Wednesday 29 February 2012

Khawla al-Azwar

Kelihatan Kelibat seseorang yang berpakaian hitam berbekalkan serban hijau dan menggunakan skaf sebagai topeng di muka terus meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat mempamerkan kehandalannya berkuda dan bertempur dengan tombak. 


Beliau meluncur laju ke arah barisan musuh, membunuh seorang demi seorang dengan menggunakan tombaknya, lalu meluncur pula ke arah barisan musuh di bahagian lainnya pula lalu mencederakan dan membunuh musuh yang lain. Pertempurannya secara solo melawan musuh-musuh tanpa rasa gentar walaupun bersendirian

Siapakah gerangan pejuang ini? Dialah pejuang wanita islam yang begitu berani di medan perang,,siapa sangka seorang wanita tangkas bertempur dan berkuda…dialah KHAULAH AL-AZWAR iaitu bidadari besi...

Alkisahnya,,,Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman rasulullah saw. Beliau adik kepada Dhirar yang juga mempunyai kehandalan di medan perang yang sememangnya tidak asing lagi bagi pencinta sirah Islam. Skil dan teknik bertempur di medan perang turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar. Khaulah akhirnya menjadi seorang wanita yang mahir bermain pedang dan berkuda.Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. 

Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.Jika diteliti sirah bidadari besi ini, boleh dikatakan beliau ialah pahlawan wanita yang paling handal dalam sejarah Islam.

Dalam perang Yarmuk, perang utama yang menjadi medan kepada pembukaan kota Syam, beliau menjadi salah seorang yang menonjol dan memimpin kaum wanita yang turut serta terlibat Bahkan, beliau turut mengalami kecederaan di kepala dalam peperangan yang sangat bersejarah itu.

Namun, kisah kehandalannya bertempur yang paling masyhur adalah dalam satu operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudara lelakinya iaitu Dhirar yang telah ditawan tentera Rom sewaktu satu peperangan di sekitar Damascus. Lantas, Khaulah telah turut serta dalam operasi tersebut. Raafe bin Umaira, panglima skuad sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan ketakjubannya tentang Khaulah yang ketika itu belum mengetahui bahawa beliau adalah Khaulah kerana ketika itu beliau bertopeng, ”Beliau berlawan seperti Khalid, namun jelas beliau bukan Khalid”.
 
 Kagum terhadap pemandangan yang menakjubkan tersebut, pasukan Muslimin masih belum dapat melihat siapa gerangan pejuang itu, kecuali bahwa dia adalah postur seorang anak muda dan sepasang mata yang tajam bercahaya di atas kudanya. Sang pejuang nampaknya seperti mahu membunuh diri kerana dengan pakaian dan tombak yang berlumuran darah dia kembali menyerang tentera Romawi. 


Keberanian sang pejuang memberikan semangat baru bagi kelompok Rafi yang semuanya hampir kalah sebelum kedatangan pasukan Khalid bin al-Walid, semangat yang ditunjukkan Khaulah membuatkan mereka terus terlupa akan kepenatan yang ada dan terus menyerbu ke arah medan perang dengan semangat juang yang tinggi.

Penunggang berani mati itu terus diikuti oleh pejuang yang lain lalu meneruskan pertempuran dengan tentera Romawi ketika seluruh pasukan kaum Muslimin menyerbu. Lalu  Khalid mendekati sang penunggang kuda itu lalu bertanya, “ Wahai pejuang, tunjukkanlah wajahmu!” Sepasang mata hitam berkilat menatap Khalid sebelum berbalik dan kembali menyerang tentara Romawi. 



Kemudian beberapa orang tentera Khalid menyusulnya dan berkata kepadanya. “ Wahai pejuang yang mulia, ketuamu telah memanggilmu dan engkau telah pergi darinya! Tunjukkan kepada kami wajahmu dan sebutkan namamu agar engkau dapat dihormat selayaknya.” Sang penunggang kuda kembali pergi seolah dengan sengaja merahasiakan identitinya.

Ketika sang penunggang kuda kembali dari serangannya, dia berlalu di sisi Khalid, yang menyuruhnya dengan tegas untuk berhenti. Dia menarik kudanya berhenti, Khalid bertanya : “ Engkau telah berbuat banyak pekara yang memenuhi hati kami dengan kekaguman. Siapakah kamu ?”

Khalid hampir terjatuh dari kudanya ketika dia mendengarkan jawapan dari penunggang kuda yang bertopeng, kerana yang didengarnya adalah suara seorang gadis. “ Wahai ketua, bukannya aku enggan menjawap pertanyaan kamu, hanya kerana aku merasa malu, sebab kamu  seorang pemimpin yang agung, sedangkan aku hanyalah gadis pingitan. Sesungguhnya tiada lain yang mendorongku untuk melakukan hal seperti itu melainkan karena hatiku terbakar dan aku sangat sedih.

Khalid kagum dengan Al-Azwar, yang menjadi ayah kepada pejuang yang berani, baik lelaki mahupun perempuan. “ Kalau begitu bergabunglah bersama kami” ucap Khalid. Kesedihan dan kemarahan tentang berita tertawannya saudara lelaki yang amat dikasihinya iaitu Dhirar bin al-Azwar lantas membuatnya tampil ke medan perang sebagai pejuang, dan tidak lagi berada di barisan belakang sebagai merawati tentera yang terluka dan mengurus perbekalan sebagaimana yang dilakukan sebelumnya bersama para wanita yang ikut dalam peperangan.

Inilah kisah Khaulah binti Al-Azwar, seorang wanita yang sangat berani, yang membuat pasukan Muslimin kagum dengan kepantasannya menyerang tentera Romawi. Mampukah kita sebagai wanita islam menjadi sepertinya? Mampukah kita sebagai ayah atau abang mendidik anak dan sedara perempuan kita menjadi sepertinya?


Siapa kata wanita itu lemah..sirah telah membuktikan bahawa wanita bukanlah insan yang lemah..tangan-tangan wanitalah yang akan menggoncang dunia..Bidadari besi ini wajar dijadikan contoh dalam kehidupan..mampukah kita??tepuk dada tanyalah iman..wallahuaalam =)

Friday 3 February 2012

Kenapa wanita itu perlu bertudung ?


Mari kita hayati kisah ini :

Ibu : Hani mulai hari ini , Hani kena pakai tudung tau !! jom kita pergi cari tudung kat kedai .

Hani :Alaaaaaaaa~ malaslah ibu lagipun Hani kecil lagi , belum baligh lagi >.< ....kenapa wanita perlu pakai tudung bu ?

Ibu : Hmm...waktu kecil nilah Hani kena belajar pakai tudung , kalau dah besar nanti tidaklah susah Hani nak sarungkan tudund di kepala tu..kalau Hani nak tahu mengapa perempuan harus bertudung
 ..hmmm,,sebabnya ....oklah ibu bagi contoh ,kalau Hani beli gula-gula ,Hani pilih yang dah terbuka pembungkusnya ataupun yang masih dibaluti plastiknya ?

Hani : Mestilah Hani pilih yang masih berbalut : /

Ibu : Begitu juga dengan perempuan ,jika kita perhatikan emas , mutiara dan permata semuanya Allah pelihara jauh ke dasar bumi kerana ia sememangnya BERHARGA  dan harus dijaga dengan baik .Hani tahu tak berapa banyak seksaan yang harus ditanggung oleh wanita yang tidak menutup rambutnya sahaja ?

Hani : apa seksaannya ibu ?

Ibu : 70,000 tahun seksaan di neraka hanya bagi SEHELAI rambut ...cuba bayangkan berapa ramai lelaki yang melihat rambut Hani dan berapa ratus ribu rambut Hani ada ?

Hani : mana ada orang nak kira rambut ibu~ >.< banyak sangat ...tapi kenapa berat sangat seksaannya Ibu ?

Ibu : sebab Allah sayangkan kita , bukankah wanita itu fitnah dunia ?cuba Hani tengok wanita yang tidak memakai tudung pasti banyak gangguan yang terpaksa dihadapinya

Hani : tapi Ibu ada sahaja wanita yang memakai tudung tetapi tetap diganggu ? = ="

Ibu : mungkin itu kerana mereka tidak berpakaian dengan pakaian yang mengikut syariat , misalnya ketat,jarang dan terdedah di sana-sini .Begitu juga dengan tudung , kita harus memakai sehingga MENUTUP DADA dan TIDAK JARANG serta TIDAK MENAMPAKKAN SANGGUL

Hani : eh sanggul pon tak boleh ke ?

Ibu : eh mestilah, Rasulullah SAW bersabda: “Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh 40 tahun  perjalanan.” (H.R. Muslim)

Hani : hmm...kalau kerana sanggul pun , kita tidak boleh menghidu syurga ,apatah lagi jika tidak memakai tudung kan ibu ?

Ibu : betul tu sayang ! Allah sangat SAYANGKAN  kita sebab itulah menjaga kaum wanita dengan sebaik-baiknya , bukankah wanita itu perhiasan dunia , dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah WANITA SOLEHAH

Hani : betul itu ibu !! tidak mengapa jika tidak dapat perhatian dan dikatakan kolot oleh manusia,asalkan Allah sayang dan cintakan kita .Bukan kerana manusia kita memasuki syurga tetapi dengan rahmat dan kasih-sayang Allah .

Ibu : betul itu Hani ^_^

Ya Habibi !! Ya Muhammad


Betapa mulia dan indahnya akhlak baginda Rasulullah s.a.w.

Mengingatkan kita tentang kematian.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.


Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?". "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya" tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah s.a.w menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. dialah malaikatul maut," kata Rasulullah s.a.w., Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah s.a.w. menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah
dan penghulu dunia ini.


"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" tanya Rasululllah s.a.w. dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah s.a.w lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:

'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah s.a.w ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah s.a.w bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah s.a.w. mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah s.a.w. pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah s.a.w. mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "

Badan Rasulullah s.a.w. mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah s.a.w yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.


Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa'alaihi wasahbihi wasallim. Betapa cintanya Rasulullah s.a.w. kepada kita.

Namun,umat kita pada hari ini,semakin lama,semakin melupakan pengorbanan junjungan terbesar nabi kita ini.Apa tidaknya ,jika kita menanyakan kepada remaja pada hari ini , mereka tentu lebih mengenali artis pujaan mereka berbanding Rasulullah S.A.W ,padahal bukankah cinta kepada Rasulullah adalah menjadi kewajipan untuk kita mencintainya selepas cinta kepada Allah

  
 Marilah kita sama-sama memperbanyakkan amalan selawat kita kerana Rasulullah pernah bersabda : celakalah sebanyak 3 kali , maka para sahabat menanyakan kepada Rasulullah , apa yang dimaksudkan dengan celaka itu .Rasulullah bersabda antaranya : orang yang apabila telah datang ramadhan kepadanya , tetapi ia tidak memberi kesan kepadanya dan orang yang apabila disebut namaku tetapi dia tidak berselawat kepadaku.


 Bukankah Allah menjanjikan akan berselawat sebanyak 10 kali kepada sesiapa yang berselawat 1 kali kepada Rasulullah ,malah baginya pahala apabila berselawat samada ikhlas ataupun tidak , samada riya' atau menunjuk-nunjuk .Allah tetap akan meberinya pahala dan tidak mencatit baginya dosa.


  Janganlah kita sombong untuk sentiasa berselawat kepada junjungan terbesar ini ,bukan orang lain yang akan memberi syafaat kepada kita pada hari tetapi Rasulullah .Malah ketika para nabi yang lain sedang berteduh di mimbar mereka ,Rasulullah tetap bersama umatnya di padang mahsyar yang terik itu ,bukankah beliau adalah manusia dan makhluk paling mulia dan terbaik di sisi Allah . Begitu  cintanya nabi kepada kita .


Hayatilah video ini