Tuesday 27 October 2015

Hati ,dengarlah ~

Image result for wet heart
Wahai hati,
Jasadmu ini terseksa,
seksa sekali ...teramat seksa,
kerana apa ?
Dosamu wahai hati .
Sudahkah kamu cukup ikhlas kepada penciptamu?
Kenapa riya' masih terbuku?
Atas alasan apakah kamu menjadi begitu?
Sudah cukup baikkah dirimu ?
Sudah cukup hebatkah pencapaianmu ?
Sudah terjaminkah firdausi bagimu?


Ingatlah diri,
Kamu itu penuntut ilmu,
Usah kamu bermegah dengan ilmu,
Belajarlah kernaNya,
Tidak akan masuk syurga bagi yang menuntut ilmu bukan kernaNya,
Lantas kamu mahu ke mana?
Neraka....
Tidak...tidak ...aku tidak mahu ,sesekali pun tidak ,

Kamu mengatakan kamu mencintaiNya,
Lantas di mana rasul di hatimu?
Sudah berselawatkah kamu pada hari ini?
Berapa hadis yang sudah didadamu?
Berapa banyak sunnah yang telah kau hadami dalam hidupmu?
Berapa banyak pengetahuanmu tentang tragedi hidup baginda keranamu?
Kerana baginda ingin melihatmu di syurga,
Luruh sekali hati baginda,
Jika didapati umatnya di neraka,
Tidak rindukah engkau pada baginda!!
Sedangkan sebelum kelahiranmu,
Dia menangis keranamu,
Merinduimu dan begitu mengharapkan keselamatanmu


Maafkan aku wahai saudara seislamku,
Aku di sini berhibur tidak ingat dunia,
Sedangkan dagingmu diratah-ratah di sana,
Terkoyak hatimu melihat keluargamu dibunuh di hadapan mata ,
Tapi aku di sini sibuk dengan duniaku,
Berhibur semahunya,
Tidak ingat dunia,
Mengapa mahu peduli?
Bukan aku yang merasanya?
Lupakah wahai diri?
Sabda nabi pilihan,
Sesungguhnya mukmin itu bersaudara....
Penderitaannya,penderitaanmu,
Di manakah engkau saat mereka menangis pilu
Di mana...mereka memanggilmu sedu
Luah mereka.....
Di mana temanku?...sudah lupakah mereka akan daku??




p/s:
Luahan ini dituju kepada hati ini ...Maafkan aku yang belum sempurna ini....Bertatih menuju ke hadrat pencipta diri

No comments:

Post a Comment