Wednesday 30 May 2012

Kain buruk percuma =w="

Lelong-lelong kain buruk ,50% discount ,edisi terhad .


   
       
Hmmm..agak-agak ada orang nak beli ke ? taknaklah kalau kain macam itu ,dah banyakkan kat rumah ?

                                                                                                                      

                   Assalamualaikum ,mesti kawan-kawan pelikkan kenapa saya bercakap mengenai kain buruk ,bukankah ini adalah blog islamic .Hmmm..relax and steady ok ,ini adalah samada anda mendapat kain buruk percuma atau tidak pada masa hadapan .

  hmmm,,apa kaitan kain buruk dengan blog ini ?

                    Hah!!....tak sabarkan ? nah bacalah kata-kata di bawah ini :
             Hassan r.a.berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu daripada melakukan perbuatan mungkar dan keji ,maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat .Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti bungkusan kain tebal yang buruk .(rujukan buku soal jawab remeh-tentang solat tetapi anda malu bertanya)


                   Allah juga mencela orang yang tidak khusyu' dalam solat ini di dalam surah al-Ma'un : 4-5
    "Maka celakalah orang yang solat ,iaitu orang-orang yang lalai terhadap solatnya ".

                   Dan Allah memuji orang yang khusyu' dalam solatnya di dalam surah al-mu'minun :1-2
     "Sungguh beruntung orang yang beriman ,iaitu orang yang khusyu' dalam solatnya "

Hah ,kalau dah  solatpun masih terdapat celaan dari Allah ?

                      Betul..betul..betul...apa lagi kalau orang yang tidak menunaikan solat .Jadi solatlah dengan khusyu' , ana juga faham bukan senang hendak khusyu' dalam solat , tetapi teruskan usahamu sehingga berjaya .Inshallah sekiranya kita tetap berusaha untuk khusyu' Allah pasti akan memberikannya kepada kita Amin ...

No comments:

Post a Comment