soalan bocor ???? soalan bocor apa ini ?? UPSR /PMR/SPM ???
heheh ....mana ada sejak bila saya ada soalan bocor kertas soalan peperiksaan ^_^
Tapi nak tahu tak soalan bocor yang sangat penting ?
Nakkan , betul tak ?
soalan bocor ini adalah mengenai soalan di dalam ALAM BARZAKH (betul kan penting :P)
Mungkin kawan-kawan dah biasakan dengar , ok ni contoh sampel soalan beserta skemanya :
1.Siapakah Tuhan kamu ?
= Allah S.W.T .
2.Apa agama kamu ?
= Islam
3.Siapa nabi kamu ?
= Rasulullah S.A.W.
Hah !!! dah hafalkah ? rasa boleh jawab tak ?
Amboi mana boleh macam itu sahaja , soalan ini bukan macam soalan peperiksaan , kalau hafal boleh jawab . Tapi ini soalan yang luar biasa kalau hafal pon , tak semestinya boleh jawab , betul kan ?
Habis tu , macam mana nak jawab ?
Kalau nak jawab , kenalah lakukan amalan yang baik .
Amalan apa ?
1. Kalau nak jawab soalan siapa tuhan kamu , perlulah mentauhidkan Allah ,sembah dan melaksanakan ibadah sebaik-baiknya .
2.Bagi menjawab soalan apa agama kamu ,kena jadikan islam sebagai cara hidup . Jangan ambil separuh,suku atau mana-mana yang suka sahaja .Pendek kata Islam Is The Way of Life . ^_^
3.Kalau hendak menjawab soalan terakhir iaitu siapa nabi kamu ,perlulah menyayangi nabi dan mengikuti sunnah baginda , kalau boleh selawatlah kepada baginda setiap hari .
FAHAM !!!
No comments:
Post a Comment