Friday 6 July 2012

Tanda-tanda cinta




                                                                             

                                 Assalamualaikum sahabat pembaca sekalian ,hari ini ana nak memberitahu kalian mengenai tanda-tanda cinta .Selalu kan orang bertanya ,adakah cinta itu salah .Sebenarnya cinta itu tidak salah kerana Allah sendiri yang menjadikan cinta itu masakan Allah mengharamkannya .Tapi cuma masalahnya manusia sering menggunakan fitrah ini sebagai jalan untuk melakukan maksiat ,katanya jiwanya kosong perlukan seseorang untuk mengisinya .Tidak kurang ada yang mengatakan sudah fitrah untuk mencintai dan dicintai .Tapi kan ana mahu menjawab jawapan manusia - manusia yang sering menggunakan alasan yang tak lapuk dek zaman ini . Ana ingin bertanya , tidakkah mereka merasai cinta yang Maha Pencinta iaitu tidak lain dan tidak bukan Al-Wadud -salah satu daripada 99 nama Allah yang mulia .

                           Tidak cukupkah cinta yang diberikanNya kepada kita ,atau kita yang tidak ingin mengendahkanNya .Bukankah salah satu fitrah kita telah dipenuhi iaitu untuk dicintai .Manakala untuk mencintai kenapa harus kita berikan kepada seseorang yang haram bagi kita seperti teman lelaki mahupun teman wanita ? Bukankah kebahagiaan bersama mereka itu tidak pasti .Berapa banyak orang yang bercinta sebelum berkahwin porak peranda rumah tangganya dan berapa banyak orang yang tidak bercinta sebelum berkahwin mempunyai rumah tangga yang lebih berkah .Tanyakan kepada diri kita ,kenapa kita mencintainya .Jika kerana kecantikan ketahuilah bahawa suatu hari nanti dikau akan bosan dengannya apabila kecantikan itu telah luput .Manakala jika kerana kelebihannya ,pasti engkau akan kecewa pabila melihat kekurangannya dan jika kamu mencintainya kerana harta pasti engkau akan kecewa apabila ia telah luput .Maka cintailah Allah kerana Dialah yang kekal abadi .

                            Perasaan cinta itu tidak salah tetapi yang menguruskan cinta itulah yang menentukan samada cinta itu menjadi fitrah atau fitnah . Menurut satu hadis riwayat Ibn Majah mengatakan "Sesiapa yang mencintai seseorang kemudian dia merahsiakannya dan dia menjaga maruah dirinya kemudian dia mati ,maka dia adalah syahid".Wah indahnya ,akhir kehidupan adalah syahid .Subhanallah !!

                             EHEM..EHEM...ana minta maaf celoteh terlalu panjang , nah ~ tanda-tanda cinta

Pertama : Mencintai sesuatu dan segala yang berkaitan dengannya .Lihatlah para sahabat ,mereka begitu mencintai Allah sehingga surat cinta daripada Allah (Al-Quran) sentiasa dibelek-belek .Contohnya saidina Uthman r.a.sentiasa membelek-belek dan sentiasa cuba memahami isi kandungan Al-Quran berulang kali sehingga Al-Qurannya koyak .

Kedua : Rindu .Berjauhan dengan kekasih adalah perasaan yang sangat memeritkan maka terhasillah rindu .Kerana rindu ini jugalah para sahabat sentiasa bercerita mengenai kebesaran Allah pada siang hari dan apabila malam hari menjengah mereka susah hendak tidur ,jika baring pun pasti berpusing ke kiri dan ke kanan kerana merasa kerinduan yang mencucuk-cucuk .Jadi pengubat rindu mereka kepada Allah ialah Qiamullail .Dengan bangun pada tengah malam ,mereka dapat merasai ketenangan dan dapat meluahkan masalah mereka kepada Allah ,ibarat sang kekasih yang mengadu kepada kekasihnya .Itulah kebahagiaan mereka .


Ketiga : Sanggup berkorban .Hmm...ana selalu dengar cinta itu memerlukan pengorbanan .Tetapi pengorbanan yang dituntut oleh cinta anak muda zaman ini hanya merosakkan diri dan MARUAH  meraka .Tetapi lihatlah jika melakukan pengorbanan kepada Allah ,pasti Allah akan membalasnya .
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. [Itu telah menjadi] janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya [selain] daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual-beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar." (At-Taubah:111)


Apalagi berlumba-lumbalah para sahabat menyerahkan diri mereka untuk berjuang dan menyrahkan harta mereka di jalan islam untuk membuktikkan  bahawa merekalah yang paling mencintai Allah .Bagaimanakah dengan kita ?................

No comments:

Post a Comment