Saturday 23 February 2013

Jujur dan pintarnya Kekasih Allah

               Pada suatu hari,sedang Rasulullah berjalan di suatu tempat,tiba-tiba datang seorang lelaki menerpa ke arah baginda.Lelaki itu memberitahu Rasulullah sekiranya ada seseorang datang mencarinya ,beritahu sahaja bahawa baginda tidak tahu .Kemudian lelaki tadi menyembunyikan dirinya dan hanya diketahui Rasulullah .

                                 Tidak lama kemudian ,muncul pula seorang lelaki kedua datang menanyakan sekiranya Rasulullah melihat seorang lelaki lalu di sini .Rasulullah S.A.W. tidak mahu mencari gaduh mahupun berbohong dengan mana-mana lelaki yang berjumpa dengannya itu . Beliau mengambil keputusan untuk berganjak ke tepi sedikit dari kedudukan asalnya ,kemudian Rasulullah S.A.W berkata ,'sejak aku berada di sini (di tepi dari kedudukan asalnya),aku tidak nampak sesiapa yang lalu di sini .

  
Wah kreatifnya,Rasulullah S.A.W.,baginda bijak dalam menyelesaikan keadaan sebegini,
semoga kita juga dikurniakan dengan sifat seperti sifat Rasulullah -Amin-
 
-stairwaytojannah-


                       

Saturday 16 February 2013

Berdoalah ......

       
         

                  Assalamualaikum ,lamanya tidak  menulis artikel di blog ini .Semakin meningkat usia ,semakin besar pula tanggungjawabnya . Busy sangat ...Tapi tidak mengapa hari ini ana nak menceritakan sesuatu kisah tentang pentingnya berdoa .

       
                    Pada zaman Rasulullah,ada seorang wanita yang berhajat kepada sesuatu tetapi seringkali dia berusaha , tetapi masih tidak dapat apa yang dihajatinya. Kawannya memberikannya cadangan supaya bernazar sekiranya dia benar-benar berhajat kepada perkara itu .

                    Selepas beberapa hari ,hajatnya tertunai .Kawannya kembali mengingatkan  supaya menunaikan nazarnya itu . Wanita itu buntu untuk menunaikan nazarnya itu kerana pada pandangannya nazar itu sangat sukar ditunaikan iaitu 'MAKAN MALAM DENGAN SYAITAN'

                      Akhirnya dia memutuskan untuk bertemu dengan Rasulullah .Rasululllah menyuruh wanita itu tunggu di luar masjid selepas solat maghrib dan ajaklah orang yang  . Wanita itu berasa hairan  kerana menunggu di luar masjid selepas solat tidak berkaitan dengan  makan malam dengan syaitan .Rasulullah  mengatakan bahawa orang yang bersegera keluar dari masjid tanpa berdoa kepada Allah dianggap sombong dan sombong itu adalah sifat syaitan                  

Sisa hanya untuk Allah ??

 Assalamualaikum ,alhamdulillah dapat juga ana mencoret sedikit artikel untuk sahabat sekalian ...maklumlah makin menginjak usia ,makin banyak pula tanggungjawabnya ,minta maaf kerana ana kurang aktif menulis kerana kerja2 makin menimbun tinggi .

                     Hmmm..sisa hanya untuk Allah ? bagaimana ya ?
Maksud sisa itu bukanlah memberi sampah atau tulang ayam .....tetapi adalah berkaitan dengan amalan kita .

Baru-baru ini ana ada mendengar ceramah yang mengatakan kita ini hanya selalu memberi sisa kepada Allah .Contoh yang paling mudah adalah ketika kita menunaikan solat.Adakah kita berdiri di depan Allah dalam keadaan sebaiknya ataupun bermalas-malasan .Biasanya kita sering terleka dengan TV yang menayangkan cerita-cerita yang menghiburkan hati ,apatah lagi cerita-cerita korea selalu ditayangkan ketika waktu solat ,maka makin lambatlah solat kita .Apabila menunaikan solat sering meniti di fikiran kita akan babak-babak dalam cerita itu....Jadi apa sesungguhnya makna solat itu ? Adakah Allah mahu menerima solat yang sebegitu ?





                       Contoh yang paling mudah ialah sekiranya seorang raja ingin mengajak kita berbual manakala kawan kita pula mengajak kita menonton TV pasti kita akan memilih untuk berbual dengan raja tersebut kerana berbual dengan raja itu lebih penting .Kalau menolak pasti akan dimurkai atau paling teruk boleh dihukum pancung jika menolak ajakan tersebut . Selepas itu  sekiranya berbual dengan raja pasti kita akan menunduk dan menjaga tingkah laku selain mengelakkan fikiran menerawang ke tempat lain betul tak ??

                       Itu sekiranya berhadapan dengan raja manusia ,tetapi ini kita berhadapan dengan Allah ,raja segala makhluk sanggupkah kita melakukan seperti itu .Padahal Allah telah menyediakan sebuah panggilan yang istimewa untuk kita bertemu dengannya iaitu azan dan kita juga boleh berbisik-bisik secara eksklusif denganNya 5 kali sehari .Baikkan Allah ? Tetapi kita tidak henti-henti mengecewakanNya dengan melakukan pelbagai maksiat .Namun,apabila sudah merana mulalah kembali pada Allah .

                           Tidakkah perbuatan seperti kelihatan sangat kita mementingkan diri dan melakukan amalan ala kadar sahaja . Sekiranya ini perbuatan kita pada Allah bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik hidayah ini dan menggantikan kita dengan orang yang lebih layak untuk menjadi orang yang lebih dekat dengan Allah S.W.T Nauzubillah ~