Thursday 29 October 2015

Tongue Twister?(but not that twistlah...)

        Image result for lidah           
               Assalamualaikum semua, pernah dengar tak satu anggota badan yang tak bertulang ? Hmm..apa ya ??  bibir? mata ? rambut ? salaaaaaahhh...jawapannya lidah .Hmmm..bahayanya lidah mengalahkan mata pedang mahupun lembing .Ana ingin membuka semula lembaran helaian kisah yang digarap dalam sebuah buku yang dikarang oleh Imam Ghazali .Hayatilah ~

                           Pada satu hari ,seorang suami yang sangat penyayang telah memberitakan kepada isterinya bahawa dia hendak membelikan seorang hamba buat isterinya .Sang isteri yang mendengar terasa gembira ,mana tidaknya ,kerjanya akan menjadi lebih mudah malah ia juga sebagai simbol kasih - sayang dari suaminya .

                               Setibanya sang suami di pasar ,dia melihat satu tubuh yang sasa, tegap dan gagah .Sesuai dan lengkap sebagai ciri-ciri hamba yang baik .Sebaik sahaja wang bertukar tangan antara pembeli dan peniaga ,peniaga tersebut memberitahu kepada si suami tersebut bahawa hamba ini semuanya baik kecuali mulutnya sahaja yang kurang baik .Suaminya tidak kisah kerana yang mahu diperahnya adalah tenaga bukannya mulut hamba itu.

                                Hari-hari yang dilalui pasangan suami isteri itu sangat bahagia.Bangun pagi ,rumah sudah bersih,makanan sudah terhidang ,kambing sudah diberi makan dan lain-lain pekerjaan semuanya dibuat dengan cermat oleh hamba tersebut .

                            Sampailah suatu hari,suami tersebut perlu menyertai rombongan berdagang,si isteri tinggal bersendirian dengan hambanya .Sang suami memesan supaya hamba tersebut menjaga isterinya dengan baik.Pada suatu hari,sang hamba menanyakan kepada sang isteri itu,adakah dia mahu sentiasa disayangi suaminya .Isteri mana yang tidak suka disayangi suaminya , lantas isteri tersebut menjawab\; "tentulah\'
Hamba itu berkata ,menurut petua suku kaumnya ,mana-mana isteri yang ingin disayangi suaminya perlulah mencukur sedikit bulu yang terdapat pada leher suaminya kemudian meletakkan di tempat paling tertinggi dalam rumah mereka.

                                Si isteri yang teruja ,bergegas ke pasar dan membeli pisau yang sangat tajam,.Akhirnya ,tibalah kepulagan suami yang dicintai,sang isteri menyambutnya dengan gembira sekali.Sang hamba kemudian mengatur rancangannya dengan bertemu sang suami secara peribadi .Hamba terbabit membuat cerita yang kononya sepanjang ketiadaan suami tersebut,sang isteri telah berbuat curang dengan lelaki lain .Buktinya pada malam ini ,si isteri akan bunuh si suami selepas si suami nyenyak tidur.

                                  Pada malam itu,sang suami  berpura-pura tidur dengan nyenyak.Si isteri yang penuh keterujaan perlahan-lahan bangun ,dan dengan penuh cinta dia mengeluarkan pisau dan meletakkan ke leher suaminya untuk mencukur .Suaminya itu terkedu dengan perbuatan isterinya terus mengambil pisau daripada isterinya dan menikam-nikam isterinya sehingga beliau terkulai lemah tidak bernyawa .

Lidah itulah ,
Penghancur kebahagiaan insani ,
Ambillah iktibar bagi yang punya hati .

Dengarlah wahai bidadari ~


Wahai wanita,
Engkau itu indah bak bidadari,
Tidak kiralah siapa dirimu,
Semuanya punya pesona,
Melangkah saja ada mata yang terpana,
Lantas untuk apa engkau menayangkan diri,
Inginkan bukti bahawa dirimu itu layak dipuji?
Tidak cukupkah sabda rasul Ilahi,
Bahawa engkau itu perhiasan duniawi,
Perhiasan itu,
menarik,mempesona...

Jujur apakah niatmu menayangkan diri?
Inginkan perhatian insan bernama lelaki?
Engkau itu ujian terbesar bagi mereka,
Untuk apa lagi engkau menyeksa mereka?
Untuk apa?...cinta ...?
Sekiranya ini jalanmu,
Yang engkau peroleh hanya dusta,

Jika yang terpesona itu buaya,
Hancurlah hidupmu dibaham oleh janjinya,
Jika yang terpana itu hambaNya yang setia,
Engkau telah mengocak gelora di jiwanya,
Bagaimana bisa dia hendak menghadap penciptanya
Dalam jiwa yang menunduk....dalam perhatian yng khusyuk,
Sedangkan dalam mindanya,
Telah terpahat wajah yang haram baginya,
Sungguh itu satu penyeksaan bagi mereka,
Tidakkah engkau kasihankan insan bernama lelaki?
Satu hari nanti,
Engkau juga akan punya suami,
Punya anak lelaki,
Mengertilah keadaan mereka,
Fahamilah jiwa mereka....
Banat itu permata yang berharga,
Bukan untuk ditayang dan dibangga.

Tuesday 27 October 2015

Hati ,dengarlah ~

Image result for wet heart
Wahai hati,
Jasadmu ini terseksa,
seksa sekali ...teramat seksa,
kerana apa ?
Dosamu wahai hati .
Sudahkah kamu cukup ikhlas kepada penciptamu?
Kenapa riya' masih terbuku?
Atas alasan apakah kamu menjadi begitu?
Sudah cukup baikkah dirimu ?
Sudah cukup hebatkah pencapaianmu ?
Sudah terjaminkah firdausi bagimu?


Ingatlah diri,
Kamu itu penuntut ilmu,
Usah kamu bermegah dengan ilmu,
Belajarlah kernaNya,
Tidak akan masuk syurga bagi yang menuntut ilmu bukan kernaNya,
Lantas kamu mahu ke mana?
Neraka....
Tidak...tidak ...aku tidak mahu ,sesekali pun tidak ,

Kamu mengatakan kamu mencintaiNya,
Lantas di mana rasul di hatimu?
Sudah berselawatkah kamu pada hari ini?
Berapa hadis yang sudah didadamu?
Berapa banyak sunnah yang telah kau hadami dalam hidupmu?
Berapa banyak pengetahuanmu tentang tragedi hidup baginda keranamu?
Kerana baginda ingin melihatmu di syurga,
Luruh sekali hati baginda,
Jika didapati umatnya di neraka,
Tidak rindukah engkau pada baginda!!
Sedangkan sebelum kelahiranmu,
Dia menangis keranamu,
Merinduimu dan begitu mengharapkan keselamatanmu


Maafkan aku wahai saudara seislamku,
Aku di sini berhibur tidak ingat dunia,
Sedangkan dagingmu diratah-ratah di sana,
Terkoyak hatimu melihat keluargamu dibunuh di hadapan mata ,
Tapi aku di sini sibuk dengan duniaku,
Berhibur semahunya,
Tidak ingat dunia,
Mengapa mahu peduli?
Bukan aku yang merasanya?
Lupakah wahai diri?
Sabda nabi pilihan,
Sesungguhnya mukmin itu bersaudara....
Penderitaannya,penderitaanmu,
Di manakah engkau saat mereka menangis pilu
Di mana...mereka memanggilmu sedu
Luah mereka.....
Di mana temanku?...sudah lupakah mereka akan daku??




p/s:
Luahan ini dituju kepada hati ini ...Maafkan aku yang belum sempurna ini....Bertatih menuju ke hadrat pencipta diri

Tak sebak ke ?

Image result for tangisan
"Maka tidakkah mereka menghayati Al-quran, ataukah hati mereka sudah terkunci?"(Surah Muhammad:24)

***
Eh ehhhh...dia online laaah.. 

*tulis mesej*

Mesej whatsapp send.

Tapi..

2 jam... 4 jam... 30 minit..

Tak read pun!
Dia online je!

Esok,lusa...dan hari seterusnya..

Tetap sama..

Tapi mesej orang lain okey jep dia baca.Hmm.

"Tak sudi ke baca mesej saya?"

***

Resah kan?
Pilu kan?
Terselit kecewa?

Jadi begitulah Allah rasa.

Kita selalu online(hidup),gadget kita hidup memproses(hati),Allah send mesej(Al-quran)..
Ya dapat send(kita nampak mesej sekerat saja)

TAPI kita tak baca! 
TAPI kita tak pandang!

Tak ke sedih gitu?

Bro,sis..

Tu baru berjam dan berhari atau mungkin bertahunlah dia tak balas.

Sekarang ni kau dah hidup berapa tahun?misalnya aku 19 tahun.

Kau bayang 19 tahun TAK BALAS MESEJ.

Kalau kau fed up kan?

Tapi ALLAH tak..Allah tunggu.

Come onlah, masa tunggu 'your beloved' 3 jam nak dating pun dah berasap bergaduh sampai putus,

Ini 19 tahun kau buat Allah tunggu? Tak ada perasaan ke?nampak tak kezaliman kita di situ?

Dah lah segala benda kau pinjam daripada DIA.Tak cukup pinjam,kau minta lagi lebih.Tak reti berterima kasih ke?

Tahu tak kenapa Allah tunggu?Tahu tak kenapa Allah sabar?

Sebab DIA tu Maha Sabar. cinta dekat hamba-hamba DIA.DIA kasihkan hamba-hambaNya yang banyak sangat fe'el ni.

👆 Bila cakap tentang baca,..perlukan kemahuan, penghayatan yang hidup dan fokus.
Kalau baca pun dah tak nak.Usahkan nak hayati,fokus ke laut..pergh,ayat pedas!

***

Duhai sahabat..
Saat aku baca ayat ni.Iya ayat ni pendek..
Tapi macam-macam yang aku fikir.

Tika baca ayat ni,tiba-tiba hati aku merasa Allah berkata,

😞"Duhai hambaKu,tak sudi ke baca mesejku?"

😞"Duhai hambaKu,balaslah mesejku dengan mata hatimu,telinga hatimu dan hatimu yang hidup"

😞"Duhai hambaKu,aku ni Allah,cinta agung.Cinta abadi dalam hatimu.Adakah kamu sudah lupakan aku?"

Korang...

Tak rasa sebak ke? 

Stop stop..

Jangan jawab dengan mulut.jawablah dengan hati.Bukan hati yang semata-mata namanya 'hati'.Tapi hati yang hidup.kalau hati mati?

Fikirlah sendiri.

Wassalam.

Awak susahnya belajar ~


Aku dah penatlah nak belajar,
Susah,air mata mengalir deras dari pipinya,
Stress,siapa yang mengerti?
Penat aku belajar ,siang ,malam ,
Tapi result?
Arghhh...benci..benci semua ni ,
Kenapa susah sangat nak faham ?
Tidak cukupkah usaha aku ???



Wahai sang penuntut ilmu ,
Sudahkah kau lupa janji pencipta yang esa,
Bagi penuntut ilmu ,mudah baginya jalan ke syurga,
Jadi apa yang lebih mahal dari syurga?,
Kerjaya?...cita-cita?....harta?
Sudahkah kau lupa jalan ke syurga itu apa?
Bukankah redha Ilahi itu kunci utama?,
Justeru apa lagi yang membuatkanmu berduka,
Akan mendakinya jalan ini.
Buatlah keranaNya,
Di situ akan kau temui bahagia,
Yakinlah tiada yang sia-sia dalam perjuangan ini,
Ada Dia yang sentiasa menghargaimu,
Walaupun dikau dirudung kegagalan,
Walau mereka mencelamu,
Tapi di satu sudut jika benarlah perjuanganmu kernaNya,
Kau akan beroleh kejayaan hakiki,
Di mana?
Di syurga wahai sahabatku,
Cukuplah redhaNya menjadi pembakar semangatmu,
Bangkitlah wahai pejuang ilmu !!!