Saturday 9 March 2013

HidayahNya buat si pendosa




                        

            Assalamualaikum , hari ini ana ada mendengar ceramah di IKIM. Ceramahnya berkaitan dengan hidayah . Hidayah ini adalah sesuatu yang paling berharga dalam hidup kita . Cuba bayangkan sekiranya tanpa hidayah kemudian kita mati ,tempat yang paling layak untuk kita ialah neraka . Sepatutnya kita berterima kasih kepada Allah kerana Dia telah mengurniakan kita hidayah dan hidayah itu bukanlah sesuatu yang kebetulan . Bukanlah kita hidup di dunia ini sebagai Islam kerana ibu ayah kita islam walaupun secara lahiriahnya memang begitu .Kita hidup sebagai Islam kerana Allah yang pilih kita . Hidayah Allah hanya untuk yang teristimewa di sisiNya .

               Dalam ceramah tersebut ,terselit sebuah kisah pengalaman seorang penceramah tersebut dengan seorang pelajar yang memang kehidupannya teruk .Tinggal merempat di stesen bas kerana dihalau ibu bapanya kerana masalah keruntuhan moral yang terlalu teruk .Ustaz itu bersembang-sembang sebentar  dengan pelajar terbabit .Pelajar itu mengemukakan pertanyaan kepada ustaz terbabit :"Ustaz rasa aku ni teruk ke !??" Ustaz itu menjawab " Hmm..memang teruk kalau tak ,takkan sampai kena halau dari rumah ..mak mana yang tak sayang anak sendiri kalau kena halau tu dah sah memang teruk ."Pelajar terbabit berasa amat terkejut dengan jawapan ustaz itu kerana padanya terselit harapan supaya ustaz itu memujuknya. "Tetapi walaupun betapa teruknya kamu inipun,tapi Allah masih sayangkan kamu buktinya kamu ini seorang islam ,sekiranya Allah mahu bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik islam dan membiarkan kamu menjadi seorang kafir."

 Hmm..~ betapa sayangnya Allah pada pelajar terbabit ,walaupun sudah sah melanggar perintahNya. Allah tidak menarik pemberianNya yang paling berharga iaitu Hidayah .Biarlah tiada makanan ,tempat tinggal ,sahabat, keluarga atau apa sahaja asalkan jangan pernah korbankan hidayahNya yang merupakan bukti cintaNya kepada kita .

Sekarang baru nak cerita pasal HIDAYAH BUAT SI PENDOSA ,tadi tu cuma muqaddimah sahaja ~ ^-^

                    Ni pun cerita pasal pengalaman penceramah tersebut ..

            Pada suatu hari  beliau mengadakan ziarah untuk berjumpa umat islam di A.S. Setelah beberapa lama ,beliau pun berjumpa dengan beberapa orang arab MUSLIM sedang berfoya-foya di sebuah kafe yang mana disediakan pelacur-pelacur .Penceramah tersebut pun memberi tazkirah kepada orang arab itu .Orang arab itu hanya mengiakan dan selepas penceramah itu pulang dia pun sambung berfoya-foya .

              Tapi yang menariknya 2 orang wanita pelacur mengikuti penceramah terbabit dari belakang .Dia berkata selama ini dia bekerja sebagai pelacur kerana kesempitan kewangan dan dia hanya menerima untuk melayan lelaki-lelaki muslim sahaja kerana baginya boleh dapat banyak pahala pada kepercayaannya .Wanita tersebut berketerunan yahudi .Wanita yahudi itu berkata selama ini dia menganggap orang islam itu sama teruk  sepertinya tetapi pada hari ini dia kagum kerana ada orang islam datang ke tempat bermaksiat seperti itu di tengah-tengah kota Metropolitan hanya semata-mata untuk berdakwah kepada saudara seislamnya .Dan kerana peristiwa itu dia masuk agama islam .

                Setelah seminggu lebih ,wanita itu menghubungi penceramah itu .Wanita itu mengadu padanya ,adakah Allah masih akan menerima taubatnya .Penceramah itu hairan dan bertanya adakah dia mengulangi dosanya kembali atau melakukan apa-apa dosa besar .Wanita itu menjawab ,ketika dia berada dalam bas ada orang terlanggarnya sehingga tersingkap lengannya ,dan dia berasa amat malu kepada Allah .Lihatlah bagaimana hidayah itu mampu mengubah seseorang itu daripada pendedah aurat kepada seorang yang sangat sensitif kepada aurat .Sesungguhnya tiada harga yang layak dibayar untuk hidayah ,jagalah nur hidayahmu sebaiknya,

                     Wahai muslimah penyeri dunia ,jagalah auratmu kerana itu adalah mahkota dan maruah dirimu .Dan janganlah engkau memandang rendah kepada orang yang jahil dalam kalanganmu kerana mungkin satu hari nanti dia bakal menjadi lebih baik dari dirimu .                    

                                                                                                                       ~stairwaytojannah~

No comments:

Post a Comment