
Eiiishhh....bercampur je , bukannya buat apa-apapun ,betul tak ?
Nampak sahaja remeh dan kecil tapi amat berbahaya .Cuba buat perbandingan antara nyamuk dengan singa , mana yang lebih ditakuti orang ? Singa kan ? .Kalau ada orang lebih takut nyamuk daripada singa tu tak tahulah

Betul..betul..betul ....Tapi dalam banyak -banyak kes kematian manusia , banyaknya kes kematian melibatkan nyamuk atau singa ? Jangan nak pandang remeh dengan nyamuk ,walaupun dia survive hanya dengan sebatang jarum yang halus tapi mampu menggegar dunia dengan pelbagai kes kematian yang disebabkan wabak-wabak.Singa pula jarang ada kes kematian ,banyak singa kena jail di zoo betul tak ? Nyamuk pula berkeliaran sebagai penjenayah yang tidak dikehendaki .
so , apa maksudnya ?
Begitu juga dengan Ikhtilath , ada ke , apabila seorang lelaki dan perempuan apabila bertemu terus melakukan zina ? Tidak bukan ? .Mula -mula mestilah chating-chating dahulu ,pastu kenyit-kenyit mata ,bila makin rindu pula hendak berjumpa . Hampir setiap perkara bermula dengan perkara yang remeh namun apabila berlanjutan ia akan membawa kepada perkara yang lebih buruk Tidakkah semua ini sangat bahaya ? bahkan Allah telah menyatakan larangan jangan mendekati zina . Mendekati zina itu bukan bererti melakukan zina tetapi membuka jalan untuk melakukan zina .Larangan ini terdapat dalam kitab Al- Quran (Surah Al -Isra':32).
Pada kesempatan kali ini , ana nak tunjuk sebuah video untuk tatapan semua ,tengoklah jangan malu-malu

No comments:
Post a Comment