Tuesday 28 April 2015

Lelaki tua yang menginsafkan

Bacalah cukup menginsafkan
LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB...

Tulisan Dato Roslan Abd Hamid

Saya jumpa lelaki tua ini.. 
Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid..
Baca al Quran..
Umur dlm 70an..

Duduk rumah dkt masjid.. 
Rumah agam besar & menarik..
Hartanya di sana sini.. 
Ada bangunan komesil tengah bandar, bernilai dlm RM 35 juta..

Pendapatan pasif kutip sewa dlm RM70k sebln... 
Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah & infaq.. 
Dia tenang bersendirian melayani anak cucu..

Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak.. 
Katanya malu..
Saya minta 1 formula, dia berikan 10...

Saya catat & mahu kongsikan..
1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa..
Doa ibubapa adalah segala galanya..
Ia tiada hijab, terus termakbul..
Raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia.. 
Doakan mereka apabila telah tiada..

2. Jaga masa..
Ia datang & berakhir..
Urus masa antara 5 waktu solat..
Atur kerja dgn sebaik cara.. 
Pada setiap waktu, ada perkara yg kita mulakan..
Berada di masjid, sebelum azan..
Masuk waktu, terus lah solat.. Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki..

3. Berdoa dgn khusyuk.. 
Berserah pada Allah & bertawakal lah.. 
Allah tahu apa yg terbaik utk kita..

4. Namun begitu, kena lah berusaha..
Usaha pagi ptg siang & mlm.. 
Usaha lah bersungguh2.. 
Usaha bermula dgn berniat.. 
Lepas itu buat, sampai dpt.. 
Kalau tak dpt, usaha yg lain pula..
Adakan masa utk baca 
Al-Quran..
Maka dia pun nasihatkan saya..
"Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dgn memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran..
Jadi jika membaca surah 
Al-Ikhlas 3 kali, mendpt ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran..
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas..
Kadang2 sampai 1000 kali sehari..

5. Jaga Kesihatan..
Banyak kan berjalan kaki.. 
Banyaknkan minum air masak atau air mineral..
Jaga pemakanan..

6. Hidup kena buat target & kena ada wawasan..
Ikat perut & usah membazir.. 
Makanan & minuman mesti lah dihabiskan..
Usah berlagak org kaya, padahal kita teman pada syaitan..
Sentiasa lah belanja org mkn & minum.. 
Apabila mkn di kedai yg kecil, perhatikan kebersihan kedai itu..
Apabila bersih masuk.. 
Disitu kita akan temui ramai org susah..
Belanja mereka mkn & minum..

7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jln... 
Apabila dlm perjalanan, berhenti..
Cari lah masjid..
Apabila di rumah, tutup pintu rapat2.. 
Malam, buang sampah sarap.. 
Basuh pinggan mangkuk.. 
Pastikan semua teratur sebelum tidur..
Gunakan waktu antara maghrib & isyak utk tuntut ilmu agama..
Boleh dgr org mengajar.. 
Boleh juga baca kitab..
Lepas Isyak, buat kira2 untung & rugi..
Siapkan bahan utk kerja esok hari..

8. Usah takut jumpa org.. 
Walau pun 5 minit mahu berjumpa., pergi lah sendiri.. 
Usah pakai posmen apabila depani soal penting..
Biar kita merangkak panjat bangunan..
Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan.. 
Yg penting, sampaikan dgn tgn sendiri..

9. Balik mlm, usah cakap penat, usah cakap letih..
Usah cakap sakit..
Apabila sakit, senyum..
Allah sedang luruhkan dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga..
Siapakah dlm dunia nie yg tidak pernah rasa sakit, jatuh & dihina..
Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW.. 
Namun, baginda ajar kita utk maafkan semua org..

10. Niat kan mahu kaya..
Niat kan mahu bantu ramai org.. 
Niat mahu jadi manusia berguna..
Niat itu macam tulis surat.. 
Dulu tiada internet, mcm tulis surat lah..
Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu..
Maka tulis alamat betul2.. 

Saturday 18 April 2015

Ouh..dosa ,malunya aku



Dosa...noda...jijik diri ini kurasa ,
Mengintai ruang semalam ,apa yang ada ?
Hanya penyesalan ,
Hitamnya kisah semalam ,
Ya,benar itulah diriku tika itu,
Tanpanya tiadalah aku ,
Aduhai diri,
Layakkah engkau untuk bergelar bidadari ,
Sedang hati ini dengan namaMu jarang sekali terisi,
Malunya aku,
Andai manusia tahu kisah silamku,
Tapi siapa mereka untuk menghakimiku,
Aku juga bani Adam,
Yang selayaknya melakukan kesalahan,


Dengarlah Wahai Hambaku,
Dengan cintanya aku kepadamu,
Tidaklah aku memandang kisah silammu,
Yang aku pinta adalah taubatmu,
Kemarilah datanglah menghampiriku,
Kembalilah ke dakapan kasihku,
Aku merindui rintihanmu,
Walau engkau datang kepadaKu ,
Dengan Dosa seberat bumi,setinggi langit ,
Memohon ampun kepadaKu,
Akan Kuperkenan kepadamu,
Kerana cintaKu kepadamu lebih besar mengatasi murkaKu ,
Kembalilah...Kembalilah kepada pangkuanKu,
Dalam keadaanKu meredhai dirimu.

Abbad bin Bishir The Quran true lover

Image result for Quran
Assalamualaikum to all visitor , today I like to introduce you with one of the sahabah of Rasulullah S.A.W.-guess who?? He is Abbad b.Bishir.....dahlah letihlah plak speaking,just for muqaddimah yaa~

          Pernah dengar tak nama ni ??? booo~mesti ramai yang  x pernah dengar kan ??
To be honest,saya pon first time dengar waktu menonton 30 minit ustaz Don (>u<)...Hmm...dia ni pencinta Al-Quran tau...

            Waittt aaa..kenapa saya kata begitu??kalau cinta mesti ada buktinya?? want to know why??let's go through~

               Pada suatu hari,ketika umat Islam sedang berperang ,Rasulullah melantik beberapa orang untuk mengawasi kem tentera dari diserang musuh pada waktu malam-(this task not just like pak guardlah,ini pasal musuh Islam dan melibatkan nyawa..bahaya maa,kalau musuh Islam datang serang you're the first one who need to face them ).

Hmmm...pada waktu itu Ammar b.Yasir dan Abbad B.Bishir terpilih untuk mengawasi kem tentera pada malam itu.Mereka berdua pun memutuskan untuk membuat jadual shif.Pada awal malam Abbad b.Bishir berjaga dan Ammar b.Yasir tidur,manakala pada akhir malam sebaliknya pula.

                 Abbad b. Bishir yang pada mulanya sibuk menjaga kem tentera kian dirudung keresahan ..kerana apa?? kerana rindu untuk membuka Al-Quran..beliau adalah seorang yang begitu rapat dengan Al-Quran sehinggakan beliau ibarat tidak boleh berdiam sekiranya selang waktunya tidak disusuli dengan Al-Quran.

                 Beliau akhirnya memutuskan untuk mengambil wudhu' dan melaksanakan solat. Dalam solatnya,dengan khusyu' beliau mengalunkan bacaan Al-Qurannya~Subhanallah...

                 Musuh Islam yang sedari tadi mengintip kegiatan Abbad b.Bishir mengambil kesempatan melepaskan busur panah ke arah beliau yang sedang solat.Busur panah tepat mengenai dan menembusi susuk tubuhnya .Dengan tenang Abbad b.Bishir mencabut busur panah tersebut dan meneruskan bacaannya.Musuh menjadi terpana dan kemudian memanah buat kali kedua.Sekali lagi perkara sama yang berlaku.

                 Musuh Islam dilanda resah -Hmmm..ironman kah dia??Buat kali ke-3 panah dilepaskan dan kali ini Abbad sudah mengalami pendarahan yang teruk .Tubuhnya yang kehilangan banyak darah longlai jatuh menyembah bumi.Dengan kudrat yang tersisa beliau merangkak -rangkak dan mengejutkan Ammar b.Yasir.

                    Ammar b.Yasir terkejut bukan kepalang melihatkan keadaan sahabatnya dan terus menanyakan hal tersebut,.Abbad b.Bishir mengatakan bahawa beliau LEBIH SANGGUP MATI DARIPADA MENGHENTIKAN BACAAN QURAANnya ...

Subhanallah inilah para sahabat ...kita??(termasuk diri ini jugaT_T)
baca Al-Quran tidak sampai 30 minit sudah jemu tapi whatsapp?fb?insta?

Saya meminta maaf atas segala kekurangan kerana diri ini juga masih dalam kelalaian ,tapi semoga kisah kali ini dijadikan pedoman ...
AL-QURAN DUSTUURUNA,petujuk sepanjang zaman,syafaat di hari pembalasan,penenang di kala kegundahan !!!

Tuesday 14 April 2015

Bagaimana Islamnya Ibn Mas'ud? Tell me how ~

Image result for cute sheep

          Assalamualaikum and hello guys!! Pernah dengar x nama sahabat agung ni Ibn Mas'ud??
For your information ,pada zaman nabi ada 3 Abdullah yang sangat famous (-^o^-)Hik..hik nak berkenalan tak dengan orang femes ??? x kan asyik duk berkenalan dengan pak cik k-pop (for gegirls) @ abang-abang pemain bola(for boboi)....sekali-sekala take note juga pasal sahabat ni ok ~??

         Hmm..3 Abdullah ni including Abdullah b.Abbas,Abdullah b.Umar and lastly Abdullah b.Mas'ud.But entry kali ni ana nak citer pasal Abdullah b.Mas'ud..For those who learn arabic mesti tahu kan the word "ibn" means anak lelaki.Jadi Ibn Mas'ud bermaksud anak lelaki Mas'ud which is Abdullah.

Jom kita mulakan cerita.....jeng...jeng....jeng...>u<

             Pada suatu hari Rasulullah S.A.W dan BFFnya (Bonded Friend Fillah),Abu Bakar berjalan di padang pasir dan mereka sangat kehausan .Di kejauhan mereka ternampak seorang kanak-kanak lelaki sedang mengembala kambing.Kanak-kanak itu sekitar usia 7-10 tahun  (biasanya umur camni diaorang dah start mengembala kambing,kita camne??!!-bang jatuh kerusi,terkena batang hidung sendiri =w=)

               Rasulullah S.A.W. pun datang kepada budak itu dan meminta susu kambing.Budak itu yang tidak mengenali Rasulullah (pada waktu itu Islam dituduh sebagai agama sesat dan Rasulullah masih belum dikenali lagi) mengatakan bahawa kambing itu bukan miliknya dan dia tidak boleh memberikan susu .Kanak-kanak tersebut melihat pada wajah Rasulullah ibarat terdapat sinar yang menyinari.Rasulullah menanyakan kepada budak itu sama ada wujud atau tidak kambing yang masih dara dalam peliharaannya.Budak itu mengiakan dan membawa kambing tersebut kepada Rasulullah.

                Rasulullah S.A.W. pun memegang kantung susu kambing yang masih dara tersebut sambil membaca "Bismillah".Tiba-tiba susu pun memancut dari kantung tersebut.Rasulullah menadah air susu tersebut dan kemudian meneguknya.Selepas itu baginda memberikan pula kepada Abu Bakar.Rasulullah kemudiannya memgang kantung susu tersebut dan berkata "berhentilah",maka susu tersebut berhenti memancut dan kambing itu kembali seperti sedia-kala.Ibn Mas'ud yang masih kanak-kanak terpana dan menanyakan apa yang dilakukan oleh Rasulullah.

                Rasulullah menjawab bahawa baginda hanya membaca "Bismillah".Selepas peristiwa itu Ibn Mas'ud pun masuk Islam dan menawarkan diri menjadi khadam Rasulullah .
TAMAT~pendek je citer kali ni ...kalau nak kenal lagi sahabat dengan lebih mendalam kenalah rajin ke majlis ilmu@membaca buku-buku o ^-^o


  • INTERESTING FACTS ABOUT IBN MAS'UD
1)Pembawa barang Rasulullah S.A.W. It was for these reasons that the Sahabah May Allah's blessings be upon him took to calling him Saheb-e-Siwak (bearer of the siwak), Saheb-e-Nalaen (bearer of the slippers), Saheb-e-Mutahara (bearer of the water) and also Saheb-e-Wisadah (bearer of the bedroll). [2] 

2)Bacaan Al-Qurannya paling mirip dengan bacaan Rasulullah .(Woww~..that's very great,Subhanallah :D)

Sunday 12 April 2015

Cerpen cinta Islamik ^-^(walhal istilah ni x wujud pon)

Image result for cinta islam
Saya nak share satu cerita pendek. InshaAllah ^^ (ni KOPI PASTA DARI MESEJ KAWAN BAGI SAJA NAK KONGSI DENGAN PEMBACA SEMUA ~enjoy >v<

Watak:

Haris: A boy. The very tiptop bab agama.

Nurain: A girl. The very the solehah (baru hijrah).

Table usrah dibuka. Satu demi satu perkongsian dikupas.

Tiba satu soalan, "Abang Haris, cane nak jaga hati?" 

Haris sengih. Typical random one.

"Jaga hati, ye? Hati ni.. tempat jatuhnya pandangan Tuhan pada kita. As we know, Dia tak tengok rupa, harta, darjat kita. Dia tengok hati. Back to the question, hati kita akan terjaga hanya bila kita jaga 3 anggota ni. Iaitu, mulut, telingat dan mata. Yes, including ikhtilat. Betapa ramai yang mampu jaga aurat sempurna habis, tapi ikhtilat aci redah? Tak dapat kira dengan jari dah. Sebab ramai sangat. So, nak jaga hati, bukan senang. Perlu mujahadah. Perlu ada tembok yang memisahkan antara hati kita dengan ajnabi sebelum sampai masa. Elakkan tengok dan dengar benda-benda maksiat. Contohnya, orang tak tutup aurat and so on. Iman kita bukan tinggi mana. Jadi, jaga lah."

"Mesti abang Haris tak pernah terbuai hati dengan ajnabi kan. Sebab abang selalu jaga pandangan bila tengok perempuan tak tutup aurat."

Haris sengih.

"Brothers in Islam, ingat yang jaga pandangan tak tengok perempuan seksi ni memang confirm terjaga hati ke?" Haris serius.

"Lelaki yang jaga pandangan, akaj diuji dengan hadirnya perempuan solehah, yang menutup aurat betul-betul."

Haris pejam mata. Istighfar banyak kali. Sebak.

Few years ago..

*****************************************

Hujan. Haris bergegas ke stesen bas untuk bertedug. Tiba-tiba bunyi macam.. suara apa mendayu-dayu ni. Haih banyak kali Haris istighfar. 

Haris tengok sekeliling. Tiba-tiba ternampak seorang gadis berpayung. Terus dia tundukkan pandangan. Tapi suara tu jelas kedengaran. 

Nurain selesaikan bacaan Quran dengan doa. Hujan masih takde tanda-tanda nak berhenti. Nurain tengok sekeliling. Tiba-tiba dia ternampak Haris. Haris tunduk..

Tiba-tiba Nurain rasa tak selesa. Sebab nampak macam berdua-duaan. Lagipun Haris pakai hoodie dengan cap. Mau tak seram. And so.. dia redah je hujan tu.

Haris pandang sekilas. 

"Cantik." Tu je yang keluar dari bibir kaku Haris.

"Argh! Istigfar Haris!" And so.. dia terus istighfar lagi dan lagi.

Esoknya..

Haris pergi library. Saja nak lepak. Kat bilik roommate duk memekak lagu Korea. Kat library, heaven, takde orang nak kacau.

Nurain buat muka selambe masuk library tanpa pass-card. And she succeed. Ambik port paling cun, tepi tingkap, tersorok, aircond betul-betul atas kepala. And she started to recite the Surah Al Fath. Suara slow, maintain. Nak kena ingat surah ni sebelum esok. 

But.. Haris pasang telinga.

"Macam kenal suara ni.."

Rupanya port Nurain lepak dengan port Haris bersebelahan je. Cuma tembok dengan rak buku. 

Tiba-tiba ada suara halus dalam hati Haris untuk tegur minah sebelah tu. Boleh buat member tasmi' bacaan. At first, was was. Lastly, terjerat.

"Assalamualaikum?"

Nurain teruskan bacaan. Tak dengar barangkali.

"Err miss?" Haris try lagi.

"Already a MADAM!" Nurain bangun dan blah.

Waktu tu Haris rasa macam nak terjun bangunan. Pangg kena atas dahi aaa. Dah bini orang dah pun. Banyak kali dia istighfar..

Nurain sengih. Bagi dia, tadi tu was just an attempt nak mengorat. Ha ha. But then.. "Mungkin dia ada niat lain? Bukan niat nak ngorat?" Dup!

And so.. takdir.

Haris dan Nurain dipertemukan dalam satu meeting. Program forum "Islam hanya di IC" both representing each's club.

Nurain dengan perangai cepat lupa dia memang dah tak ingat dah Haris. 

Haris.. maunya tak ingat. Memang kena kaw kaw atas dahi haritu. Dah tobat dah, takmo dah.

The meeting went well. Haris interact professionally still jaga syariat sama je dengan Nurain. Both menjaga. Tapi Haris, still rasa terpukul.

Satu hari atas sebab kerja, Haris WhatsApp Nurain. Pung pang pung pang sampai pukul 12. 

Nurain selambe je read tapi tak reply, bluetick, online.

"Sokay. Reply tahun depan pun takpe MADAM Nurain." -Haris.

Nurain dumbfounded. "Aik? Dia ni tak faham ke dah pukul 12 ni. Ishhh"

The next morning, "for your information, I'm still a miss. And semalam dan exceed the limit. You know right. Never mind. Proceed dengan urusan kerja." -Nurain.

Haris baca sekali dua, tiga, empat kali. "Budak ni biar betul. She must be lying to me that day. Sebab nak jaga diri." Haris sengih.

Program dah selesai. And the usahasama dah habis. Haris berkira-kira nak WhatsApp ke tak and at last..

"Sorry kalau ada buat salah pape." 

Nurain reply, "K"

Haris reply, "K? Potassium?"

Eh mamat ni. "Ingatkan cyanide." Nurain replied.

And so.. bermulalah kisah baru. Saling berbalas WhatsApp. Saling berkongsi idea cerita sirah-sirah Nabi. 

That term ((romantik islamik))

Satu hari, Nurain cari port untuk hafaz Quran. Lately she felt so not good. Hafaz tapi tak lekat kat kepala. Port cun, atas kerusi bawah pokok.

Dan takdirnya.. 

Port cun tadi exceli port dak-dak usrah duk lepak berbulatan gembira. Tetiba.. dia terangkut sekali masuk bulatan.

Nurain tanya kak Yuliza, the naqibah.

"Akak. Ain hafaz Quran, tapi tak lekat. Cane eh?"

"Lupa nak baca Bismillah kot."

Gelak berjemaah ..

Dah stabil semua, kak Yuliza tanya, "Cuba throwback, ada tak Ain buat something yang Allah tak redha?"

Nurain senyap.. Dup! Ada.. kot?

Kak Yuliza sambung.. "there must be something yang kita buat sampai Allah tegur kita macamni. In a way we could not tell."

Nurain: "Ain.. ada suka sorang mamat ni."

Kak Yuliza senyum. 

Nurain: "Tapi.. Ain dengan dia takde pape pun. Just kawan."

Kak Yuliza: "Kawan macamana tu?"

Nurain: "Kiteorang selalu share kisah-kisah agama. Helping each other. Sebab Ain kan baru je hijrah. Dia tu memang sejak sekolah lagi dididik agama."

Kak Yuliza: "Let me ask something, selalu contact?"

Nurain: "Selalu la jugak. Sebab kiteorang buat program kerjasama."

Kak Yuliza: "Jujur. Discuss urusan kerja je?"

Nurain senyap..

Nurain start rasa bersalah. Dia tau je, selama ni dia deny the fact that ikhtilat still exist even dalam kerja. Selagi boleh elak, kena elak.

Kak Yuliza: "Sister, do you love him?"

Nurain: "Kind of.. no. But yes. Hm"

Kak Yuliza: "If you truly love him, jangan jadi penyebab dosa dia bertambah. Betul, cinta tu fitrah. Tapi, kalau FITRAH disalurkan di jalan FITNAH, tu boleh jadi dosa. Cinta tu asalnya suci. Kita, manusia yang cemarkannya dengan jadikan cinta tu cinta haram, cinta fitnah, cinta dosa."

At 3.00 a.m Nurain bangun. Qiyamullai.

Semua benda dia buat rasa tak kena. Atas sejadah dia menangis dan menangis.. sampai Subuh.

*****************************************

After a few weeks, Nurain buka phone. Beratus misscall. WhatsApp jangan cakap. 100++ check satu satu, mostly nama sama je yang tertera kat phone.

Nurain tekadkan hati. She must help Haris.

Nurain: "Haris, kau selesa ke dengan keadaan camni?"

Haris: "Eh hilang ke mana? Apakepelik soalan tu?"

Nurain: "Random."

Haris: "Ain, are you okay?"

Nurain: "And if I said I'm not, what will you do?"

Haris: "Ain.. what? Tell me. Please"

Nurain: "Aku tak selesa. And I guess, you too. I want the old you."

Haris: "Apa ni Ain.. cuba cakap bahasa Haris faham. Jadi macam dulu? Dulu cane?"

Nurain: "Waktu hati Haris masih terjaga. Saya taknak jadi penyebab dosa awak bertambah. So please, be like the old you, yang terjaga hati."

Haris speechless.

Haris: Ain give me time."

Nurain: "Take your time. Jangan contact saya lepasni. If its true that you love me, come, meet my dad and make me yours. Salam."

Nurain nanges.
Haris nanges.

Both hurts.

"What hurts the most is probably, letting go the person you love the most."

Haris WhatsApp Izaha, "Brother, need some help."

Izaha: "Sure. How?"

Haris: "Meet me. Port biasa at 2.00 p.m. Urgent!"

Haris dengan muka serabut mengalahkan orang mati bini duduk sebelah Izaha. Izaha sengih.

Izaha: "Stress pikir pasal Ummah ke duh?"

Haris geleng. Muka serius, tegang sangat.

Izaha: "Okay, silap timing. So wassup?"

Haris: "I knew a girl, and I'm in love."

Izaha: "Firstly, tahniah sebab berjaya buktikan yang kau lelaki sejati sebab suka perempuan."

Haris jeling. 

Izaha: "woo woo hold on. So the problem is?"

Haris: "Silap step."

Izaha: "Already langgar the pantang larang?"

Haris: "Kind of.. I know but its just.."

Izaha: "Benda dosa memang seronok buat."

Haris speechless.

Izaha: "Look.. kau belajar agama, kau dakwah situ dakwah sini. Tapi hati tak jaga. Its like, ketuk tin kosong? Bunyi je kuat. Isi? Kosong."

Izaha sambung: "May I proceed? Kang aku proceed, lebam mata aku."

Haris: "Proceed."

Izaha: "Kau suka dia? I mean betul betul betul suka dia?"

Haris: "Sangat? I thought of making her as my wife dah."

Izaha: "Then I bet, you must be so serious."

Haris: "Truly."

Izaha: "But this is not the right way. There's still gap between you and her. Ikhtilat. Kan? Eventho both of you dah tunang pun, still, ikhtilat still exists."

Haris: "Aku just nak tolong dia dalam hijrah dia je."

Izaha: "Tolong sampai buai hati dia? Sampai dia jadi lagha? Useless. Allah tak berkat! You shouldn't be worrying of future. Allah dah tulis cantik siap-siap dah kau berjodoh dengan siapa, maybe anak sultan ke sape ke. Who knows? If you truly love her and thought of making her as your wife, then please don't mess with her heart now. Hold dulu. Lepas nikah, sukati."

Haris betulkan duduk.

Haris: "But I'm.. not contacting her, makes me suffer."

Izaha: "Elok je aku tengok kau hidup sebelum kau jumpa dia dulu." 

Izaha sengih  

Izaha sambung: "Aturan Allah tu perfect. Terpisahlah jauh mana pun, kau kat Malaysia, dia kat Zimbabwe pun, kalau dah jodoh, takde sape boleh halang. But now.. prepare yourself first. Jangan nak semakkan sangat hati dan fikiran dengan masalah cinta. Ummah needs us, too. Wake up brotha! Haris, aku respect kau sebagai orang yang jaga agama. Tapi, kalau kau buat ceni, jadi fitnah buat agama. Buat diri kau, diri dia. So please. Respect each other as someone yang menjaga agama. Orang tengok kita weyy, sebab kita belajar agama. Jangan sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Got me not?" 

*Izaha siku bahu Haris*

Haris: "Aku dah lama tak tahajjud."

Izaha: "Sebab?"

Haris: "Tak terbangun."

Izaha: "Allah taknak kejut kot?"

Haris: "hm  "

Izaha: "ops! .."

Izaha sambung: "Last ayat-ayat cinta, jaga hati, jaga agama. Kita bawa imej Islam. So wherever we are, orang akan tengok.. So, behave! Practice Islam."

"Abang Haris? Are you there?"

Haris: "Ah uh oo here here. Haha sorry. Kat mana tadi?"

"Cane nak jaga hati?"

*Haris sengih* "Jaga hati.. dengan alert yang Allah tengah perhati dan malaikat akan mencatit. Barulah ada rasa malu bila nak terbuai dengan benda dosa."

The end. 

Conclusion: wahai awak yang jaga agama, benda dosa memang seronok buat. So beware. Jaga hati, jaga iman, jaga ikhtilat. I was just sharing stories. Not my story to be exact, but I guess that is what happened these days. Take whats good, ignore whats bad.

Muhasabah diri bersama. Burn bersama-sama. Moga bermanfaat. Perbaiki d
iri bersama-sama. InshaAllah
#tarbiahsentap
#GengSukaTarbiah