Tuesday, 5 June 2012

Dirindui ataupun dibenci

          
                      Pada suatu hari,Rasulullah S.A.W masuk ke tempat sembahyang (musolla) dan baginda meliha beberapa orang sedang bergelak dan berbual kosong.Lalu Baginda bersabda, :" kalau kamu semua memperbanyakkan mengingati perkara yang melenyapkan segala kelazatan hidup , nescaya kamu akan menjadi sibuk (tekun beribadah) sepertimana aku melihat kematian "

                     Oleh itu, perbanyakkanlah mengingati mati kerana tidak berlalu satu hari melainkan kubur akan berkata,:"aku rumah kesepian ,aku rumah keseorangan ,aku rumah tanah dan aku rumah ulat  dan cacing."

                     Apabila dikebumikan hamba yang beriman,maka kubur berkata kepadanya: "marhaban wa ahlan (ucapan selamat datang),kamu adalah orang aku kasihi di kalangan mereka yang berjalan di atas belakangku,dan apabila aku menerimamu hari ini , lihatlah apa akan aku lakukan kepadamu ".Sambung nabi :"maka kubur pun menjadi luas sejauh pandangan matanya dan dibukakan juga kepadanya pintu yang menghadap ke syurga...


                   Dan apabila dikebumikan hamba yang berdosa dan kafir,maka kubur berkata kepadanya,"la marhaban wa la ahlan (yakni tidak di undang dan tidak diterima kehadirannya )."Engkaulah antara mereka yang paling aku benci yang berjalan di atas belakangku selama ini.Dan apabila aku menerima kamu hari ini,kamu akan menyaksikan apa yang bakal aku lakukan terhadapmu "

                   Sabda Nabi S.A.W.,"maka kubur pun sedikit demi sedikit mula menghimpit tubuhnya sehingga bertemu tulang belulangnya".Rasulullah S.A.Wmengepal jari-jarinya lalu menyambung ,dihantarkan kepadanya 70 ular besar lagi berbisa ,jikalau seekor daripadanya menyemburkan bisanya ke atas muka bumi ini ,nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun. Selama mana baki dunia ini ,maka selama itulah dia akan dibelit dan dipangut ular-ular itu hingglah tiba hari perhitungan (yaumul hisab)".

                     Nabi S.A.W bersabda lagi ,"kubur itu samada sebuah taman syurga ataupun sebuah lubuk api neraka."(Diriwayatkan oleh Sa'id Al-Khudri r.a.)        



 (gambar : seksa kubur apabila selalu meninggalkan solat , seorang remaja yang apabila
  dikuburkan hanya 3 jam dan dikeluarkan kembali ,tubuhnya penuh dengan luka dan
    lebam akibat seksa kubur )                              
                               

No comments:

Post a Comment