Saturday 28 April 2012

Baiknya malaikat sebelah kanan



                                                                                                                        
                     Assalamualaikum hari ini , entry baru dah sampai ...tajuknya baiknya malaikat sebelah kanan, eh tapi kenapa pula ya ? beza ke dengan malaikat di sebelah kiri ...hmm, mestilah ada ,nak tahu lebih lanjut baca sampai habis tau .

                      Apabila seseorang hamba Allah melakukan amalan kebaikan , maka malaikat di sebelah kanan akan terus mencatit amalan itu dengan 10 kebaikan  tanpa berlengah lagi ,tetapi apabila seseorang hamba Allah itu melakukan kejahatan akan diperingatkan malaikat kanan kepada malaikat di sebelah kiri supaya menangguhkan catitan amalan keburukan itu kira-kira 6-7jam ,sekiranya dalam tempoh masa itu ,seseorang yang melakukan dosa beristighfar maka terhapuslah dosa itu tanpa dicatit oleh malaikat kiri .

                       Eh tunggu dulu , nak istighfar pon haruslah  kena pada syaratnya antaranya:
  • Menyesal di dalam hati 
  • Niat tidak mengulangi dosa itu 
  • Membaca istighfar dengan lidah 
          
        
         Nabi S.A.W pernah bersabda :"Sesiapa yang beristighfar hanya dengan mulut tetapi terus membuat dosa bagaikan mempermainkan tuhannya". Jadi perbanyakkanlah istighfar ,tidak kiralah berapa banyak yang diucapkan dalam sehari-hari asalkan berterusan kerana amalan yang Nabi S.A.W. suka ialah  amalan yang berterusan .
           

No comments:

Post a Comment