Saturday 19 January 2013

Perkara yang kucinta pada Rasulullah S.A.W.

              

                                    

      Assalamualaikum ,sahabat sekalian ...Maulidul rasul sudah hampir melabuhkan tirai .Ana ingin berkongsi perkara yang paling ana tertarik dengan susuk tubuh mulia ini .Semoga dapat meningkatkan kecintaan kita kepada baginda ~inshallah~

1.Baginda telah membawa manusia-manusia mengenali Allah .
                 -cuba bayangkan sekiranya tiada baginda ,pasti kita sekarang sedang berada dalam disko ,kelab ,tokong ,gereja ataupun lebih teruk menjadi manusia yang langsung tidak betamadun .


2.Sifat kejujuran yang ditampilkan .
         - Dalam kehidupan sehari-hari pernah tak ,kita tidak pernah menipu ? Walaupun baginda sering dittuduh sebagai penipu dan sebagainya,anehnya ...orang bukan islam sendiri pernah mengamanahkan kepada baginda harta-harta mereka ketika mereka tiada di rumah .


3.Wajah ceria yang sentiasa memaniskan roman wajahnya .
                -Pernah ada kisah seorang perempuan yahudi datang memberikan limau yang sangat masam kepada Rasulullah tetapi Rasulullah memakannya dengan wajah yang penuh senyuman bagi menjaga hati perempuan itu . Senyuman itu juga sedekah dan mampu menceriakan orang di sekeliling . Tidak silap ana,dalam psikologi senyuman juga mampu menarik simpati seseorang kepada kita ...hebat tak ?? wajah juga 100 kali lebih cantik .15 fakta mengenai senyuman ini ana jumpa semasa search kelebihan senyuman dalam internet silalah baca :


1.     Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.


2.     Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.

3.     Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4.     Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5.     Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.

6.     “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.

7.     Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8.     Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).

9.     Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.

10.   Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.

11.   Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

12.   Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.

13.   Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.

14.   Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga
sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Sebenarnya banyak lagi yang ana ingin sampaikan kepada sahabat sekalian tetapi artikel ini kelihatannya sudah terlalu panjang ...takut,takut ada yang tertidur depan laptop pula ....oklah nantikan sambungannya ~

Saturday 12 January 2013

Kisah wanita pelacur dan Imam Malik

                    (GAMBAR HANYALAH HIASAN)

       Pada zaman Imam Malik , terdapat seorang wanita yang sangat buruk akhlaknya .Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki.Sehinggalah tiba pada hari kematiannya.Ketika dia dimandikan oleh seorang wanita yang memang kerjanya memandikan mayat,tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada alat kemaluan wanita pelacur itu.


         Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu . Mana tidaknya ,tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit.Terdapat 2 cadangan untuk menyelesaikan masalah itu .Pertama,memotong tangan wanita pemandi mayat tersebut dan kedua tanam kedua-dua wanita itu sekali gus .

          Akhirnya,mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik .Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa .Pernah ada satu ketika ,Imam Malik mendapat 40 pertanyaan ,tetapi yang dijawabnya hanyalah 5 .Ini menunujukkan akan berhati-hatinya dan betapa sensitifnya beliau dalam isu agama .Imam Malik bertanya kepada wanita si pemandi mayat itu bahawa adakah dia berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya .

             Wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada mengatakan kepada si mati sewaktu membersihkan tubuhnya:" berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina ".Imam Malik berkata "kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut ,sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi".Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana tidak mendatangkan saksi .Selepas wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman 80 sebatan maka terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.



 Hmmm...teruk juga ya hukuman bagi menuduh tanpa bukti .Jadi jauhilah daripada menuduh sesiapa kerana menuduh itu lebih teruk daripada membunuh .
           
                                                                                                                                   -stairwaytojannah-

Thursday 3 January 2013

لا اكراه في الدين

           Hei !! I nak buat apa-pun suka hati I lah , you ingat you siapa nak suruh I pakai tudung .I ada haklah nak buat apa-pun .You ni tak pernah baca al-ma'tsurat ke ? Kan ada tertera perkataaan لا اكراه في الدين
 Assalamualaikum , sahabat sekalian pernah jumpa orang begini ? Apa yang hendak dikatakan ya untuk menghadapi orang sebegini ? Susah juga kan kerana dia mempunyai "dalil "untuk berhujah ?



             Tidak mengapa ,tegurlah dengan cara berhikmah . Perumpamaannya begini,  ok cuba bayangkan sahabat-sahabat hendak pergi ke luar negara . Perlukan pas lawatan sosial atau passport kan ? Hmm..maksudnya kita bebaskan nak pergi ke mana-mana sekiranya mempunyai passport tersebut  .Ikutlah nak mandi sungai di negara tersebut ataupun menginap di hotel ataupun bergambar ke sana ke mari untuk menyimpan kenangan .

              Tiba-tiba sahabat melalui kawasan yang memerlukan pelancong menunjukkan passport ..Kemudian  sahabat mengingkarinya dengan alasan kita sudah mempunyai passport dan kita ada hak untuk membuat apa-apa sahaja termasuk mengingkari untuk menyerahkan passport . Memang kita bebas melakukan apa sahaja asalkan  kita masih  berada di bawah -bawah undang-undang kan ? Betul tak ?
          Begitu juga agama islam , kita boleh melakukan perkara-perkara norma kebiasaan manusia seperti makan , menonton televisyen malah berpakaian juga.Tetapi  haruslah mengikut apa yang disukai oleh Allah dan diredhainya sahaja . Itu sahaja untuk artikel kali ini ..semoga bermanfaat dan menambah ilmu pengetahuan ^u^.