Saturday 29 December 2012

Azam Baru !!!

          Apa khabar pembaca sekalian,
kita sekarang sudaah barada di penghujung 2012 dan berada di ambang 2013 .Pada tahun baru biasanya topik yang paling hangat diperkatakan ialah AZAM .

Pentingkah azam itu ? 

Penting,penting,penting  kerana ia dapat membuatkan hidup kita mempunyai matlamat dan supaya dapat memperbaiki kelemahan kita ,orang yang tiada matlamat ibarat seperti bermain bola tanpa tiang gol .

Tips untuk mencapai azam yang berkualiti ialah : 


1.Tentukan apa yang hendak kita capai dan perincikan dengan lebih dalam .Contoh azam yang berkualiti rendah ialah :saya hendak menjadi lebih baik .Apa yang dimaksudkan dengan lebih baik ? Bagaimana hendak menjadi lebih baik ? Dan apakah bukti yang kita sudah menjadi lebih baik ? Jadi kita perlu spesifkkan azam itu sendiri . 

2.Jangan mulakan sesuatu azam dengan perkataan yang negatif contohnya:" saya tidak mahu menjadi seorang yang pemarah ,  "saya tidak akan mencuri "  ,dan sebagainya .Tetapi tukarkan kepada :"saya adalah seorang yang penyabar " ,"saya bebas dari melakukan kerja mencuri ".Bagi memudahkan sahabat sekalian mudah memahami cuba anda membayangkan apa yang saya tuliskan :

  "Jangan bayangkan gajah warna pink ,Di atas gajah ada monyet yang di ekornya tidak mempunyai riben dan monyet itu  tidak memakan ais krim strawberry"          
 Hehee..hehe yang terbayang adalah yang sebaliknya bukan ???  

3.Target bilakah kita mahu melihat hasilnya .Dan jika impian yang kita pasangkan itu terlalu besar untuk dicapai, mulakan dengan sedikit-sedikit .Contohnya apabila pendaki ingin mendaki gunung setinggi 200 kilometer pasti dia merasakan sesuatu yang sangat sukar untuk dicapai tetapi jika terdapat papan tanda  yang menunjukkan bahawa dia telah mencapai 20km kemudian 40km pasti pendaki merasa lebih bersemangat .


Pendek kata formulanya ialah begini :
    1.Kita tahu apa yang kita hendak beli (matlamat)
     2.Kita tahu berapa harganya (usaha)
      3.Kita terus bayar harganya (melakukan sebaik mungkin apa yang diazamkan)

English scholar said : "I can accept failure,but I can't accept failure without trial "   
Jadi jangan putus asa kerana kegagalan itulah yang mengajar kita untuk berjaya .
Gagal itu baik tetapi takut untuk gagal itu bahaya kerana ia menghalang kita daripada melakukan langkah pertama untuk berjaya .

    

No comments:

Post a Comment