Wednesday 30 May 2012

Kain buruk percuma =w="

Lelong-lelong kain buruk ,50% discount ,edisi terhad .


   
       
Hmmm..agak-agak ada orang nak beli ke ? taknaklah kalau kain macam itu ,dah banyakkan kat rumah ?

                                                                                                                      

                   Assalamualaikum ,mesti kawan-kawan pelikkan kenapa saya bercakap mengenai kain buruk ,bukankah ini adalah blog islamic .Hmmm..relax and steady ok ,ini adalah samada anda mendapat kain buruk percuma atau tidak pada masa hadapan .

  hmmm,,apa kaitan kain buruk dengan blog ini ?

                    Hah!!....tak sabarkan ? nah bacalah kata-kata di bawah ini :
             Hassan r.a.berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu daripada melakukan perbuatan mungkar dan keji ,maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat .Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti bungkusan kain tebal yang buruk .(rujukan buku soal jawab remeh-tentang solat tetapi anda malu bertanya)


                   Allah juga mencela orang yang tidak khusyu' dalam solat ini di dalam surah al-Ma'un : 4-5
    "Maka celakalah orang yang solat ,iaitu orang-orang yang lalai terhadap solatnya ".

                   Dan Allah memuji orang yang khusyu' dalam solatnya di dalam surah al-mu'minun :1-2
     "Sungguh beruntung orang yang beriman ,iaitu orang yang khusyu' dalam solatnya "

Hah ,kalau dah  solatpun masih terdapat celaan dari Allah ?

                      Betul..betul..betul...apa lagi kalau orang yang tidak menunaikan solat .Jadi solatlah dengan khusyu' , ana juga faham bukan senang hendak khusyu' dalam solat , tetapi teruskan usahamu sehingga berjaya .Inshallah sekiranya kita tetap berusaha untuk khusyu' Allah pasti akan memberikannya kepada kita Amin ...

Sunday 27 May 2012

ikhtilath

           assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian , hari ini ana nak berbincang mengenai ikhtilath .Pendek sahaja tak panjang pon .
     Hmm...mesti ramai nak tahu kan ,apa maksud ikhtilath tu. Ikhtilath menurut bahasa adalah bercampurnya sesuatu dengan sesuatu.Adapun menurut istilah adalah bercampur baur antara laki-laki dan perempuan yang tidak ada hubungan mahram pada suatu tempat.

 Eiiishhh....bercampur je , bukannya buat apa-apapun ,betul tak ?

                     Nampak sahaja remeh dan kecil tapi amat berbahaya .Cuba buat perbandingan antara nyamuk dengan singa , mana yang lebih ditakuti orang ? Singa kan ? .Kalau ada orang lebih takut nyamuk daripada singa tu tak tahulah 
      Memanglah nyamuk tu sekali tepuk habis keluar segala isi perut dia ,singa pula kalau sekali tepuk tidak pasal-pasal kita punya isi perut yang terkeluar betul tak ?

                   Betul..betul..betul ....Tapi dalam banyak -banyak kes kematian manusia , banyaknya kes kematian melibatkan nyamuk atau singa ? Jangan nak pandang remeh dengan nyamuk ,walaupun dia survive hanya dengan sebatang jarum yang halus tapi mampu menggegar dunia dengan pelbagai kes kematian yang disebabkan wabak-wabak.Singa pula jarang ada kes kematian ,banyak singa kena jail di zoo betul tak ? Nyamuk pula berkeliaran sebagai penjenayah yang tidak dikehendaki .

 so , apa maksudnya ?

                     Begitu juga dengan Ikhtilath , ada ke , apabila seorang lelaki dan perempuan apabila bertemu terus melakukan zina ? Tidak bukan ? .Mula -mula mestilah chating-chating dahulu ,pastu kenyit-kenyit mata ,bila makin rindu pula hendak berjumpa . Hampir setiap perkara bermula dengan perkara yang remeh namun apabila berlanjutan ia akan membawa kepada perkara yang lebih buruk  Tidakkah semua ini sangat bahaya ? bahkan Allah telah menyatakan larangan jangan mendekati zina .  Mendekati zina itu bukan bererti melakukan zina tetapi membuka  jalan untuk melakukan zina .Larangan ini terdapat dalam kitab Al- Quran (Surah Al -Isra':32).

Pada kesempatan kali ini , ana nak tunjuk sebuah video untuk tatapan semua ,tengoklah jangan malu-malu

                                                                                                                                                 



Friday 18 May 2012

Maaf !! saya tidak setuju dengan cara awak

   : Lili kenapa menangis ?

   :        huhuhu ....kiki cakap  mata saya macam kena tumbuk,sudahlah hitam ,hodoh lagi . 
                 tahulah  mata saya hitam sebab selalu main playstation pada waktu malam .Nak tegur
            pun cakaplah baik-baik sikit huhuhuhuhh......
                 

: oouh !! sebab tu je , nanti saya cakap dengan kiki ,ok selamat tinggal .


Di rumah kiki ......

: zzzzzzzz

 : Assalamualaikum ,kiki buka pintu .Ni bunny .


 : Waalaikumussalam,eh bunny ,kenapa datang petang-petang ni ?

 : hmmm..ada hal nak bincang sikit .





               Assalamualaikum , kawan-kawan ,hari ini saya nak berbincang mengenai cara untuk berdakwah dan menegur orang .hmmm..baru-baru ini saya ada terbaca mengenai artikel islamik ,tetapi pada pendapat saya , agak mengecewakan kerana ayat yang digunakan untuk menegur mengandungi unsur-unsur kasar dan tidak baik .

penting ke berdakwah baik-baik , bukankah bagus kalau kita tegur cara kasar ,biar lekat sikit dekat ingatan dia ?

                  Eh, tak baik tu , lihatlah contoh Rasulullah sendiri dalam menyampaikan dakwah ,Baginda S.A.W tidak pernah menggunakan ayat yang mencela . Jom ,tengok contoh kisah ini :
Tufail b.Amru al-Dusi pernah menyeru kabilahnya agar beriman dengan Allah dan Rasulullah ,namun seruannya ditolak .Setelah mengadu kepada Rasulullah ,Tufail menyangka Baginda akan mendoakan kebinasaan pada kabilahnya ,namun apa yang berlaku ialah sebaliknya ,Baginda mendoakan cahaya hidayah buat mereka .Kesannya dakwah Tufail buat kali kedua diterima .

  eh , Rasulullah memanglah akhlaknya sangat terpuji ,tapi tunjukkan sikit dalil tidak boleh dakwah kasar-kasar ni ?
 

                     Mestilah ada ,dalam AL-Quran lagi , larangan berkasar terutama dalam berdakwah pernah difirmankan Allah kepada Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
         "Maka disebabkan rahmat daripada Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka   .
           Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar ,tentulah mereka menjauhkan diri daripada
          sekelilingmu.Kerana itu maafkanlah mereka,mohonkanlah keampunan bagi mereka,dan
          bermusywarahlah dengan mereka dalam urusan  itu " (Ali-Imran :159)

        Cuba kawan-kawan bayangkan jika saya hendak memberikan kepada kawan -kawan kek coklat yang lazat tetapi saya memberikan dengan membalingnya kepada muka kawan-kawan .Ouh!! mesti sakit hati bukan ,walaupun saya membaling benda yang baik . Tentu sahajalah kawan -kawan marah  kerana saya memberikan sesuatu yang baik dengan cara yang kasar .
 

               Pagi tadi ,saya baru mendengar ceramah dari IKIM yang memaparkan kehidupan seorang islam yang memang tidak pernah menunaikan solat ,tidak menjaga makan (halal dan haram) dan memang rukun tetangganya menganggap diri dan keluarganya tidak lagi memeluk islam .Tetapi kerana teguran yang lemah lembut dari seorang gurunya yang prihatin ,kini keluarganya telah mengamalkan islam dengan baik inshallah dan dirinya kini telah bergelar seorang ustaz dan mampu berdakwah kepada orang lain .

                 Mereka yang tidak mengamalkan islam secara sempurna  ,mungkin kerana didikan ibu bapa yang
kurang pengetahuan agama ,malah mungkin jua kerana mereka tidak pernah dihantar ke sekolah agama dan terpengaruh oleh rakan-rakan sebaya .Jadi pada pendapat saya ,seharusnya kita berdakwah secara baik dan bukannya dengan mencaci mereka,kerana tiada manusia yang sempurna .Saya juga mempunyai 1001 kekurangan dan kawan-kawan juga begitu .

                  Seharusnya kita membantu mereka daripada terus menzalimi diri mereka sendiri , doakanlah hidayah dan keampunan buat mereka dan bukannya terus mencaci mereka .sekian sahaja daripada saya kalau boleh tinggalkanlah komen




        

Bahagia !! Di manakah kamu ??

        Bahagia di manakah kamu ??  hmmm...mungkin boleh bahagia dengan :
  •  rupa yang cantik 
  • harta yang banyak 
  • popular pada pandangan manusia 
  • menjadi orang yang terpandai di dunia
  • dapat memerintah dunia 
 Tapi , kenapa ya orang di luar sana  kelihatan tidak bahagia walaupun memiliki semua kriteria ini ??
  kenapa ?????
kerana bahagia itu hanya boleh didapati dari hati yang dekat dengan Allah , iaitu hati yang sentiasa redha dengan ketentuan Allah ,hayatilah kisah ini :

              Di ufuk timur,kelihatan matahari baru bangkit dari tidurnya yang nyenyak sambil memancarkan cahaya yang menyinari alam sejagat , seorang petani sedang menanam padi di sawah sambil dibantu oleh isterinya ,manakala anaknya yang  seramai 5 orang pula bersama-sama menangkap ikan di sawah .Dia kemudian memandang sebuah rumah banglo yang sangat besar umpama istana yang baru dibina berdekatan pondok buruknya ,tempat dia dan sekeluarga berteduh.
 wah ,cantiknya bisik petani tadi.

               Kelihatan  di beranda tingkat atas rumah banglo itu seorang Dato' sedang menikmati minum paginya sambil termenung keluar . Manakala anak perempuan tunggal lelaki kaya itu sedang bergegas keluar dari rumah itu .Lagak pakaiannya seperti hendak berjalan bersama-sama temannya di bandar .

              Petani itu mula berfikir, alangkah indahnya hidup seperti lelaki kaya itu , dapat menaiki kereta yang mewah , anaknya pula hanya seorang pasti mudah menjaganya ,lihatlah minum paginya sahaja seperti makanan yang hanya didapati di restoran mewah .Isterinya pula pasti bangga mendapat suami yang kaya sepertinya.

               Di sudut lain pula , Dato' itu sedang memandang ke arah petani tadi yang sedang melakukan kerjanya . Dia mula berfikir alangkah indahnya menjadi petani itu , tubuhnya pasti  sihat kerana bekerja sebagai petani , tetapi aku hanya terperuk di office hampir 24 jam, bila pulang ke rumah, pasti isteriku akan berleter seperti burung murai , huuh ,boleh meletup aku dibuatnya  .Anak perempuan aku pula ,jarang nak lekat di rumah asyik-asyik keluar bersama-sama temannya sahaja .Makanan yang sedap ni pula aku tidak mampu  menjamahnya kerana menghidap pelbagai penyakit , makan pun ala kadar sahaja .Lihatlah petani itu , pasti sedap jika ikan yang ditangkap anak-anaknya dimasak gulai ,hmm..memang menyelerakan .

                Lihat contoh peristiwa ini , kedua orang ini tidak mendapat kebahagiaan kerana tidak redha akan keadaan diri mereka dan hanya melihat kepada kelebihan orang lain . Baiklah ,sekiranya kawan-kawan merasakan kebahagiaan itu boleh didapati dengan kecantikan , lihatlah keadaan zaman ini , angkara mahu kelihatan kacak dan cantik seperti artis k-pop , ada yang sanggup melakukan pembedahan plastik mahupun menanam silikon di dalam muka sehingga menyebabkan maut ..Hish !!!buat apa susah - susah .Bukankah dunia ini cuma permainan dan gurau senda . Tidak mengapa tak cantik di dunia ,nanti kat akhirat kita pakailah dan berhiaslah cantik-cantik . OK ?
                                                                                                                              
                  Sekiranya kawan-kawan merasakan kemahsyuran itu adalah kebahagiaan ,lihatlah beberapa contoh artis luar negara ,angkara tertekan ada yang sanggup membunuh diri. Sedangkan ,jika dilihat dari luar mereka ibarat memiliki segala-galanya .Jika kemahsyuran itu yang dipuja-puja ,tunggulah satu hari nanti ia akan hilang jua ., tetapi tariklah perhatian Allah kerana inshallah anda tetap akan masyhur di langit walaupun bukan di bumi .


                      hmmm....rasanya panjang sangatlah pula entry kali ini , sampai ini sahaja kot , saya akhiri entry ini ,tapi tunggu sebentar ,kalau boleh sudi-sudilah tengok video di bawah ini sebagai hadiah sudi membaca entry kali ini .ENJOY!!!
              

          

Saturday 12 May 2012

Soalan Bocor

          soalan bocor ???? soalan bocor apa ini ?? UPSR /PMR/SPM ???
           heheh ....mana ada sejak bila saya ada soalan bocor kertas soalan peperiksaan ^_^
           Tapi nak tahu tak soalan bocor yang sangat penting ?
            Nakkan , betul tak ?          
            soalan bocor ini adalah mengenai soalan di dalam ALAM BARZAKH (betul kan penting :P)
            Mungkin kawan-kawan dah biasakan dengar , ok ni contoh sampel soalan beserta skemanya :

1.Siapakah Tuhan kamu ?
      = Allah S.W.T .
2.Apa agama kamu ?
     = Islam
3.Siapa nabi kamu ?
    = Rasulullah S.A.W.                                

               Hah !!! dah hafalkah ? rasa boleh jawab tak ?
                Amboi mana boleh macam itu sahaja , soalan ini bukan macam soalan peperiksaan , kalau hafal boleh jawab . Tapi ini soalan yang luar biasa kalau hafal pon , tak semestinya boleh jawab , betul kan ?

                  Habis tu , macam mana  nak jawab ?    
                   Kalau nak jawab , kenalah lakukan amalan yang baik .
                  Amalan apa ?
  1. Kalau nak jawab soalan siapa tuhan kamu , perlulah mentauhidkan Allah ,sembah dan melaksanakan ibadah sebaik-baiknya .

2.Bagi menjawab soalan apa agama kamu ,kena jadikan islam sebagai cara hidup . Jangan ambil separuh,suku atau mana-mana yang suka sahaja .Pendek kata Islam Is The Way of Life . ^_^

3.Kalau hendak menjawab soalan terakhir iaitu siapa nabi kamu ,perlulah menyayangi nabi dan mengikuti sunnah baginda , kalau boleh selawatlah kepada baginda setiap hari .

       FAHAM !!!
           

Friday 11 May 2012

Jangan datangkan CEMBURU-NYA

               ~ eh,tengah buat apa tu ? ~
  • sedang mencari-cari baju baju untuk ber"dating" dengan si dia ?
  • sibuk memikirkan tentang perihal artis korea ?
  • sedang bergayut di "handset" dan "facebook" dengan si dia ?
      Assalamualaikum , kawan -kawan seperti yang ditulis pada tajuk entry kali ini saya ingin membincangkan tentang cemburu .Hmmmm , kepada sesiapa yang ada melakukan perkara-perkara  seperti diatas saya nasihatkan jangan lakukan ye !!!
 .
         Eh,tapi kenapa ? salah ke ?
    of courselah salah . Kawan-kawan telah mendatangkan cemburu -Nya .
     Masalahnya cemburu siapa ?
     cemburu Allah .
     Allah boleh cemburu ya ? tapi apa pula punca dan sebabnya ?
         
      eh mestilah boleh , malah tiada siapa yang dapat menandingi cemburu Allah berdasarkan hadis :
 Abu Hurairah radhiyallahu’anhu meriwayatkan, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya Allah merasa cemburu. Dan seorang mukmin pun merasa cemburu. Adapun kecemburuan Allah itu akan bangkit tatkala seorang mukmin melakukan sesuatu yang Allah haramkan atasnya.” (HR. Bukhari dan Muslim, lihat Syarh Muslim li an-Nawawi [9/28] cet. Dar Ibnu al-Haitsam Tahun 2003)

        Allah merasa cemburu apabila hamba-Nya melakukan dosa keatas-Nya ini kerana Allah sangat menyayangi kita dan tidak mahu kita ditimpa azab dan kecelakaan di dunia dan di akhirat .Adapun kasih sayang Allah kepada hamba-Nya melebihi kasih sayang sorang ibu kepada anaknya ,lihatlah betapa cintanya Allah kepada kita ,seharusnya kita membalas cinta Allah dengan mencintai-Nya bukan mendatangkan kecemburuan-Nya 
 

Friday 4 May 2012

Hari kiamat


  
                Hari ini ana nak menunjukkan satu video yang ana  jumpa di youtube mengenai hari  kiamat .
Sudi - sudilah tonton semoga membawa kepada keinsafan di dalam lubuk hati masing-masing . ^_^
video ini hanyalah gambaran ,realitinya hanya Allah yang tahu , tapi yang pasti persiapkanlah dirimu kerana hari pengakhiran dunia itu adalah PASTI ...