Saturday 23 June 2012

Heart Disease


                                                                                                                                   
"Cepat!!cepat ,pesakit dalam keadaan kriktikal masukkan dia ke dalam wad ICU" , jerit doktor Iman dalam keadaan panik dan tergesa-gesa .

"Tapi doktor ,pesakit kelihatan baik dan sihat sahaja".Terang jururawat dalam kehairanan .

" Penyakit hati yang dialaminya sudah sampai tahap ke-4 ,namun penyakit yang dialaminya tidak dapat dilihat dan dikesan dan hanya dapat diketahui berdasarkan simptom-simptomnya sahaja".Terang doktor Iman.

"Boleh doktor jelaskan simptom-simptom penyakit hati dari tahap 1 hingga tahap 4? ,luah jururawat dengan pertanyaan yang penuh minat .

"Baiklah tahap1 = apabila melakukan kesalahan masih merasa bersalah ,Alhamdulillah penyakit hati pada 
   peringkat ini masih boleh dirawat tetapi jika dibiarkan berlanjutan boleh membawa   kepada tahap ke-2 ."
                           

                        
"Tahap ke -2 =     merasa biasa biasa apabila melakukan kesalahan ,bak kata pepatah melayu : Alah bisa,
.  Tegal biasa." .Jururawat merasa lucu mendengarkan kata-kata doktor Iman ,namun tetap mendengarnya dengan khusyu'.                        

"Seterusnya tahap ke-3 adalah tahap  yang agak serius ".Terang doktor Iman dengan lagak yang semakin serius. "Iaitu apabila pesakit merasa manis melakukan dosa ,sudah tidak malu apabila orang lain mengetahui perihal perbuatannya ." Jururawat cepat-cepat beristighfar apabila mendengar kata-kata doktor yang menakutkan itu .

"Tahap ke -4 ,simptom yang sangat kriktikal ,hatinya sudah nazak dan hampir mati ,iaitu apabila pesakit mengesyorkan dan mengajak orang lain melakukan dosa ,Nauzubillahiminzalik "Luah doktor dengan nada yang kesal .

"Doktor apakah kesan dan keburukan yang pesakit dapat daripada penyakit ini ?" .Takut-takut jururawat bertanya .


"Hatinya mati ,merasa tawar dan hambar melakukan ibadah kepada Allah. ,Ibarat  orang yang selsema ,deria rasanya mati kerana penyakit yang dialaminya" .

         Jadi ikatlah hatimu dengan tali Allah ,kerana sesungguhnya hati yang hidup itu ialah hati yang mengingati ALLAH . Rasulullah S.A.W. bersabada :“Ingatlah bahwa dalam jasad itu ada sekerat daging, jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya, dan jika ia rusak, maka rusaklah jasadnya seluruhnya. Ingatlah, ia adalah hati (al-qalbu)“. (HR. Bukhari dan Muslim).

No comments:

Post a Comment