Tuesday 15 October 2013

Semoga dosa mendekatkanmu dengan tuhanmu


Kisah 1
Badruddin al-Hasani adalah seorang ulama' besar pada zamannya.Satu hari dia menyuruh anak muridnya mengirimkan pesananya yang berbentuk seuncang wang kepada semua pelacur di Syam ,dia juga menyuruh anak muridnya mengatakan kepada para pelacur itu supaya mendoakannya supaya sentiasa berada dalam agama tauhid dan sentiasa dinaungi petunjuk Allah .
            Pelacur-pelacur yang menerima wang dan pesanan itu tersentak kerana menyedari bahawa diri mereka yang kotor dan digelar sampah masyarakat diminta mendoakan ulama' yang besar .Akhirnya mereka sedar akan perbuatan mereka selama ini dan menjadi wanita yang solehah serta dekat dengan Allah .


Kisah 2
          Satu hari,Rasulullah meminta seorang pemuda untuk pergi ke satu tempat untuk menyelesaikan sesuatu urusan .Dalam perjalanan ,lelaki itu terpandang bilik air dan di dalamnya seorang wanita sedang mandi .Lelaki itu tersentak dan sangat merasa bersalah ,walhal yang dilihatnya hanyalah bayangan bukan melihat secara terus tubuh wanita itu kerana dilindungi tabir.
            Lelaki itu terus melarikan diri ke satu bukit dan terus menangis ,sampai selepas waktu asar barulah dia turun untuk mendapatkan bekalan minuman daripada orang yang melintasi kawasan bukit itu .Begitulah rutinnya setiap hari ,asyik menangis di atas bukit itu .Rasulullah mula bimbang kerana tiada pengkhabaran mengenai pemuda tersebut .Lantas baginda meminta Umar dan seorang lagi sahabatnya untuk mencari pemuda tersebut .
            Umar dan sahabatnya mencari-cari pemuda tersebut dan akhirnya tiba di kawasan pemuda tersebut bersembunyi .Mereka terjumpa seorang lelaki di situ dan bertanyakan perihal pemuda yang hilang itu .Lelaki itu menanyakan adakah lelaki yang dimaksudkan itu adalah kaki menangis ,sekiranya ya mereka boleh menemuinya selepas waktu asar ketika dia meminta segelas susu daripadanya .Umar dan sahabatnya menunggu sampai tiba waktu asar dan sememangnya benar lelaki yang kuat menangis itulah yang dicari mereka .
              Umar dan sahabatnya menyuruh pemuda itu pulang ,tetapi pemuda itu enggan kerana begitu takut dengan dosanya .Pemuda itu akhirnya dibawa pulang oleh Umar dan sahabatnya kerana dia yang lemah tidak berdaya itu tidak mampu nak melawan Umar yang sasa itu .
 
              Setibanya di hadapan Rasulullah pemuda itu menanyakan dengan perasaan bimbang ,adakah turunnya ayat-ayat al-Quran atau wahyu mengenainya ,Rasulullah menjawab tidak .Tiba-tiba kaki pemuda itu terasa seperti semut-semut dan dia mengadukan hal itu kepada Rasulullah .Rasulullah menjawab itu adalah sakratul maut ,baginda melihat wajah pemuda itu begitu bersih dan berseri-seri seolah-olah sudah bersedia untuk menemui Allah .Rasulullah menanyakan apa yang diharapkannya ketika ini ,pemuda itu menjawab rahmat Allah .Rasulullah mengatakan tiadalah keadaan hamba seperti ini melainkan Allah memperkenankan hajatnya .

No comments:

Post a Comment