Monday, 12 March 2012

Mensyukuri nikmat Allah

 
          Assalamualaikum, hari ini ana nak menyampaikan ceramah bertajuk mensyukuri nikmat Allah.Kawan-kawan syukur tak dengan nikmat Allah ???..ehem2 tanya hati ,tanya iman ...oklah straight to the point ..pernah tak pembaca sekalian merasa frust sangat bila menemui sesuatu kegagalan ?  pernah kan ?
contohnya : "aku  dah buat semua tu bersungguh-sungguh ,tapi kenapa asyik gagal je ?" .eisshh , tu maknanya Allah dah sediakan sesuatu yang lebih baik untuk kawan-kawan .

          Kadangkala Allah berikan kita mentari yang menyinari , kemudian tiba-tiba hilang .Kemudian Allah datangkan pula guruh dan ribut , rupa-rupanya Allah hendak menghadiakan kita sebuah pelangi yang indah .
Happy ending bukan ? ..teruskanlah meminta kepadaNya apa yang kita hajati kerana Allah pernah berfirman : Mintalah kepadaKu nescaya akanKu perkenankan kepadamu.Wah, baiknya Allah sentiasa kabulkan permintaan kita .

              Tapi , adakah kawan terus meminta kepadaNya ? mungkin bila kita berdoa dan terus berdoa , tapi tak diperkenan olehNya ? ada tak ? hmmm...tu maknanya Allah sayang kat kita , Dia suka mendengar rintihan hambanya , dan percayalah cepat atau lambat pertolngannya PASTI akan datang inshallah kalau kita bersungguh-sungguh berdoa .

                Kawan-kawan yang ana sayangi kerana Allah , pernah tak kawan-kawan berasa seperti hendak menjadi orang lain ? mana tidaknya , dia tu cantik,pandai ,bla.....bla.....hmm....pernah kan ? termasuk ana sendiri( kadang-kadanglah ) =w=" .oklah jom kita dengar satu cerita : Pada suatu hari yang panas terik , si pemecah batu sedang memecahkan batu di gunung ,kemudian dia duduk berehat dan mendongakkan wajahnya ke langit . Sambil dia mendongakkan wajahnya ke langit , di hatinya terdetik "wah , hebatnya matahari itu , kan seronok kalau aku menjadi matahari , dapat menyinari seluruh alam dengan cahayaku ,pendek kata si pemecah batu menganggap sang suria itu adalah sesuatu yang hebat.

                Selang beberapa minit,muncul pula awan yang sangat besar , lantas menutup matahari yang gah menyinari itu .Maka , berfikir pula si pemecah batu itu "ehh!! lagi seronok kalau aku dapat menjadi awan itu, lebih hebat dan dapat menutup matahari , manfaatnya pun tidak kurang juga ,dapat memberi persekitaran yang redup.Tidak lama kemudian , awan yang besar itu terbelah dua kerana terpaksa merintangi gunung yang sangat besar . Si pemecah batu itu memikirkan lagi " tentu tidak seronok menjadi awan ,gunung lebih hebat , sudahlah besar, awan yang tadinya berjaya menutupi matahari kini , sudah pun dibelah oleh gunung.

                  Tidak lama kemudian , ia pun melihat seorang lelaki yang berjaya memecahkan batu di gunung itu, rupa-rupanya itulah dirinya. Hah!!! ok tak cerita ini ??pendek kata jangan mencuba untuk menjadi diri orang lain , kerana Allah telah menetapkan diri kita sebegitu sempurna , cuma diri kita yang sentiasa meratapi kekurangan diri,Kawan-kawan terokailah potensi dirimu ,kerana Allah telah menetapkan dirimu dengan sebaik-baik penciptaan , malah kita lebih mulia daripada malaikat dan makhluk-makhlukNya yang lain .Sebelum Ana menghabiskan entry kali ini , Ana nak nasihatkan kawan-kawan supaya sentiasa mensyukuri nikmat Allah ,kerana Allah berfirman : Jika kamu mensyukuri akan Ku tambahkan (nikmatmu) , dan jika kamu mengingkari , sesungguhnya azabKu adalah sangat pedih .
            

No comments:

Post a Comment