Saturday 2 March 2013

Penyabarnya Rasulullah S.A.W.

 
Assalamualaikum sahabat sekalian,ana berhajat untuk menyuarakan satu perkara yang sangat penting dalam psikologi iaitu emosi marah .

Peri pentingnya untuk kita mengelakkan perasaan marah ini berdasarkan kisah Rasulullah S.A.W. yang ingin ana sampaikan ................................

 KISAH 1 :
Ada seorang sahabat nabi datang kepada nabi untuk meminta wasiat ,nabi menjawab jangan kamu marah ,kemudian sahabat itu bertanya lagi ,kemudian apa ya Rasulullah ? Nabi menjawab jangan kamu marah .Sahabat itu bertanya lagi ,Rasulullah tetap menjawab jangan kamu marah .

KISAH 2:
Pada suatu hari ketika Rasulullah S.A.W sedang berjalan ,seorang lelaki arab badwi datang dan menyentap selendang baginda sehingga kelihatan kesan kemerah-merahan pada susuk tubuh yang mulia itu .Riak wajah nabi masih tenang dan langsung tidak memarahi lelaki tersebut tetapi sebaliknya hanya melemparkan sebuah senyuman .Sekiranya kita sedang berjalan dan orang menarik kita punya tudung sehingga terjerut ,apakah tindakan kita ? renungkanlah .....


KISAH 3:
Pada suatu ketika cucu -cucu nabi sangat lapar,Rasulullah S.A.W. yang penyayang itu tidak sanggup melihat cucu-cucunya itu menderita .Baginda kemudiannya mengambil upah menimba air dari perigi untuk mengisi bekas-bekas air dari seorang yahudi .Sedang Rasulullah mengangkat timba,tiba-tiba,talinya terputus .Yahudi tadi kemudiannya pulang ke rumah dan mendapati bekas-bekas airnya masih tidak penuh .Lalu,dia mendapatkan Rasulullah dan menampar baginda kemudian, melemparkan upah berupa tamar kepada Rasulullah dan menghalau baginda keluar .

Tidak lama selepas itu,tangan yahudi tersebut terkena kapak dan teputus .Orang ramai mengesyorkan yahudi tersebut supaya berjumpa Nabi Muhammad S.A.W bagi menyembuhkan tangannya .Ketika itu,nabi Muhammad sedang memberikan tamar kepada cucunya yang lapar .Alangkah terkejutnya yahudi tersebut apabila berjumpa baginda kerana nabi Muhammad S.A.W adalah lelaki yang ditamparnya tempoh hari.Nabi Muhammad tanpa berkompromi dengan yahudi tersebut membantunya menyembuhkan kecacatan itu .Akhirnya ,lelaki yahudi itu masuk agama islam .


Sebelum ana mengakhiri tajuk kali ini ,hayatilah hadis ini :
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah telah bersabda:”Bukanlah orang yang kuat itu orang yang selalu menumpaskan orang lain, sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.”

Ingatlah bahawa marah itu ialah bius syaitan,dengannya kita tidak menyedari akan perbuatan yang sedang dilakukan ,beringat-ingatlah agar tidak menyesal di kemudian hari 
-stairwaytojannah-





No comments:

Post a Comment