Friday 13 July 2012

Risalah Berharga



                     Assalamualaikum , hari ini ana hendak bercerita mengenai sesuatu yang ana dapat dari sekolah beberapa hari yang lepas .Menurut sumber ,cerita ini adalah benar .Jom kita hayati kisah yang berikut .

                     Pada zaman dahulu ,terdapat seorang lelaki dan anaknya yang sangat suka mengedarkan risalah pada setiap hari jumaat .Risalah itu mengandungi nasihat-nasihat dan pengajaran yang menitik beratkan soal islam.Pada suatu hari ,berlaku hujan yang lebat menyebabkan kedua anak beranak ini terhalang daripada menghantar risalah ke rumah-rumah . Si ayah mengambil keputusan untuk tidak tmenghantar risalah itu seperti biasa .Namun,lain pula yang difikirkan oleh si anak ini .Dia membuat keputusan untuk tetap menghantar risalah itu seperti biasa.

                       Tanpa memikirkan keadaan hujan ,si anak terus mengetuk pintu sebuah rumah . Berkali -kali pintu itu diketuk namun tuan rumah tidak membuka ,setelah sekian lama ,barulah terkuak pintu itu .Tuan rumah itu membuka pintu dan kelihatan seorang anak muda yang bercahaya wajahnya memberikan risalah kepadanya .Si anak kemudiannya  beredar setelah memberikan risalah itu .

                        Pada  hari jumaat berikutnya ,setelah khatib habis memberikan khutbah ,khatib menanyakan sekiranya terdapat sebarang kemusykilan .Lantas ada satu tangan yang mengangkat .Orang ramai kehairanan kerana tidak pernah melihat lelaki itu bersembahyang jumaat di sini.Lantas lelaki itu menceritakan bahawa pada suatu hari jumaat ketika dia hendak membunuh diri ,datang seorang anak muda mengetuk pintu rumahnya .Pada mulanya ,dia enggan membuka ,tetapi kerana melihat kesungguhan orang yang mengetuk pintu lantas dia membukanya .Dia telah mendapat sekeping risalah yang padanya sangat berharga yang membuatkannya membatalkan niat untuk membunuh diri ,dan melalui risalah itulah dia mendapat hidayah untuk memeluk islam .

                          Si ayah yang mendengar cerita itu lantas menangis dan memeluk si anak pada waktu itu juga .Dia menyesal kerana mudah putus asa untuk menyebarkan dakwah walaupun hanya kerana hujan yang lebat.



No comments:

Post a Comment