Saturday 24 March 2012

Allah Maha Pemberi (Al Wahab)

      
       Allah adalah Pemberi Yang Maha Pengasih dan Pemurah . Nama-nama Allah seperti ar-Rahman ,ar-Razzaq,al-afu,al-Ghaffar,at-Tawwab,adalah sangat berkait dengan sifat memberi . Malah salah satu daripada nama-nama Allah yang berkait secara langsung dengan sifat memberi ialah al-Wahhab (Maha Pemberi).

           Kita diwajibkan mengenali sifat al-Wahhab (Maha Pemberi)ini. Bukan sahaja wajib belajar,memahami dan menghayati sifat al-Wahhab , malah kita dituntut untuk meniru dan meneladani sifat mulia dan baik itu dalam kehidupan seharian . Mari kita renungkan beberapa kriteria sifat al-Wahhab agar kita menyedarri betapa hebat dan agungnya sifat memberi Allah .Di bawah adalah sifat -sifat al-Wahhab.

            Allah memberi tanpa pinta dibalas.....
Berbeza dengan manusia yang sering memberi untuk mendapat balasan , Allah pula sebaliknya kerana Dia Maha Kaya dan Maha Perkasa daripada sebarang sifat kekurangan dan kelemahan . Allah tidak memerlukan makhluk,sebaliknya makhluk yang memerlukan Nya . Allah mengurniakan begitu banya nikmat ,rahmat dan kurniaNya kepada setiap manusia ,dan pemberian itu tidak mungkin dapat dibalas .

              Allah Maha Mengetahui hakikat itu,namun Allah terus memberi walaupun tidak dibalas oleh hamba-hambaNya yang kufur dan dibalas secara tidak setimpal oleh hamba-hambaNya yang taat.

                Usahkan untuk membalas , mengiranya sahaja manusia tidak mampu .  Kita meminjam terlalu banyak daripada Allah . Ironinya,walaupun pinjaman itu masih tertunggak , namun Allah tidak menarik semula nikmat yang dipinjamkan kepada kita .Sekiranya Allah menghentikan pemberian itu,maka terhentilah perjalanan dunia dan seisinya.Cuba kita bayangkan sekiranya Allah meminta balasan atas udara yang diberikanNya kepada kita dengan perlu membayar RM 7000 sebulan , adakah kita mampu ? silap haribulan bila tidak bayar bil selama 3 bulan ,udara terpaksa ditarik.Tapi Allah sangat pemurah lagi penyayang dia terus memberi nikmat kepada kita walaupun kita terus kufur kepadaNya ,malah Dia tidak meminta balasan pun.

                 Allah memberi sebelum diminta
Kebanyakkan manusia,hatta yang pemurah sekalipun,memberi setelah diminta .Allah pula sebaliknya ,memberi sebelum diminta oleh makhlukNya . Manusia bersifat pelupa.Seringkali kita lupa meminta apa yang kita sendiri perlukan dalam hidup . Namun, Allah Maha Penyayang ,Dia memberikan juga kita rezeki,perlindungan,kesihatan dan pimpinan walaupun kita sering lupa untuk memintanya.

                 Bayangkan apa akan terjadi kepada kita jika Allah memberi hanya apabila kita memintanya? Boleh bernafaskah kita saat ini sedangkan pagi tadi kita terlupa memohon oksigen ? .Adakah kita masih beragama islam pada hal kita sering lupa meminta dikekalakn hidayah ini dalam diri kita ?

                   Ana teringin berkongsi sepotong hadis daripada Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : "Tidak berlalu hari-hari yang tatkala manusia berpagi-pagi melainkan turunnya 2 malaikat , dan 1 malaikat berdoa : Ya Allah , berilah ganti kepada orang yang membelanjakan (iaitu menderma atau menyedekahkan)hartanya . Kemudian malaikat yang ke 2 berdoa : Ya Allah, binasakanlah harta orang yang bakhil .

                    Jadi ana nak menyeru kepada kawan-kawan semua perbanyakkanlah mengamalkan sifat Allah al-Wahab , tidak rugi pun jika kita banyak menderma,kerana apa yang kita belanjakan di jalan Allah akan di kira walaupun hanyalah amalan yang sebesar biji sawi. Hmmm....cakap pasal amalan ni ..teringat pula ana kat sebuah cerita mengenai imam Ghazali .

                       Oklah ana cerita ek ? . Pada suatu hari , selepas kematian imam Ghazali anak muridnya  bermimpi berjumpa dengan Imam Ghazali , di dalam mimpi tersebut anak muridnya bertanya kepada imam Ghazali :" wahai guruku, apa yang telah Allah S.W.T lakukan terhadapmu, Imam Ghazali menjawab : " Allah telah mengampunkan dosaku kerana aku telah memberi seekor lalat setitis dakwat penku untuk diminum."Lihat baiknya Allah kerana sudi memberikan ganjaran yang cukup besar kepada orang yang menderma walaupun hanya kepada seekor lalat .