Monday 24 July 2017

Bidadari Nabi Musa


Image result for red roses
"Assalamualaikum...ada apa-apa yang ana boleh bantu ukhti",sapa pemuda berkopiah sambil tersengih-sengih .

"Waalaikumussalam,takpe ana boleh angkat kotak ni sendiri",tersipu si anak gadis .

"Bukankah الرجال قوامون على النساء,ana x kanlah nak biar kaum wanita bawah pimpinan ana ni susah2,penat2 plak !!,bicara si pemuda mendabik dada.

"Kalau camtu,apa salahnya...,enta angkat elok2 ye jangan sampai terjatuh pulak nanti .Kalau luka ,berdarah takkan ana nak balut kot",usik si gadis.


Astaghfirullah!! ...teet*tekan punat tutup televisyen ....macam2lah sekarang ni ~parah dah dunia

Hmmm...ermmmm...huishhhh..arghhhh.....ni ke pemuda-pemudi Islam zaman sekarang ??!!...Argghhh rasa nak gigit2 je diaorang ..*koyak-koyakkan kertas

Ok jom ana bawa korang throwback ke zaman lampau~
Zaman apa ??
Hehe..zaman nabi Musa a.s.

              Nabi Musa a.s terduduk letih di sebuah pohon ,baginda sibuk memikirkan tentang kekhilafan baginda yang membunuh orang tanpa sengaja .Kudrat baginda yang tersangatlah kuat sehinggakan memukul orang sedikit sahaja sudah mampu membunuh .Baginda memohon ampun kepada Allah dengan perasaan yang sangat mengharap,tubuh baginda telah kuyu ,kerana letih melarikan diri daripada ditangkap oleh firaun atas kesalahan itu .

              Tidak jauh daipada tempat baginda ,terdapat 2 orang wanita yang menggembala kambing sedang menunggu giliran mereka untuk memberikan kambing-kambing mereka untuk minum ,tetapi hasrat mereka berdua tidak kesampaian kerana kudrat wanita mereka tidak mengizinkan mereka mengangkat penutup air yang tersangatlah berat,lagipun kehadiran pengembala2 lelaki di situ menghalang mereka daripada berbuat demikian .

             Nabi Musa yang melihat kejadian itu terus bangkit dari tempat berehatnya walaupun kudratnya semakin lemah ,bahkan baginda sendiri yang memerlukan bantuan .Namun baginda tekad sekiranya dia membantu orang lain tentulah Allah akan mengurniakan bantuan baginya ,Dengan kudrat gagah perkasa yang dikurniakan Allah ,walaupun semakin melemah, Nabi Musa a.s pun membantu 2 orang wanita tersebut.

             Setelah selesai ,baginda terus berlalu tanpa 2 gadis itu sempat mengucapkan terima kasih .Apa yang baginda harap hanyalah ganjaran daripada Allah bukannya penghargaan manusia.Nabi  Musa kemudiannya kembali ke tempat yang teduh lalu berdoa,"Ya Tuhanku,sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan(makanan) yang Engkau turunkan kepadaku"-(Surah Al-Qasas:24) Kemudian 2 orang gadis itu pun pulang dan menceritakan peristiwa itu kepada ayah mereka ,Nabi Syuaib .

              Nabi Syuaib yang mendengarkan kisah anak gadisnya itu pun menyuruhnya mengajak Nabi Musa datang ke rumahnya sebagai tanda terima kasih.Maka  anak gadis Nabi Syuaib ini akur akan perintah ayah mereka dan menemui Nabi Musa.Menerusi ayat 25 surah Al-Qasas -Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua orang perempuan itu berjalan dengan malu-malu,dia berkata ,'Sesungguhnya ayahku mengundangmu untuk memberi balasan atas kebaikanmu memberi minum atas ternak kami.....(hingga akhir ayat).Lihat teman-teman Allah S.W.T merakamkan bahawa anak gadis nabi Syuaib ini sangat menjaga kehormatannya sehingga Allah menggunakan perkataan 'TAMSYI ALAL ISTIHYA' iaitu berjalan dengan malu-malu ke arah nabi Musa.Allahu mulianya anak gadis Nabi Syuaib kerana yang memujinya bukanlah manusia tetapi Tuhan yang agung yang maha mengetahui segala isi hatiT _T.  Selain itu ,apa yang kita dapat lihat di sini anak Nabi Syuaib ini terus terang memberi tahu maksud kedatangannya menemui Nabi Musa tanpa berlapik,jadi tidaklah mengundang tanda tanya ataupun mengundang fitnah .

                  Kemudian Nabi Musa pun mengikuti anak gadis Nabi Syuaib ke rumahnya,tetapi dengan berjalan di hadapan anak gadis Nabi Syuaib bahi mengelakkan fitnah.Tapi ermm....macam mana dengan remaja akhir zaman ni yee...huhu,sedih tengok bertepuk tampar,sanggup merelakan tubuh sebagai harga kepada cinta yang didasari nafsu.Yang belajar agama dengan cara "cinta islamiknya" ...Allahu..jujur saya sendiri takut apakah mampu mempertahankan apa yang dipelajari di sekolah agama dahulu dalam alam universiti yang sangat mencabar ini.Masihkah ada Muslimah sebegini di akhir zaman ini,? Moga kita terlindung daripada bencana-bencana akhir zaman ini ...Ayooo jadi muslimah sejati persis anak Nabi Syuaib :D

                    Hhehe..belum habis lagi cerita ni....nama tajuk pun bidadari nabi Musa..Huhu di manakah bidadarinya.,Jom kita teruskan.Dan salah seorang dari kedua perempuan itu berkata,"Wahai ayahku! Jadikanlah dia sebagai pekerja ,sesungguhnya orang yang paling baik yang engkau ambil sebagai pekerja ialah orang yang kuat dan dapat dipercaya"(Surah al-Qasas:26).Daripada ayat ini dapat difahami bahawa sebenarnya anak Nabi Syuaib menyampaikan isi hatinya secara tidak langsung dan meminta kepada ayahnya agar menjadikan Nabi Musa sebagai menantu .Nabi Syuaib yang dapat menangkap maksud anaknya itu berkata kepada nabi Musa seperti yang terakam dalam Surah al-Qasas:27-Dia Syuaib berkata,"Sesungguhnya aku bermaksud menikahkan engkau dengan salah seorang dari kedua anak perempuanku ini,dengan ketentuan bahawa engkau bekerja padaku selama 8 tahun dan jika engkau sempurnakan 10 tahun maka itu adalah sesuatu kebaikan darimu,dan aku tidak bermaksud memberatkanmu.InsyaAllah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang baik."

                        Maka kedua-kedua hamba Allah yang soleh ini pun dinikahkan dengan izin Allah.Dengan ini telah rasmi bahawa anak Nabi Syuaib menjadi bidadari buat Nabi Musa.Sama baik,sama soleh kan...sapa yang tak mengimpikan rumah tangga begini...Ayuh muslim,muslimah jom menjaga diri ,kayakan diri dengan ilmu ,tambah pengetahuan ,ramaikan sahabat2 yang baik okay....jangan duk asyik fikir couple2 ,kahwin awal tapi persiapan diri hancur ...  D;

No comments:

Post a Comment