Thursday 3 January 2013

لا اكراه في الدين

           Hei !! I nak buat apa-pun suka hati I lah , you ingat you siapa nak suruh I pakai tudung .I ada haklah nak buat apa-pun .You ni tak pernah baca al-ma'tsurat ke ? Kan ada tertera perkataaan لا اكراه في الدين
 Assalamualaikum , sahabat sekalian pernah jumpa orang begini ? Apa yang hendak dikatakan ya untuk menghadapi orang sebegini ? Susah juga kan kerana dia mempunyai "dalil "untuk berhujah ?



             Tidak mengapa ,tegurlah dengan cara berhikmah . Perumpamaannya begini,  ok cuba bayangkan sahabat-sahabat hendak pergi ke luar negara . Perlukan pas lawatan sosial atau passport kan ? Hmm..maksudnya kita bebaskan nak pergi ke mana-mana sekiranya mempunyai passport tersebut  .Ikutlah nak mandi sungai di negara tersebut ataupun menginap di hotel ataupun bergambar ke sana ke mari untuk menyimpan kenangan .

              Tiba-tiba sahabat melalui kawasan yang memerlukan pelancong menunjukkan passport ..Kemudian  sahabat mengingkarinya dengan alasan kita sudah mempunyai passport dan kita ada hak untuk membuat apa-apa sahaja termasuk mengingkari untuk menyerahkan passport . Memang kita bebas melakukan apa sahaja asalkan  kita masih  berada di bawah -bawah undang-undang kan ? Betul tak ?
          Begitu juga agama islam , kita boleh melakukan perkara-perkara norma kebiasaan manusia seperti makan , menonton televisyen malah berpakaian juga.Tetapi  haruslah mengikut apa yang disukai oleh Allah dan diredhainya sahaja . Itu sahaja untuk artikel kali ini ..semoga bermanfaat dan menambah ilmu pengetahuan ^u^.



                



            

No comments:

Post a Comment