Saturday 9 March 2013

HidayahNya buat si pendosa




                        

            Assalamualaikum , hari ini ana ada mendengar ceramah di IKIM. Ceramahnya berkaitan dengan hidayah . Hidayah ini adalah sesuatu yang paling berharga dalam hidup kita . Cuba bayangkan sekiranya tanpa hidayah kemudian kita mati ,tempat yang paling layak untuk kita ialah neraka . Sepatutnya kita berterima kasih kepada Allah kerana Dia telah mengurniakan kita hidayah dan hidayah itu bukanlah sesuatu yang kebetulan . Bukanlah kita hidup di dunia ini sebagai Islam kerana ibu ayah kita islam walaupun secara lahiriahnya memang begitu .Kita hidup sebagai Islam kerana Allah yang pilih kita . Hidayah Allah hanya untuk yang teristimewa di sisiNya .

               Dalam ceramah tersebut ,terselit sebuah kisah pengalaman seorang penceramah tersebut dengan seorang pelajar yang memang kehidupannya teruk .Tinggal merempat di stesen bas kerana dihalau ibu bapanya kerana masalah keruntuhan moral yang terlalu teruk .Ustaz itu bersembang-sembang sebentar  dengan pelajar terbabit .Pelajar itu mengemukakan pertanyaan kepada ustaz terbabit :"Ustaz rasa aku ni teruk ke !??" Ustaz itu menjawab " Hmm..memang teruk kalau tak ,takkan sampai kena halau dari rumah ..mak mana yang tak sayang anak sendiri kalau kena halau tu dah sah memang teruk ."Pelajar terbabit berasa amat terkejut dengan jawapan ustaz itu kerana padanya terselit harapan supaya ustaz itu memujuknya. "Tetapi walaupun betapa teruknya kamu inipun,tapi Allah masih sayangkan kamu buktinya kamu ini seorang islam ,sekiranya Allah mahu bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik islam dan membiarkan kamu menjadi seorang kafir."

 Hmm..~ betapa sayangnya Allah pada pelajar terbabit ,walaupun sudah sah melanggar perintahNya. Allah tidak menarik pemberianNya yang paling berharga iaitu Hidayah .Biarlah tiada makanan ,tempat tinggal ,sahabat, keluarga atau apa sahaja asalkan jangan pernah korbankan hidayahNya yang merupakan bukti cintaNya kepada kita .

Sekarang baru nak cerita pasal HIDAYAH BUAT SI PENDOSA ,tadi tu cuma muqaddimah sahaja ~ ^-^

                    Ni pun cerita pasal pengalaman penceramah tersebut ..

            Pada suatu hari  beliau mengadakan ziarah untuk berjumpa umat islam di A.S. Setelah beberapa lama ,beliau pun berjumpa dengan beberapa orang arab MUSLIM sedang berfoya-foya di sebuah kafe yang mana disediakan pelacur-pelacur .Penceramah tersebut pun memberi tazkirah kepada orang arab itu .Orang arab itu hanya mengiakan dan selepas penceramah itu pulang dia pun sambung berfoya-foya .

              Tapi yang menariknya 2 orang wanita pelacur mengikuti penceramah terbabit dari belakang .Dia berkata selama ini dia bekerja sebagai pelacur kerana kesempitan kewangan dan dia hanya menerima untuk melayan lelaki-lelaki muslim sahaja kerana baginya boleh dapat banyak pahala pada kepercayaannya .Wanita tersebut berketerunan yahudi .Wanita yahudi itu berkata selama ini dia menganggap orang islam itu sama teruk  sepertinya tetapi pada hari ini dia kagum kerana ada orang islam datang ke tempat bermaksiat seperti itu di tengah-tengah kota Metropolitan hanya semata-mata untuk berdakwah kepada saudara seislamnya .Dan kerana peristiwa itu dia masuk agama islam .

                Setelah seminggu lebih ,wanita itu menghubungi penceramah itu .Wanita itu mengadu padanya ,adakah Allah masih akan menerima taubatnya .Penceramah itu hairan dan bertanya adakah dia mengulangi dosanya kembali atau melakukan apa-apa dosa besar .Wanita itu menjawab ,ketika dia berada dalam bas ada orang terlanggarnya sehingga tersingkap lengannya ,dan dia berasa amat malu kepada Allah .Lihatlah bagaimana hidayah itu mampu mengubah seseorang itu daripada pendedah aurat kepada seorang yang sangat sensitif kepada aurat .Sesungguhnya tiada harga yang layak dibayar untuk hidayah ,jagalah nur hidayahmu sebaiknya,

                     Wahai muslimah penyeri dunia ,jagalah auratmu kerana itu adalah mahkota dan maruah dirimu .Dan janganlah engkau memandang rendah kepada orang yang jahil dalam kalanganmu kerana mungkin satu hari nanti dia bakal menjadi lebih baik dari dirimu .                    

                                                                                                                       ~stairwaytojannah~

Wednesday 6 March 2013

Uhibbuka fillah ??

Ada atau tidak ukhuwwafillah di antara lelaki dan perempuan bukan mahram?

Jawapannya ada. Iaitu dengan cara kita tidak mengheretnya ke neraka dan dia tidak mengheret kita ke neraka. Bermakna, dia tidak bermaksiat dengan kita, kita pun tak gatal nak bermaksiat dengan dia. Dia jaga aurat dan pergaulan dia dengan kita, kita jaga aurat dan pergaulan kita dengan dia. Dia tak lalaikan kita, kita tak lalaikan dia.

Itulah dia ukhuwwafillah antara lelaki dan perempuan bukan mahram.


So, lelaki dan perempuan bukan mahram yang berukhuwwah kerana Allah ini, dia takkan saling SMS, takkan saling gayut, takkan saling dating, dan
sebagainya.

-------------------
Kalau nak sangat berkepit dengan perempuan/lelaki bukan mahram,
maka apa lagi,
siapkan diri,
gerakkan perancangan,
lamarlah empunya diri,
melangkah ke gerbang pernikahan.
       credit to :hilal asyraf 

Saturday 2 March 2013

Penyabarnya Rasulullah S.A.W.

 
Assalamualaikum sahabat sekalian,ana berhajat untuk menyuarakan satu perkara yang sangat penting dalam psikologi iaitu emosi marah .

Peri pentingnya untuk kita mengelakkan perasaan marah ini berdasarkan kisah Rasulullah S.A.W. yang ingin ana sampaikan ................................

 KISAH 1 :
Ada seorang sahabat nabi datang kepada nabi untuk meminta wasiat ,nabi menjawab jangan kamu marah ,kemudian sahabat itu bertanya lagi ,kemudian apa ya Rasulullah ? Nabi menjawab jangan kamu marah .Sahabat itu bertanya lagi ,Rasulullah tetap menjawab jangan kamu marah .

KISAH 2:
Pada suatu hari ketika Rasulullah S.A.W sedang berjalan ,seorang lelaki arab badwi datang dan menyentap selendang baginda sehingga kelihatan kesan kemerah-merahan pada susuk tubuh yang mulia itu .Riak wajah nabi masih tenang dan langsung tidak memarahi lelaki tersebut tetapi sebaliknya hanya melemparkan sebuah senyuman .Sekiranya kita sedang berjalan dan orang menarik kita punya tudung sehingga terjerut ,apakah tindakan kita ? renungkanlah .....


KISAH 3:
Pada suatu ketika cucu -cucu nabi sangat lapar,Rasulullah S.A.W. yang penyayang itu tidak sanggup melihat cucu-cucunya itu menderita .Baginda kemudiannya mengambil upah menimba air dari perigi untuk mengisi bekas-bekas air dari seorang yahudi .Sedang Rasulullah mengangkat timba,tiba-tiba,talinya terputus .Yahudi tadi kemudiannya pulang ke rumah dan mendapati bekas-bekas airnya masih tidak penuh .Lalu,dia mendapatkan Rasulullah dan menampar baginda kemudian, melemparkan upah berupa tamar kepada Rasulullah dan menghalau baginda keluar .

Tidak lama selepas itu,tangan yahudi tersebut terkena kapak dan teputus .Orang ramai mengesyorkan yahudi tersebut supaya berjumpa Nabi Muhammad S.A.W bagi menyembuhkan tangannya .Ketika itu,nabi Muhammad sedang memberikan tamar kepada cucunya yang lapar .Alangkah terkejutnya yahudi tersebut apabila berjumpa baginda kerana nabi Muhammad S.A.W adalah lelaki yang ditamparnya tempoh hari.Nabi Muhammad tanpa berkompromi dengan yahudi tersebut membantunya menyembuhkan kecacatan itu .Akhirnya ,lelaki yahudi itu masuk agama islam .


Sebelum ana mengakhiri tajuk kali ini ,hayatilah hadis ini :
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah telah bersabda:”Bukanlah orang yang kuat itu orang yang selalu menumpaskan orang lain, sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.”

Ingatlah bahawa marah itu ialah bius syaitan,dengannya kita tidak menyedari akan perbuatan yang sedang dilakukan ,beringat-ingatlah agar tidak menyesal di kemudian hari 
-stairwaytojannah-





Friday 1 March 2013

Tudung oh tudung





Assalamualaaikum sahabat-sahabat sekalian,

pernah dengar tak kata-kata sinis berbaur sindiran seperti "pakai tudung tapi buat dosa juga,tengok aku ,tidak pakai tudung tapi hati aku suci"

PAKAI TUDUNG TAPI BUAT DOSA ....
1.Pada pendapat ana ,adakah sekiranya kita memakai tudung itu akan mencegah kita dari melakukan dosa ?  sekiranya begitu , sudah tentu ramai muslimah yang sejati tetap akan memakai tudung walaupun ketika mandi di dalam tandas ataupun ketika bersendirian di dalam bilik ,kerana ia akan menghindari mereka dari melakukan dosa.

2. Baik atau buruknya seseorang itu bergantung kepada seketul organ yang sangat penting iaitu hati.“Sesungguhnya di dalam badan seseorang manusia itu, ada seketul darah. Jika ia baik, maka baiklah seluruh badannya, jika ia buruk, maka buruklah seluruh badannya, ketahuilah ia adalah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)......Jadi tudung bukanlah penentu baik-jahat seseorang tetapi HATI




 TIDAK MEMAKAI TUDUNG TETAPI HATI SUCI ....
1.Selalu juga ana mendengar pernyataan ini ,jawapannya sangat ringkas dan mudah .Soalan cepu mas untuk sahabat-sahabat sekalian ,sekiranya seseorang itu melakukan dosa ,apa yang akan berlaku pada hatinya ?Tentu akan bertambah titik-titik hitam pada hatinya sehingga ia menjadi keras dan hitam .
Lalu,apakah yang dimaksudkan suci dengan hati yang sebegitu sedangkan Allah telah menyatakan bahawa mendedahkan aurat itu adalah dosa dan dosa itu menggelapkan hati

2.Mendedahkan aurat juga boleh mendatangkan perasaan riya' dan sombong kerana mampu kelihatan lebih cantik (jika dilihat pada pandangan nafsu)


-semoga dapat dijadikan panduan bersama,dan semoga kita terpelihara daripada melakukan dosa membuka aurat .amin ~

                                                                                                     ~stairwaytojannah~