Saturday 29 December 2012

6 ways to choose suitable clothes





        

                  Assalamualaikum bertemu kembali wahai pengunjung blog sekalian ........
 Hari ini ana nak beri tips cara untuk memilih pakaian  terutamanya buat kakak -kakak di luar sana yang mudah rambang mata apabila melihat jualan murah terutamanya pakaian yang disajikan cantik-cantik belaka .

  Kalau sahabat sekalian memilih pakaian apakah ciri-ciri yang dikehendaki ?
  first things first : ikut trend terkini ?
  ada riben ? batu permata ? 3 tone ?
  pilihlah apa sahaja yang dikehendaki ....tapi ada 6 syarat iaitu.............


1.Tutup aurat -lelaki : pusat hingga lutut
                      -wanita : seluruh anggota kecuali muka dan tapak tangan (tudung juga harus labuh sehingga menutupi dada)

2.Tidak ketat - Sekiranya ketat cuba bayangkan pergerakan menjadi agak terhad dan bentuk badan pula kelihatan seperti buah pear

3.Tidak jarang -

4.Tidak menyerupai lawan jantina -contohnya wanita memakai pakaian lelaki kerana kononnya untuk mengelakkan dirinya ditindas kaum lelaki tetapi bukankah pakaian wanita (yang menutup aurat)menjaga wanita daripada ditindas lawan jenis?

5.Tidak memakai pakaian yang menyerupai agama lain -  ehh!! cantiknya pakaian sami buddha tu nak cuba beli sepasang !! ehhhh........haram tau =w= 

6.Tidak terlalu menarik perhatian - huh!! apabila diperhati dari nun jauh sudah dapat dikenali siapa pemilik pakaian itu ..., apabila berjalan semua orang pandang .tidakkah terasa malu ??

Azam Baru !!!

          Apa khabar pembaca sekalian,
kita sekarang sudaah barada di penghujung 2012 dan berada di ambang 2013 .Pada tahun baru biasanya topik yang paling hangat diperkatakan ialah AZAM .

Pentingkah azam itu ? 

Penting,penting,penting  kerana ia dapat membuatkan hidup kita mempunyai matlamat dan supaya dapat memperbaiki kelemahan kita ,orang yang tiada matlamat ibarat seperti bermain bola tanpa tiang gol .

Tips untuk mencapai azam yang berkualiti ialah : 


1.Tentukan apa yang hendak kita capai dan perincikan dengan lebih dalam .Contoh azam yang berkualiti rendah ialah :saya hendak menjadi lebih baik .Apa yang dimaksudkan dengan lebih baik ? Bagaimana hendak menjadi lebih baik ? Dan apakah bukti yang kita sudah menjadi lebih baik ? Jadi kita perlu spesifkkan azam itu sendiri . 

2.Jangan mulakan sesuatu azam dengan perkataan yang negatif contohnya:" saya tidak mahu menjadi seorang yang pemarah ,  "saya tidak akan mencuri "  ,dan sebagainya .Tetapi tukarkan kepada :"saya adalah seorang yang penyabar " ,"saya bebas dari melakukan kerja mencuri ".Bagi memudahkan sahabat sekalian mudah memahami cuba anda membayangkan apa yang saya tuliskan :

  "Jangan bayangkan gajah warna pink ,Di atas gajah ada monyet yang di ekornya tidak mempunyai riben dan monyet itu  tidak memakan ais krim strawberry"          
 Hehee..hehe yang terbayang adalah yang sebaliknya bukan ???  

3.Target bilakah kita mahu melihat hasilnya .Dan jika impian yang kita pasangkan itu terlalu besar untuk dicapai, mulakan dengan sedikit-sedikit .Contohnya apabila pendaki ingin mendaki gunung setinggi 200 kilometer pasti dia merasakan sesuatu yang sangat sukar untuk dicapai tetapi jika terdapat papan tanda  yang menunjukkan bahawa dia telah mencapai 20km kemudian 40km pasti pendaki merasa lebih bersemangat .


Pendek kata formulanya ialah begini :
    1.Kita tahu apa yang kita hendak beli (matlamat)
     2.Kita tahu berapa harganya (usaha)
      3.Kita terus bayar harganya (melakukan sebaik mungkin apa yang diazamkan)

English scholar said : "I can accept failure,but I can't accept failure without trial "   
Jadi jangan putus asa kerana kegagalan itulah yang mengajar kita untuk berjaya .
Gagal itu baik tetapi takut untuk gagal itu bahaya kerana ia menghalang kita daripada melakukan langkah pertama untuk berjaya .

    

Wednesday 26 December 2012

Is God love me ?

          Wah !! rindunya pada blog ini setelah lebih sebulan laptop rosak , tidak dapat nak meng"update" blog ni .Apa khabar semua pengunjung harapnya sihat sejahtera :D. Seperti tajuk di atas :Is God Love Me ,ana ingin merungkaikan 3 tanda bahawa tuhan benar-benar mencintai kita


 Tanda-tandanya ialah : jeng...jeng..jeng...

                   1.Seseorang itu berasa mudah untuk melakukan ibadah .Tidaklah merasa berat seperti seekor gajah ataupun lembik seperti ulat bulu .betul tak >.< (hehe)
Stiker Kartun
                    2.Merasa susah untuk melakukan maksiat . Contohnya ,apabila diajak untuk melepak ataupun mengumpat berasa dirinya diperhatikan dan malu untuk melakukannya kerana berasakan dirinya diperhatikan oleh spy( malaikat)  


                


                       3.Zikir sentiasa membasahi mulutnya .Asalkan mempunyai waktu lapang akan berusaha menyebut -menyebut nama Allah .Ibarat seorang kekasih yang sentiasa menyebut-nyebut nama kekasihnya .

   Indahkan apabila dicintai ALLAH S.W.T. Diri kita sentiasa dipeliharaNya dan mudah untuk melakukan kebaikan ^u^