Thursday 29 October 2015

Tongue Twister?(but not that twistlah...)

        Image result for lidah           
               Assalamualaikum semua, pernah dengar tak satu anggota badan yang tak bertulang ? Hmm..apa ya ??  bibir? mata ? rambut ? salaaaaaahhh...jawapannya lidah .Hmmm..bahayanya lidah mengalahkan mata pedang mahupun lembing .Ana ingin membuka semula lembaran helaian kisah yang digarap dalam sebuah buku yang dikarang oleh Imam Ghazali .Hayatilah ~

                           Pada satu hari ,seorang suami yang sangat penyayang telah memberitakan kepada isterinya bahawa dia hendak membelikan seorang hamba buat isterinya .Sang isteri yang mendengar terasa gembira ,mana tidaknya ,kerjanya akan menjadi lebih mudah malah ia juga sebagai simbol kasih - sayang dari suaminya .

                               Setibanya sang suami di pasar ,dia melihat satu tubuh yang sasa, tegap dan gagah .Sesuai dan lengkap sebagai ciri-ciri hamba yang baik .Sebaik sahaja wang bertukar tangan antara pembeli dan peniaga ,peniaga tersebut memberitahu kepada si suami tersebut bahawa hamba ini semuanya baik kecuali mulutnya sahaja yang kurang baik .Suaminya tidak kisah kerana yang mahu diperahnya adalah tenaga bukannya mulut hamba itu.

                                Hari-hari yang dilalui pasangan suami isteri itu sangat bahagia.Bangun pagi ,rumah sudah bersih,makanan sudah terhidang ,kambing sudah diberi makan dan lain-lain pekerjaan semuanya dibuat dengan cermat oleh hamba tersebut .

                            Sampailah suatu hari,suami tersebut perlu menyertai rombongan berdagang,si isteri tinggal bersendirian dengan hambanya .Sang suami memesan supaya hamba tersebut menjaga isterinya dengan baik.Pada suatu hari,sang hamba menanyakan kepada sang isteri itu,adakah dia mahu sentiasa disayangi suaminya .Isteri mana yang tidak suka disayangi suaminya , lantas isteri tersebut menjawab\; "tentulah\'
Hamba itu berkata ,menurut petua suku kaumnya ,mana-mana isteri yang ingin disayangi suaminya perlulah mencukur sedikit bulu yang terdapat pada leher suaminya kemudian meletakkan di tempat paling tertinggi dalam rumah mereka.

                                Si isteri yang teruja ,bergegas ke pasar dan membeli pisau yang sangat tajam,.Akhirnya ,tibalah kepulagan suami yang dicintai,sang isteri menyambutnya dengan gembira sekali.Sang hamba kemudian mengatur rancangannya dengan bertemu sang suami secara peribadi .Hamba terbabit membuat cerita yang kononya sepanjang ketiadaan suami tersebut,sang isteri telah berbuat curang dengan lelaki lain .Buktinya pada malam ini ,si isteri akan bunuh si suami selepas si suami nyenyak tidur.

                                  Pada malam itu,sang suami  berpura-pura tidur dengan nyenyak.Si isteri yang penuh keterujaan perlahan-lahan bangun ,dan dengan penuh cinta dia mengeluarkan pisau dan meletakkan ke leher suaminya untuk mencukur .Suaminya itu terkedu dengan perbuatan isterinya terus mengambil pisau daripada isterinya dan menikam-nikam isterinya sehingga beliau terkulai lemah tidak bernyawa .

Lidah itulah ,
Penghancur kebahagiaan insani ,
Ambillah iktibar bagi yang punya hati .

No comments:

Post a Comment