Saturday 1 June 2013

Mansur b.Ammar

         
    Assalamualaikum sahibah-sahibah yg ana sayangi.Setelah melalui 3 minggu peperiksaan akhirnya dapat juga jari menari-nari di papan kekunci ini untuk memberi peringatan .Hmm..ingin berkenalan dengan Mansur b.Ammar ? ok,no problem...beliau adalah seorang ahli sufi yg sangat terkenal dengan kata-kata yang indah dan doa yang makbul .Jom selusuri kisahnya ,semoga dipayung rahmat dan naungan yang esa .

Kisah 1

Pada suatu hari ada seorang hamba berjalan-jalan dengan duit 4 dirham yang diberi oleh tuannya yang fasik .Dalam perjalanan dia terserempak dengan majlis ilmu yang dianjurkan oleh Mansur b.Ammar .Dalam majlis itu Mansur b.Ammar menyuarakan bahawa sesiapa yang dapat menyedekahkan  seorang fakir yang berada di majlis itu sebanyak 4 dirham,beliau akan mendoakan orang itu 4 perkara.

               Si hamba ini pun terdetik di hatinya untuk memberikan wang 4 dirham yang berada di sisinya,lantas dia menyedekahkan si fakir tersebut 4 dirham dan meminta Mansur b.Ammar mendoakannya . Sahabat sekalian,4 wishes tersebut ialah :
                        1.Tuannya akan memerdekakannya
                        2.Agar tuannya bertaubat dengan taubat yang dapat mengekang kesalahan
                        3.Dapat diggantikan semula 4 dirham yang disedekahkannya
                        4.Diampunkan dosanya,tuannya dan semua yang menghadiri majlis tersebut .

        Apabila tiba di rumah majikannya ,si hamba memberitahu ke mana duit 4 dirham tersebut dan apa yang ditebusnya dengan 4 dirham itu .Majikannya berasa tersentuh dengan perbuatan hambanya itu dan kemudian membebaskan hamba tersebut .Selain itu,beliau turut bertaubat dan memberikan hambanya bukan sekadar 4 dirham tetapi 4000 dirham .subhanallah~ berkat doa si sufi yang sentiasa berdekat-dekat dengan Allah .




Kisah 2

Pada suatu hari ,khalifah ar-Rasyid datang berjumpa dengan Mansur b. Ammar dan menanyakannya 2 soalan iaitu :

                1.Siapakah manusia yang paling jahil ?
                2.Siapakah manusia yang paling alim(bijak) ?

Mansur b.Ammar memikirkan persoalan ini selama 3 hari .Dan selepas mendapat ilham ,beliau memberi jawapan seperti yang berikut :

                1.Manusia yang paling jahil ialah manusia yang melakukan keingkaran kepada Allah
                2.Manusia yang paling alim ialah manusia yang melakukan ketaatan kepada Allah

No comments:

Post a Comment