Tuesday, 31 December 2013

kUiz TaHun BaRu

                                 KUIZ TAHUN BARU !!!


Assalamualaikum,sahabat pembaca sekalian ...kita telah berada di ambang tahun 2014.
Jadi semoga entry ana kali ini menambah bekalan ilmu kita dari masa ke semasa ~

Pada suatu hari ,Saidina Umar telah ditanya oleh seorang ketua puak yahudi .Dia mengemukakan satu tawaran iaitu -sekiranya S.Umar mampu menjawab semua soalannya dengan betul dan tepat dia akan masuk Islam,tambahan pula dia sendiri adalah seorang yang berpengaruh dalam kalangan kaumnya ,sudah tentu pengikutnya akan mengikut jejaknya .

Saidina Umar mendapati bahawa itu adalah peluang yang sangat baik untuk membawa lebih ramai orang ke dalam Islam.Saidina Umar pun menerima tawaran itu .Si yahudi tadi mengemukakan 1 soalan iaitu..........'BERIKAN 5 MAKHLUK YANG TIDAK MEMPUNYAI IBU'

Saidina Umar kemudiannya memanggil Saidina Ali yang pintar untuk menjawab soalan tersebut .Rasululullah ada mengungkapkan sesuatu kata-kata yang menggambarkan S.Ali.iaitu -
“Aku (Rasulullah) adalah kota ilmu dan ‘Ali adalah pintunya.”


Saidina Ali dengan yakin menjawab :
                 1.Nabi Adam A.S
                 2.Siti Hawa
                 3.Unta Nabi soleh 
                 4.Ular Nabi Musa 
                5.Kibas yang menggantikan Nabi Ismail 

No comments:

Post a Comment