Sunday 22 December 2013

Kisah Umar al-Khattab

               
               Pada suatu hari,Umar al-Khattab duduk di dalam masjid .Kemudian secara tiba-tiba beliau menangis dan kemudian ketawa.Sahabat-sahabat yang melihat kelakuannya merasa aneh dengan hal itu .
Lantas ditanyakan hal itu sendiri kepada Umar .Saidina Umar menjawab bahawa perlakuannya sebentar tadi kerana dia mengingatkan zaman Jahiliahnya

Saidina Umar menangis kerana......

             Semasa zaman jahiliah,menjadi kebiasaan orang-orang Arab membunuh bayi perempuan .Isteri Umar pada ketika itu berasa amat khuatir akan anak perempuannya bakal dibunuh .Maka jantina anak perempuannya itu dirahsiakan dengan memakaikannya dengan pakaian lelaki .Genap usia anaknya 2 tahun , Umar mengajak anaknya supaya berjalan-jalan bersamanya.Ketika,mereka berdua berjalan-jalan ,anaknya ingin membuang air kecil .Anaknya meminta izin daripada ayahnya dan pergi ke tempat yang sedikit berjauhan dari ayahnya.
              Tidak lama kemudian,Umar yang ingin memanggil anaknya kembali terlihat cara anaknya membuang air kecil dengan cara perempuan .Umar menahan marahnya .Beliau mengajak puterinya untuk bermain sesuatu permainan ,iaitu permainan masuk ke dalam lubang .Umar menggali lubang yang dalam dan menyuruh puterinya masuk ke dalam.Si anak kecil yang teruja terus masuk ke dalam lubang .Umar dengan segera mengambus puterinya hidup-hidup dalam lubang itu .

Saidina Umar ketawa kerana ........
                 Kebiasaan orang arab jahiliah ialah membawa satu patung yang berperanan sebagai pelindung ketika berjalan jauh .Pada suatu hari,Umar menyedari bahawa dia terlupa untuk membawa patung tersebut.
Bimbang akan malapetaka menimpanya,Umar kemudiannya membuka bekalan yang dibawanya,dilihatnya terdapat banyak kurma yang dibawanya .Beliau kemudiannya membuat patung pelindung itu menggunakan bekalan kurmanya.Selepas jauh perjalanan ,beliau berasa amat lapar .Malangnya bekalan makanan beliau sudah habis .Umat teringat akan patung pelindung itu,kerana lapar beliau makan "tuhan" yang dibuatnya daripada kurma itu .

No comments:

Post a Comment