Monday 12 November 2012

Couple islamik ??

       

    Couple Islamic ...PERNAHKAH WUJUD ??

"awak ,apa perbezaan kita dengan couple2 yang lain kat luar sana tu ?" ,tanya seorang wanita kepada sahabat lelakinya yang duduk lebih kurang setengah meter jarak tempat duduknya .

      "kita couple tak macam diaorang,yang pegang-pegang tangan,berciuman,sebaliknya kita cuma mesej dan telefon 2-3 kali seminggu dan yang paling penting setiap kali kita dating ,kita solat tepat pada waktunya "Jawab seorang lelaki dalam lagak seperti ustaz .Sang wanita hanya tersenyum kagum melihat fatwa hebat yang dikeluarkan oleh lelaki yang dicintainya.


  Eh!!! wujud juga hubungan seperti ini ?.Sahabat-sahabat yang ana kasihi sekalian ,couple islamic tidak pernah wujud sama sekali ,noktah....


           "mana boleh macam itu ,!! dah namanya islamic ,mestilah bolehkan ? 

Kawan-kawan pernah tak makan hot dog? mestilah pernahkan ?.Bukankah itu haram kerana terteranya kalimah yang membawa maksud anjing panas ....Lepas itu,bunga tahi ayam tentulah berbau busuk kerana namanya yang diberikan, kerana mengikut adat kebiasaan tahi tentulah berbau busuk ...betul tak ??


        "eh mana boleh kata hot dog itu haram .Semua orang tahu hot dog boleh dimakan ,lainlah kalau dagingnya diperbuat daripada anjing atau babi atau binatang yang disembelih tetapi tidak disebut nama Allah .Hampir kesemua hot dog di pasaran Malaysia mempunyai  tanda halal .Selain itu,bunga tahi ayam tidaklah busuk .Malah rupanya pun tidak sama dengan tahi ayam betul tak ?"
        (gambar hiasan >w<)


    "betul..betul..betul....mana ada hotdog haram dan bunga tahi ayam itu busuk 
tetapi mengapa pula babi yang disembelih dengan nama Allah masih haram ? sedangkan sudah terang lagi bersuluh babi itu sudah pun disembelih .Jawapannya tentulah kerana hukum Allah telah mengatakan bahawasanya babi itu haram mengikut hukum syara'."

         "Dan tidaklah patut bagi seorang lelaki Mukmin dan perempuan Mukmin apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan satu ketetapan ,akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka ,dan sesiapa menderhakai Allah dan RasulNya maka sungguhlah dia telah sesat ,sesat yang nyata "                                                                               (Al-Ahzab 33:36)


       Buat sahabat yang menyimpan perasaan cinta itu ,ketahuilah sesungguhnya perasaan itu adalah sebuah fitrah dan Allah begitu menghargai dirimu dan langsung tidak membenci dirimu asalkan engkau tidak mengubah perasaan itu menjadi fitnah dengan bertindak melakukan perkara yang tidak diredhai ALLAH .

             Rasulullah bersabda :
 من عشق فكتم وعف فمات فهو شهيد
"Sesiapa yang jatuh cinta ,kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya ,maka dia adalah seorang yang syahid "            
                                                            (Riwayat Hakim,Ibn Asakir,al-Dailami dll)

 Dalam riwayat yang lain maksudnya
"Sesiapa yang jatuh cinta ,lalu dia memelihara kesucian dirinya dan bersabar hingga meninggal dunia,maka dia adalah seorang yang syahid "

   Pendek kata ,couple islamic hanyalah istilah tidak pada pelaksanaanya .
    eh....eh..tunggu belum habis lagi .Nak pesan lagi satu buat sahabat-sahabat sekalian supaya rapatkanlah diri dengan rakan sejantina dan katakanlah kepada mereka bahawa kita sayangkan mereka kerana Allah (perkara ini adalah sunnah nabi) kerana Inshallah hubungan yang dijalinkan kerana Allah tentulah tidak akan dicemari oleh ideologi-ideologi barat seperti lesbian ,gay dan sebagainya .Sibukkan diri juga dengan perkara agama Inshallah dirimu akan lebih tenang .BYE~.littlekittyemoticon

No comments:

Post a Comment