sekiranya doa kita tidak dimakbulkan walaupun telah bersungguh-sungguh memintanya dan berusaha mencapainya, itu tandanya Allah suka mendengar rintihan hambanya dan telah menyediakan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita perlukan .=)

: ouh!! begitu ^o^



HADIS QUDSI :
"Barangsiapa ditimpa bencana lalu dia memohon perlindungan dariKu ,pasti Aku memberinya sebelum dia meminta .Dan barangsiapa ditimpa bencana lalu dia meminta perlindungan kepada makhluk ,pasti Ku tutup pintu langit baginya ".

Saturday 21 July 2012

Kreatifnya Imam Abu Hanifah


                  

 Imam Abu Hanifah dicabar oleh  golongan ateis berdebat tentang kewujudan Allah S.W.T.
Beliau sengaja datang lewat ke majlis perdebatan tersebut .Golongan ateis mengambil peluang ini untuk mencemuh Imam Abu Hanifah .

               Sewaktu Imam Abu Hanifah mencul ,beliau berkata '' Saya datang dari seberang sungai Dajlah .Tadi saya menunggu lama di pangkalan tetapi tiada kapal yang dapat saya tumpangi sehingga saya bercadang untuk pulang ke rumah .Tiba-tiba saya ternampak sepohon kayu di permukaan air sungai Dajlah .Kayu itu terbelah menjadi kepingan -kepingan papan yang tersusun rapi dan menjadi sebuah kapal yang cantik .Saya menaiki kapal tersebut dan sampai ke sini ".Golongan ateis marah apabila mendengar kata-kata Imam Abu Hanifah .

                 Mereka berkata :" Janganlah kamu mempermainkan kami ! Adakah logik kayu dan papan boleh tersusun sendiri sehingga menjadi kapal ?"

             Imam Abu Hanifah menjawab "inilah  jawapanku terhadap persoalan yang kamu ingin perdebatkan .Bagaimana kamu berkata dunia yang tersusun indah ini tidak ada pencinptanya ,adakah ini logik menurut pandanganmu ?".Golongon ateis terpegun mendengar kata-kata Abu Hanifah .Mereka menyedari kesesatan mereka selama ini .Akhirnya mereka memeluk islam di hadapan Imam Abu Hanifah .

Friday 13 July 2012

Risalah Berharga



                     Assalamualaikum , hari ini ana hendak bercerita mengenai sesuatu yang ana dapat dari sekolah beberapa hari yang lepas .Menurut sumber ,cerita ini adalah benar .Jom kita hayati kisah yang berikut .

                     Pada zaman dahulu ,terdapat seorang lelaki dan anaknya yang sangat suka mengedarkan risalah pada setiap hari jumaat .Risalah itu mengandungi nasihat-nasihat dan pengajaran yang menitik beratkan soal islam.Pada suatu hari ,berlaku hujan yang lebat menyebabkan kedua anak beranak ini terhalang daripada menghantar risalah ke rumah-rumah . Si ayah mengambil keputusan untuk tidak tmenghantar risalah itu seperti biasa .Namun,lain pula yang difikirkan oleh si anak ini .Dia membuat keputusan untuk tetap menghantar risalah itu seperti biasa.

                       Tanpa memikirkan keadaan hujan ,si anak terus mengetuk pintu sebuah rumah . Berkali -kali pintu itu diketuk namun tuan rumah tidak membuka ,setelah sekian lama ,barulah terkuak pintu itu .Tuan rumah itu membuka pintu dan kelihatan seorang anak muda yang bercahaya wajahnya memberikan risalah kepadanya .Si anak kemudiannya  beredar setelah memberikan risalah itu .

                        Pada  hari jumaat berikutnya ,setelah khatib habis memberikan khutbah ,khatib menanyakan sekiranya terdapat sebarang kemusykilan .Lantas ada satu tangan yang mengangkat .Orang ramai kehairanan kerana tidak pernah melihat lelaki itu bersembahyang jumaat di sini.Lantas lelaki itu menceritakan bahawa pada suatu hari jumaat ketika dia hendak membunuh diri ,datang seorang anak muda mengetuk pintu rumahnya .Pada mulanya ,dia enggan membuka ,tetapi kerana melihat kesungguhan orang yang mengetuk pintu lantas dia membukanya .Dia telah mendapat sekeping risalah yang padanya sangat berharga yang membuatkannya membatalkan niat untuk membunuh diri ,dan melalui risalah itulah dia mendapat hidayah untuk memeluk islam .

                          Si ayah yang mendengar cerita itu lantas menangis dan memeluk si anak pada waktu itu juga .Dia menyesal kerana mudah putus asa untuk menyebarkan dakwah walaupun hanya kerana hujan yang lebat.



Friday 6 July 2012

Tanda-tanda cinta




                                                                             

                                 Assalamualaikum sahabat pembaca sekalian ,hari ini ana nak memberitahu kalian mengenai tanda-tanda cinta .Selalu kan orang bertanya ,adakah cinta itu salah .Sebenarnya cinta itu tidak salah kerana Allah sendiri yang menjadikan cinta itu masakan Allah mengharamkannya .Tapi cuma masalahnya manusia sering menggunakan fitrah ini sebagai jalan untuk melakukan maksiat ,katanya jiwanya kosong perlukan seseorang untuk mengisinya .Tidak kurang ada yang mengatakan sudah fitrah untuk mencintai dan dicintai .Tapi kan ana mahu menjawab jawapan manusia - manusia yang sering menggunakan alasan yang tak lapuk dek zaman ini . Ana ingin bertanya , tidakkah mereka merasai cinta yang Maha Pencinta iaitu tidak lain dan tidak bukan Al-Wadud -salah satu daripada 99 nama Allah yang mulia .

                           Tidak cukupkah cinta yang diberikanNya kepada kita ,atau kita yang tidak ingin mengendahkanNya .Bukankah salah satu fitrah kita telah dipenuhi iaitu untuk dicintai .Manakala untuk mencintai kenapa harus kita berikan kepada seseorang yang haram bagi kita seperti teman lelaki mahupun teman wanita ? Bukankah kebahagiaan bersama mereka itu tidak pasti .Berapa banyak orang yang bercinta sebelum berkahwin porak peranda rumah tangganya dan berapa banyak orang yang tidak bercinta sebelum berkahwin mempunyai rumah tangga yang lebih berkah .Tanyakan kepada diri kita ,kenapa kita mencintainya .Jika kerana kecantikan ketahuilah bahawa suatu hari nanti dikau akan bosan dengannya apabila kecantikan itu telah luput .Manakala jika kerana kelebihannya ,pasti engkau akan kecewa pabila melihat kekurangannya dan jika kamu mencintainya kerana harta pasti engkau akan kecewa apabila ia telah luput .Maka cintailah Allah kerana Dialah yang kekal abadi .

                            Perasaan cinta itu tidak salah tetapi yang menguruskan cinta itulah yang menentukan samada cinta itu menjadi fitrah atau fitnah . Menurut satu hadis riwayat Ibn Majah mengatakan "Sesiapa yang mencintai seseorang kemudian dia merahsiakannya dan dia menjaga maruah dirinya kemudian dia mati ,maka dia adalah syahid".Wah indahnya ,akhir kehidupan adalah syahid .Subhanallah !!

                             EHEM..EHEM...ana minta maaf celoteh terlalu panjang , nah ~ tanda-tanda cinta

Pertama : Mencintai sesuatu dan segala yang berkaitan dengannya .Lihatlah para sahabat ,mereka begitu mencintai Allah sehingga surat cinta daripada Allah (Al-Quran) sentiasa dibelek-belek .Contohnya saidina Uthman r.a.sentiasa membelek-belek dan sentiasa cuba memahami isi kandungan Al-Quran berulang kali sehingga Al-Qurannya koyak .

Kedua : Rindu .Berjauhan dengan kekasih adalah perasaan yang sangat memeritkan maka terhasillah rindu .Kerana rindu ini jugalah para sahabat sentiasa bercerita mengenai kebesaran Allah pada siang hari dan apabila malam hari menjengah mereka susah hendak tidur ,jika baring pun pasti berpusing ke kiri dan ke kanan kerana merasa kerinduan yang mencucuk-cucuk .Jadi pengubat rindu mereka kepada Allah ialah Qiamullail .Dengan bangun pada tengah malam ,mereka dapat merasai ketenangan dan dapat meluahkan masalah mereka kepada Allah ,ibarat sang kekasih yang mengadu kepada kekasihnya .Itulah kebahagiaan mereka .


Ketiga : Sanggup berkorban .Hmm...ana selalu dengar cinta itu memerlukan pengorbanan .Tetapi pengorbanan yang dituntut oleh cinta anak muda zaman ini hanya merosakkan diri dan MARUAH  meraka .Tetapi lihatlah jika melakukan pengorbanan kepada Allah ,pasti Allah akan membalasnya .
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. [Itu telah menjadi] janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya [selain] daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual-beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar." (At-Taubah:111)


Apalagi berlumba-lumbalah para sahabat menyerahkan diri mereka untuk berjuang dan menyrahkan harta mereka di jalan islam untuk membuktikkan  bahawa merekalah yang paling mencintai Allah .Bagaimanakah dengan kita ?................