Thursday 18 July 2013

Di mana Syria di hatimu ?



                         Secalit pena yang harap dapat memberikan pembaca menyedari kekuasaanNya .Krisis di Syria .Pasti ramai yang lebih mengetahui akan perkembangannya .Di sini ana hanya mahu berkongsi mengenai tragedi aneh yang semoga dapat menyentap jiwa dan rasa pembaca sekalian .

Kisah 1

             Ketika pembedahan kecemasan sedang dilakukan dalam sebuah hospital di Syria,bekalan elektrik tiba-tiba terputus secara tiba-tiba.Para petugas di bilik pembedahan panik dan berteriak cemas supaya bekalan elektrik segera disambungkan .Mujahidin yang berkawal bergegas ke bilik pembedahan dan berusaha menghidupkan generator.Malangnya,generator tersebut telah kehabisan tenaga untuk menyambungkan bekalan elektrik .

                Tiba-tiba mereka terlihat sebuah cahaya dari satu sudut ruang .Cahaya yang menyinari hanya di satu objek tersebut manakala di sekelilingnya gelap -gelita .Doktor-doktor yang melihat cahaya tersebut bergegas dengan alatan mereka untuk melakukan pembedahan di tempat tersebut .Rupa-rupa cahaya tersebut berpunca daripada seorang lelaki yang buta yang sedang membaca Al-Quran sambil menjaga anak saudaranya yang baru dipotong kaki .Cahaya yang memancar dari lelaki tersebut mencukupi untuk menerangi 2 katil pembedahan.Bertambah aneh lagi,ketika doktor ingin menggunakan peralatan elektrik,beliau terlihat satu suis yang bercahaya dan tanpa berfikir panjang dia terus memasukkan plug ke dalamnya ,alatan pembedahan dapat digunakan .

                      Setelah selesai pembedahan tersebut,barulah mereka teringat bahawa mereka sebenarnya telah terputus bekalan elektrik .Persoalannya bagaimankah cahaya itu boleh menerangi dan bagaimanakah peralatan elektrik dapat digunakan ?.......Wallahuaalam ,semuanya kuasa Allah .Dan buat pengetahuan sahabat2 sekalian ,lelaki tua tersebut setiap hari hidupnya diselimuti al-Quran ....Bayangkan dia membaca al-Quran 1 HARI 1 JUZU'

kisah 2

Seorang gadis berumur 7 tahun yang bernama Sumayyah telah kehilangan kedua orang tuanya .Namun jawapannya terhadap kematia mereka ialah "IbuBapaku sedang hidup bahagia dan mulia di sisi Allah "

No comments:

Post a Comment