Saturday 28 April 2012

Peramahnya Rasulullah





                                                                  
                       Pada zaman Rasulullah terdapat seorang sahabat dari kalangan arab badwi yang bernama Zahir,beliau sering datang ke Madinah untuk menemui Rasulullah dan sering memberikan baginda hadiah .,Rasulullah sangat menyayangi beliau .

                        Pada suatu hari ,Rasulullah sedang berjalan di pasar dan terlihat Zahir sedang menjual barang di pasar , kemudian Rasulullah terus berjalan dan meluru dari belakang Zahir lantas merangkul dan memeluk sahabatnya dari belakang .Zahir yang terkejut berasa panik lantas berkata " Siapa yang memelukku ini "dan cuba melepaskan pelukan itu.Apabila mendapat tahu bahawa Rasulullah yang memeluk beliau , beliau menyandarkan tubuhnya pada badan Rasulullah untuk mendapat keberkatan baginda .


                       Sambil Rasulullah memeluk Zahir, baginda bergurau senda dengan berteriak "Siapa yang mahu membeli hamba ini ".Kemudian Zahir berkata "Ya Rasulullah ,aku tidak bernilai di sisi mereka" .Lantas Rasulullah bersabda "Walaupun engkau tidak mulia di sisi manusia tetapi engkau sangat bernilai di sisi Allah wahai Zahir".Zahir pun mengeratkan tubuhnya dan merasai damai di pelukan Rasulullah .Kisah ini juga terdapat dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Anas r.a.

                       Wah !!! indahnya persahabatan Rasulullah dan sahabatnya marilah kita sama- sama mencontohi akhlak baginda yang sangat mulia ini .Pesanan daripada saya pada entry kali ini ialah jagalah persahabatan anda dan bersahabatlah atas ukhuwah kerana Allah ~Inshallah

No comments:

Post a Comment