Sunday, 15 November 2015

Berani tak nak tegur ??

Image result for angry
Ramai tanya saya:

"Ustaz, macamana kita nak tegur orang supaya dia tak terasa??"

Saya jawab:

"Cara untuk tegur orang supaya dia tak terasa ialah JANGAN TEGUR dia..."

1) Hari ni ramai orang, di sebabkan nak sangat jaga hati orang yang buat maksiat dan dosa, sehingga dia TAKUT nak tegur orang tersebut, sebab takut dia terasa.

Lalu, kita pun tak tegur dan biarkan orang tu berterusan dengan dosa.

2) FITRAH bila di tegur ialah kita akan terasa. Dan, terasa itu tanda hati hidup!

3) Nabi muhammad dakwah kaum quraisy, ramai kot yang terasa. Abu jahal mengamuk, Abu Lahab stress dan tak puas hati, Abu sufian berang, sampai depa nak bunuh nabi!

Nabi Nuh dakwah kaum dia, 950 tahun, tapi kaum dia terasa, dan tak terima! Setiap kali nabi Nuh dakwah dan tegur mereka, mereka akan lari, tutup baju dengan muka, tutup telinga dengan jari, dan mengejek nabi Nuh.

Nabi Ibrahim di campak ke dalam api.

Nabi Zakaria di gergaji.

Nabi Isa di kejar untuk di bunuh.

Nabi Musa di buru oleh Firaun.

So, kalau nabi-nabi pun dakwah sampai orang terasa, siapa kita untuk nak dakwah supaya orang tak terasa?

Kerana, memang fitrah bila di tegur, kita akan terasa!

4) Cuma, Allah sebut dalam quran, ada beberapa sifat orang yang di tegur:

ORANG BERIMAN: Bila di tegur, dia akan mendapat manfaat. Ye, dia terasa bila di tegur. Namun, egonya rendah, dan dia menerima teguran dan memperbaikinya.
(Azzariat)

ORANG KAFIR: Bila di tegur, dia takkan berubah. Bila tak di tegurpun dia tak berubah.
(Albaqorah)

So, kalau kita beriman, bila kita terasa dengan teguran, kita akan amalkannya. Bukan menentang.

Bayangkan, agak-agaknya, kalau kita hidup zaman nabi, adakah kita akan mengikut nabi ataupun kita jadi penentang nabi?

Ikhlas,
Team Tarbiah Sentap

Kisah Seorang Lelaki.

Image result for pray man
Assalamualaikum,
saya minta maaf.
dah lama saya termenung, fikir pasal surat ni,
itu mungkin cerita awak sebagai perempuan,
tapi percayalah,
tak semua lelaki yang suka ajak perempuan buat maksiat.
sejak dari sekolah,
saya memang pelik, kenapa orang kata mendekati zina itu haram,
bukannya berzina lagi, dah berdosa juga.
errm, malas nak fikir panjang-panjang,
saya kan sekolah lagi..
tapi masa saya di sekolah, boleh kata saya kira baik la,
saya tak hisap rokok, sebab saya tahu mende tu tak bagi faedah pun,
tapi saya pun bukannya skema, pernah jugak ponteng kelas sekali dua.
biasa2 je.hehe.
tapi sejak saya masuk u,
saya tengok pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan,
memang sangat ketara,
ye la, kat sini ikut suka kita nak buat apa,
tak macam kat sekolah,
nak jumpa awek pun sorok2 kat belakang stor dekat padang,
takut warden nampak,
tapi itu dulu,
sekarang saya dah dekat u,
saya tengok ramai perempuan tak pakai tudung,
ada yang pakai tudung, ok la.
tapi baju pulak hmm, seluar pulak alamakkk.
ada jugak baju dah labuh, seluar dah longgar,
tapi tudung pulak tak tutup dada,
nampak segala apa yang kami kaum lelaki ni takde,
adui, camne nak jaga iman ni?
tapi saya still control lagi,
saya still ingat Allah larang kita dekat dengan zina.
sampai satu hari,
ada sorang perempuan cakap yang dia suka saya.
dia cantik, pakai tudung,
dan dia baik juga.
zaman sekarang ni, perempuan makin berani tunjuk2 'hint',
mula-mula just nak kawan, sms nak share masalah,
kalau pegi shopping atau holiday mana2, mesti dia ada beli something kat saya,
mula-mula saya tak layan sangat jugak,
takut jugak 'ter'bagi harapan kat orang perempuan ni,
mereka mudah sangat perasan,
layan sikit, terus ingat kita suka dia.
perempuan~
lama-lama,
dia dah berani call saya,
dengan suara perempuan yang memang lembut mendayu-dayu,
naik luruh jantung saya dengar,
dia minta tolong saya belikan set kfc zinger burger,
adui. banyak kali saya fikir nak beli ke tak,
puas saya cari alasan,
saya tak nak timbul fitnah.
tapi dia cakap dia gastrik,
hati saya mula timbul kesian,
saya beli makanan dan bagi kat dia.
mula-mula memang asalnya kesian je,
tapi lama-lama saya rasa best pulak,
ada orang nak msg saya,
kejutkan solat Subuh,
ada orang yang nak dengar masalah saya,
ada orang yang nak bg hadiah pada saya,
tambah-tambah kawan-kawan dekat kolej saya ni,
memang majoriti ada girlfren,
kira macam saya bertuah sangat2,
saya tak cari pun girlfren pun dah ada orang suka saya,
dah ada orang sayang saya!
eh, syooookkkk la pulak :))))
kau ada?
satu hari tu,
kami keluar berdua dekat satu tempat ni,
nak lintas jalan,
dia dah ada kat depan,
tiba2 ada kereta laju lalu kat jalan tu,
spontan saya tarik tangan dia.
zaaaappppp,
saya rasa berdebar,
saya rasa terkejut dengan tindakan saya,
rasa bersalah pun ada,
tapi niat saya nak selamatkan dia je...
yang paling buat saya lagiiiii terkejut,
dia senyum.
entah. tak faham apa yang dia fikir.
'dia tak marah ke aku pegang tangan dia?'
hati saya pelik.
dia senyum lagi, dan kata,
'Awak, terima kasih. sayang awak!'
saya senyum juga.
malas nak fikir panjang-panjang,
ohh. seronok nya. lembutnya tangan diaaaaaaa...
rasa nak pegang lagi.
'ha, gatal-gatal!'
akal saya marah.
tapi hati saya nak.
dan jujurnya,
saya makin lama, makin rasa sayang pada dia.
tak boleh kalau tak ber-sms,
tak pernah tak call even cakap selama satu minit,
ye la,
bila hati dah rindu,
bila hati dah sayang,
bila hati dah penuh dengan nafsu.
err.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
nafsu?
saya suka dia sebab nafsu ke?
saya cinta dia sebab nafsu ke?
'Tak! Kan saya nak ambil dia jadi isteri saya nanti!'
Hati saya marah.
'Awak pasti ke nak ambik dia jadi isteri?'
Entah dari mana suara tu datang,
Bunyi seakan mengejek.
entah,
tak tahu apa yang saya fikir time tu.
macam -macam perasaan,
tapi saya buat tak tahu,
biar dalam hati saya dah rasa macam,
'eh-betul-ke-apa-yang-aku-buat-ni?'
saya dan dia dah ter'couple',
nak buat macam mana,
best la ada couple ni,
kawan-kawan selalu puji,
dia cantik,
even pakai tudung,
tapi stylo, bergaya kottt.
tambah-tambah dengan fesyen sekarang,
siapa yang tak kembang semangkuk? eh.
please, sama-sama jaga diri...
satu hari tu,
saya jumpa video ni.
video hilal asyraf.
tentang cinta.
cinta yang hakiki.
terpukul.
terpana.
terasa.
semua ada.
saya cinta dia.
tapi kenapa saya makin bawak dia ke neraka?
Astaghfirullah.
kalau betul saya cinta,
saya mesti nak bawa dia ke syurga,
tapi situasi saya?
saya terpaksa mengaku,
saya kalah dengan nafsu.
saya sebenarnya,
...ikut nafsu.
sepanjang hari,
lepas saya tengok video tu,
saya diam.
kawan ajak main bola,
saya bagi alasan,
member ajak lepak kat mamak,
saya tolak.
saya nak sendiri,
hp saya letak tepi, tekan punat off.
saya malu.
saya dah tak sanggup.
saya dah malu sangat-sangat depan Allah,
saya still solat,
saya kadang-kadang mengaji,
tapi saya buat maksiat jugak.
saya makin lalai,
endah tak endah tentang dosa.
saya rasa,
saya dah tahu kenapa Allah tak bagi dekati zina,
sebab nanti end up,
jadi macam saya.
dari sms, lepas tu call,
dengar suara, rasa nak jumpa,
bila dah terpegang tangan sekali,
rasa nak pegang banyak kali,
semua tu nafsu!
banyaknya dosa saya.
:"(
Allah,
Allah,
Allah.
saya bangun,
ambik wudhu,
solat sunat 2 rakaat,
saya mintak sangat2,
Allah ampunkan dosa-dosa saya,
Allah ampunkan dosa-dosa kita.
dan air mata jantan saya mengalir laju.
.
bila dah tenang sikit,
saya 'text' dia,
'Awak, this is not the right way. This is not the way that Allah bless. I let you go, and please let me go. I dont want to bring you to Jahannam, instead I'll pray for you to get the light from Allah. May Allah bless you and me...'
dan saya terus matikan hp.
buat kali kedua.
saya sedar.
susah.
tapi saya bergantung sepenuhnya pada Allah.
sebab Allah yang pegang hati saya, pegang hati dia.
saya tak nak berpaling lagi.
dan untuk hawa semuanya,
jangan terlalu murah,
jangan ambik kesempatan dengan kelemahan lelaki,
awak buat suara mendayu macam tu,
sembur perfume wangi,
pakai blous, skirt, selendang ala-ala hot gitu,
dah namanya lelaki,
kuat mana imannya,
mesti akan tergoda jugak.
jadi,
kena sama-sama jaga diri,
simpan godaan-godaan tu pada orang yang teristimewa, kelak.
dan sekarang,
saya terus begini,
mujahadah.
doa saya terus kuat.
doa supaya dia faham,
doa kita sama-sama dalam redhaNya.
Insha-Allah.
-a guy, still searching for the true love.

Bala yang disedari dan bala yang tidak disedari

Oleh :Ustaz Zul Ramli .

العقاب المحسوس وغير المحسوس
Image result for maple
BALA yang DISEDARI dan BALA yang TIDAK DISEDARI

قال أحد الطلاب لشيخه: "كم نعصي الله ولا يعاقبنا".
Seorang pelajar bertanya kepada gurunya " mengapakah apabila kita banyak melakukan MAKSIAT terhadap Allah, tetapi Allah tidak menimpakan BALANya ke atas kita dengan SEGERA?" 

فرد عليه الشيخ: "كم يعاقبك الله وأنت لا تدري".!
Gurunya menjawab "Allah telah menimpakan BALANya, tetapi engkau yang tidak MENYEDARINYA.!".

ألم يسلبك حلاوة مناجاته ..!!
وما ابتلي أحد بمصيبة أعظم عليه من [قسوة قلبه].
"Bukankah Allah telah mencabut perasaan indah bermunajat denganNya dari hatimu...!!
Tiada BALA yang lebih BERAT ditimpakan ke atas seseorang dengan penyakit "HATI YANG KERAS".

إن أعظم عقاب يمكن أن تلقاه هو قلة التوفيق إلى أعمال الخير .
Sesungguhnya seberat-berat bala yang akan ditimpakan ke atasmu ialah Allah akan menyempitkan laluanmu ke arah jalan kebaikan.

ألم تمر عليك الأيام دون قراءة للقرآن ؟! 
Bukankah telah berlaku ke atas dirimu engkau tidak membaca Quran selama beberapa hari? 

بل ربما تسمع قوله تعالى: {لو أنزلنا هذا القرآن على جبل لرأيته خاشعاً متصدعاً من خشية الله} .. وأنت لا تتأثر كأنك لم تسمعها ..!!!
Bahkan mungkin engkau mendengar firmanNya yang berbunyi "kalau Kami turunkan Al-Quran ini ke atas gunung nescaya engkau akan melihatnya khusyuk dan hancur luluh kerana takutkan Allah" Al-Hasyar : 21.

Engkau mendengar ayat ini tetapi engkau tidak merasa apa-apa...!!!

ألم تمر عليك الليالي الطوال وأنت محروم من [القيام] ..؟!
Bukankah berlalu beberapa malam tetapi engkau terhalang daripada bangun [qiyamullail] ? 

ألم تمر عليك مواسم الخير: رمضان .. ست شوال .. عشر ذي الحجة . ولم تُوفق إلى استغلالها كما ينبغي .. 
Bukankah berlalu peluang-peluang kebaikan seperti: Ramadhan, Enam Syawwal, Sepuluh Zulhijjah. Sedangkan engkau tidak dipermudahkan untuk mengambil peluang-peluang tersebut dengan sewajarnya.....

أي عقاب أكثر من هذا
Adakah BALA yang lebih BERAT dan SEGERA dari semua ini? 
ألا تحس بثقل الطاعات ؟
Bukankah engkau merasa berat apabila mahu melakukan ketaatan? 

ألم يُمسِك لسانك عن ذكره تعالى؟
 Bukankah lidahmu ditahan daripada mengingatiNya? 
 
ألا تحس بضعف أمام الهوى والشهوات ؟
Bukankah engkau merasa lemah pabila berhadapan dengan bisikan hawa nafsu dan syahwat? 

ألم تبتلى بحب المال والجاه والشهرة ؟
Bukankah engkau telah ditimpakan dengan cintakan harta, pangkat dan perasaan ingin popular? 

أي عقاب أكثر من ذلك ..
Adakah bala yang lebih BERAT dan SEGERA daripada ini semua? 

ألم تسهل عليك الغيبة والنميمة والكذب؟!
Bukankah dipermudahkan bagimu untuk mengumpat, mengadu domba dan berkata dusta?!

ألم يشغلك الفضول بالتدخل فيما لا يعنيك؟!
Bukankah engkau disibukkan dengan perkara-perkara yang sia-sia tiada kaitan dengan dirimu?!

ألم يُنسِك الآخرة ويجعل الدنيا أكبر همك؟!
Bukankah engkau telah dilupakan tentang akhirat dan segala tumpuanmu dihalakan kepada hal keduniaan?

هذا الخذلان ما هو إلا صور من عقاب الله .
Semua kehinaan ini tidak lain dan tidak bukan adalah bentuk-bentuk bala yang Allah timpakan ke atas dirimu.

إحذر يا بني فإن أهون عقاب لله : " ما كان محسوساً" في المال أو الولد أو الصحة .
Berhati-hatilah wahai anakku, kerana BALA yang paling RINGAN yang Allah timpakan: "BALA yang boleh DISEDARI seperti bala yang ditimpakan ke atas harta, anak pinak dan kesihatan.

وأن أعظم عقاب "ما كان غير محسوس"في القلب" .
Dan sesungguhnya sebesar-besar bala yang ditimpakan ke atas hamba adalah "BALA yang tidak DISEDARI iaitu "BALA di dalam HATI"

فاسأل الله العافية واستغفر لذنبك.
Mohonlah keampunan dan kesejahteraan dari Allah dan beristighfarlah atas dosa-dosamu.

Kisah Benar (Anak Syurga)

Image result for heart

Santapan rohani di pagi yg indah ini.....

Hati seorang ayah benar-benar terluka. Petang itu dalam perjalanan pulang dari kerja, ketika seluruh tubuhnya terasa remuk dibedal beban tugas seharian, pi hak sekolah anak lelakinya menelefon, meminta dia segera bertemu guru disiplin sekolah.

"Encik, anak encik terpaksa kami buang dari sekolah ini kerana masalah disiplin yang amat serius."
Ujar guru disiplin didalam bilik kaunseling yang sunyi tetapi patah bicara itu seperti bunyi letupan yang sangat membingitkan.

Kemudian dari itu dia tidak mendengar apa-apa. Dia hanya melihat kumat-kamit bibir guru disiplin membentangkan satu persatu kesalahan anaknya, sedang fikiran telah melayang ke ruang gempita penuh aib. Rasa malu, marah dan kecewa bergumpal dalam rongga dada. Muka terasa panas, arang hitam seperti tertempel di segenap ruang wajah.Tiada rayuan dibuat dan anak dibawa pulang.

Atas kekecewaan yang memuncak, dia suami isteri membuat keputusan untuk menghantar anaknya ke sebuah sekolah Tahfiz Al-Quran jauh di luar bandar. Biar anak jauh dari hangar kota, jauh dari rumah, jauh dari masakan ibu, biar jauh dari segala-galanya. Biar dia rasakan!

Pada hari anak di hantar ke asrama baru itu, tanpa mahu menoleh pada wajah, anak ditinggalkan. Dia tidak mempedulikan perasaan anaknya kerana perasaannya sendiri sarat dengan rasa kesal dan kecewa yang berlubuk.

Pada setiap bulan, dia akan ke sekolah anaknya yang jauh di luar bandar untuk membayar yuran tetapi dia tidak mahu berjumpa dengan anaknya. Itu muktamad darinya. Dia penat dan serik menaruh harapan pada anaknya.

Sehinggalah lapan bulan berlalu ketika dia menjelaskan bayaran yuran seperti biasa dan ingin berangkat pulang, seorang guru datang kepadanya dan meminta agar dia bertemu anaknya.
"Encik, silalah berjumpa dengan anak encik, kami rasa sudah lama benar dia menyebut ingin bertemu dengan ayahnya."
Perlahan bicara ustaz dalam nada merayu.
"Tak mengapalah, saya rasa tidak ada keperluan untuk itu. Biarlah dia disini dan saya akan terus membayar yuran yang sepatutnya" 
Tegas jawapannya ingin memuktamadkan bicara
"Tapi, tidakkah pada hari ini encik ingin berjumpa dengan seorang Al-Hafiz?"
bisik ustaz ke telinganya
"Hari ini anak encik telah hafaz seluruh Al-Quran. Dia telah habis menghafaz dalam tempoh lapan bulan!" 
Sepatah-sepatah bicara ustaz, dia hanya mendengar kehairanan.
"Tidakkah encik mahu mengucapkan sedikit tahniah kepadanya?" 
Tanya ustaz mengakhir bicara.

Dia tergamam dan terdiam. Dia tidak percaya apa yang dia dengar. Dia tidak sangka dan bertanya adakah dia berhak untuk merasai keajaiban ini. Saat itu anaknya melangkah masuk, berdiri ragu-ragu dengan wajah sarat menanggung rasa rindu hati seorang anak.

Tanpa sedar, si ayah menangis dengan kuat, esakannya memenuhi ruang bilik itu. Dia meluru memeluk anaknya setelah sekian lama tidak melakukannya. Dia tidak percaya. Dia tidak menyangka bahawa dia sedang memeluk anaknya seorang Al-Hafiz dengan cahaya Al-Quran melimpah di wajah. Dia memeluk anaknya dengan begitu lama untuk menikmati rasa damai dalam hatinya sendiri.

Si anak sejak ditinggalkan ayahnya disitu lapan bulan lalu, sudah menanam tekad untuk berubah. Allah telah memberinya hidayah. Ditambah dengan didikan ustaz dan siraman cahaya Al-Quran, dia mendapat kekuatan untuk meninggalkan sejarah lampaunya dan membuat pusingan U dalam hidupnya.

Kisah benar bagi anak di atas memberitahu kita bahawa semua orang boleh berubah. Walau apa pun sejarah lampau kita, itu bukan halangan untuk masa depan kita. Orang lain ada hak untuk fikir apa sahaja tentang kita tetapi segalanya terletak kepada kita sendiri. Kita boleh buat apa sahaja untuk menjadi baik. Tidak ada yang mustahil sama sekali.

Kembalilah ! raih Ilahi

Image result for heart
😊 Hati kita ini, kadang terlalu memendam.
😁 Simpan segalanya diam-diam.
😪 Hidup yang ceria menjadi kelam.
😪 Mungkin terlupa mencari ketenangan di sepertiga malam.
😊 Kadang rasa tak mampu bertahan.
😔 Langkah kian perlahan.
😢 Air mata tak tertahan-tahan.
😭 Mengalir laju tanpa kehendak tuan.
☺Seriously, hati kita ini bukan kuat mana.
❤Kalaulah doktor bedah keluarkan hati kita, kena pijak hancur kot.
👉 Tapi, inilah, istimewanya hati, Allah letak di dada.
😊 Agar dekat sentiasa dengan tuannya.
😊 Hadiah terindah Tuhan buat hambaNya.
☺Pemilik segala rahsia juga jiwa.
😊 Senyum.
😌 Feel blessed kan? :)
😪 Jangan bersedih dengan ujian Allah,
🌹 “Ingatlah, yang menulis ujian atasmu adalah yang menulis nikmat untukmu. Percayalah, andai bahagia itu bukan milik kita di dunia, Allah pasti menyimpannya di sana, kerana DIA tidak pernah menzalimi hambaNya”🌹 
☺Walau apa jua, terimalah seadanya. Allah terlalu sayangkan kita.
😌 Kena ketuk dengan ujian sekali sekala apa salahnya.
😌 Terima saja. Terima saja.
☺Dunia bukan tempat untuk orang manja.
😌 Dunia menjadi ladang untuk kita membenih pahala membaja jiwa dengan segala cintaNya.
😊 Untuk apa?
Untuk pulang ke tempat asal kita.
Mana?
Syurga sayang.
Syurga.
😒 Hmm.
😒 Kita yang muda-muda ini dah merengek macam-macam kat Tuhan, mintak Tuhan mudahkan jalan.
😏 Kau pernah fikir tak ujian apa pakcik tua umur 40 tu dah berdepan?
😏 Huisshhh, dah berlori-lori agaknya ujian.
😏 Sebab itu, orang tua-tua umur 70 tahun larat lagi nak bangun malam, dating dengan Tuhan.
☺Something yang jarang-jarang orang muda lakukan.
👉 Ingat ini.
Pesan pada diri.
Pesan pada hati.
Kita bakal punyai suami.
Kita bakal punyai isteri.
Kita bakal punyai generasi sendiri.
Anak-anak yang bakal lahir dari rahim kita ini.
Anak kecil itu bakal punyai abi, bakal punyai ummi.
Adakah kita dah sedia wahai diri?
Berdepan ujian yang lebih besar nanti?
Jangan sampai kita menyesal bila dah tua nanti.
Menyesal dah tua okay lagi.
😌 Kalau dah sampai masa Izrail menjemput diri sekarang ini, mana nak lari?
😊 Mana nak lari?
Kembalilah, raih Ilahi.
Baiki diri. Baiki hati.
🍁 Benar, kadang-kadang kita tak pernah faham apa yang Allah cuba aturkan untuk kita. Tak pernah tahu apa yang Allah sediakan untuk kita di masa hadapan.
🍁 Tapi percayalah, suatu saat  kita kena yakin, jalan pilihan Allah ini akan indah pada waktunya. Percaya dan terus percaya.
💪 💪 Kuat ya☺