Saturday 27 October 2012

ada apa pada bacaan iktidal ??


       Assalamualaikum ,alhamdulillah akhirnya ana berpeluang lagi menulis entry pada blog ini selepas beberapa bulan tidak menaip kerana sibuk dengan peperiksaan .Hari ini seperti tajuk di atas itu ada apa pada iktidal ana ingin menghuraikan ilmu yang ana dapat serba sedikit daripada rancangan 30 minit bersama ustaz DON .Hayati kisah tersebut .......

                 Pada suatu hari ,ketika Abu Bakar As-siddq sedang berjalan untuk menunaikan solat subuh berjemaah bersama Rasulullah di masjid ,tiba-tiba ada seorang lelaki tua berbangsa yahudi berjalan di hadapannya .Abu Bakar R.A berasa sangat cemas kerana orang tua itu berjalan dengan sangat lambat .Maklumlah sudah tua .Abu Bakar teringin sekali untuk memintas orang tua itu supaya dapat solat subuh cukup rakaat bersama Rasulullah ,tetapi beliau teringat pula akan pesanan Rasulullah supaya menghormati orang yang lebih tua .

                   Setibanya mereka di persimpangan antara masjid dan lorong yang lain ,orang tua itu pun belok ke arah lain dan bukannya menuju ke masjid .Abu Bakar berasa hairan lalu bertanya kepada orang tua yahudi itu bukankah dia mahu ke masjid untuk menunaikan solat subuh.Namun orang tua itu menerangkan kepada Abu Bakar bahawa  dia bukanlah beragama islam .Tahulah Abu Bakar bahawa orang tua itu bukan beragama islam ,lalu beliau tergesa-gesa masuk ke masjid untuk mengerjakan solat berjemaah bersama Rasulullah S.A.W. .Abu Bakar berasa cemas juga kalau-kalau tidak sempat untuk ruku' bersama Rasulullah pada rakaat pertama atas kelewatannya .

                          Nasib menyebelahi Abu Bakar ,ternyata sempat juga dia mendapat rakaat pertama solat subuh bersama Rasulullah .Ketika sedang rukuk dia sempat mengucapkan alhamdulillah di dalam hati kerana sangat bersyukur kepada Allah .Ketika Rasulullah bangun daripada rukuk ,Jibrail a.s telah memberi wahyu kepada Rasulullah supaya membaca lafaz سمع الله لمن حمده ,yang membawa maksud Allah mendengar siapa yang memujiNya .

                            Itulah serba sedikit mengenai sejarah iktidal ,tidak kisah hendak membaca سمع الله لمن حمده  sahaja ataupun     سمع الله لمن حمده ربنا لك الحمد  ,ataupun   سمع الله لمن حمده ربنا ولك الحمد .

                            Jika sahabat-sahabat perasan bahawa setiap perubahan gerakan anggota badan ketika solat kita akan menyebut الله اكبر  ,ini bagi mengelakkan masa pergerakan anggota itu disia-siakan tanpa memuji Allah .Wah!! berharga sungguh masa itu ,walaupun berlaku hanya beberapa pergerakan .Yang istimewa adalah bacaan ketika iktidal .Kawan-kawan sudah tahu bukan mengenai sejarah iktidal ini ,jadi kongsilah ilmu ini pada sahabat-sahabat yang lain .Semoga bermanfaat ,sekian ..ASSALAMUALAIKUM .