Friday 18 May 2012

Maaf !! saya tidak setuju dengan cara awak

   : Lili kenapa menangis ?

   :        huhuhu ....kiki cakap  mata saya macam kena tumbuk,sudahlah hitam ,hodoh lagi . 
                 tahulah  mata saya hitam sebab selalu main playstation pada waktu malam .Nak tegur
            pun cakaplah baik-baik sikit huhuhuhuhh......
                 

: oouh !! sebab tu je , nanti saya cakap dengan kiki ,ok selamat tinggal .


Di rumah kiki ......

: zzzzzzzz

 : Assalamualaikum ,kiki buka pintu .Ni bunny .


 : Waalaikumussalam,eh bunny ,kenapa datang petang-petang ni ?

 : hmmm..ada hal nak bincang sikit .





               Assalamualaikum , kawan-kawan ,hari ini saya nak berbincang mengenai cara untuk berdakwah dan menegur orang .hmmm..baru-baru ini saya ada terbaca mengenai artikel islamik ,tetapi pada pendapat saya , agak mengecewakan kerana ayat yang digunakan untuk menegur mengandungi unsur-unsur kasar dan tidak baik .

penting ke berdakwah baik-baik , bukankah bagus kalau kita tegur cara kasar ,biar lekat sikit dekat ingatan dia ?

                  Eh, tak baik tu , lihatlah contoh Rasulullah sendiri dalam menyampaikan dakwah ,Baginda S.A.W tidak pernah menggunakan ayat yang mencela . Jom ,tengok contoh kisah ini :
Tufail b.Amru al-Dusi pernah menyeru kabilahnya agar beriman dengan Allah dan Rasulullah ,namun seruannya ditolak .Setelah mengadu kepada Rasulullah ,Tufail menyangka Baginda akan mendoakan kebinasaan pada kabilahnya ,namun apa yang berlaku ialah sebaliknya ,Baginda mendoakan cahaya hidayah buat mereka .Kesannya dakwah Tufail buat kali kedua diterima .

  eh , Rasulullah memanglah akhlaknya sangat terpuji ,tapi tunjukkan sikit dalil tidak boleh dakwah kasar-kasar ni ?
 

                     Mestilah ada ,dalam AL-Quran lagi , larangan berkasar terutama dalam berdakwah pernah difirmankan Allah kepada Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
         "Maka disebabkan rahmat daripada Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka   .
           Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar ,tentulah mereka menjauhkan diri daripada
          sekelilingmu.Kerana itu maafkanlah mereka,mohonkanlah keampunan bagi mereka,dan
          bermusywarahlah dengan mereka dalam urusan  itu " (Ali-Imran :159)

        Cuba kawan-kawan bayangkan jika saya hendak memberikan kepada kawan -kawan kek coklat yang lazat tetapi saya memberikan dengan membalingnya kepada muka kawan-kawan .Ouh!! mesti sakit hati bukan ,walaupun saya membaling benda yang baik . Tentu sahajalah kawan -kawan marah  kerana saya memberikan sesuatu yang baik dengan cara yang kasar .
 

               Pagi tadi ,saya baru mendengar ceramah dari IKIM yang memaparkan kehidupan seorang islam yang memang tidak pernah menunaikan solat ,tidak menjaga makan (halal dan haram) dan memang rukun tetangganya menganggap diri dan keluarganya tidak lagi memeluk islam .Tetapi kerana teguran yang lemah lembut dari seorang gurunya yang prihatin ,kini keluarganya telah mengamalkan islam dengan baik inshallah dan dirinya kini telah bergelar seorang ustaz dan mampu berdakwah kepada orang lain .

                 Mereka yang tidak mengamalkan islam secara sempurna  ,mungkin kerana didikan ibu bapa yang
kurang pengetahuan agama ,malah mungkin jua kerana mereka tidak pernah dihantar ke sekolah agama dan terpengaruh oleh rakan-rakan sebaya .Jadi pada pendapat saya ,seharusnya kita berdakwah secara baik dan bukannya dengan mencaci mereka,kerana tiada manusia yang sempurna .Saya juga mempunyai 1001 kekurangan dan kawan-kawan juga begitu .

                  Seharusnya kita membantu mereka daripada terus menzalimi diri mereka sendiri , doakanlah hidayah dan keampunan buat mereka dan bukannya terus mencaci mereka .sekian sahaja daripada saya kalau boleh tinggalkanlah komen




        

No comments:

Post a Comment