Friday 3 February 2012

Kenapa wanita itu perlu bertudung ?


Mari kita hayati kisah ini :

Ibu : Hani mulai hari ini , Hani kena pakai tudung tau !! jom kita pergi cari tudung kat kedai .

Hani :Alaaaaaaaa~ malaslah ibu lagipun Hani kecil lagi , belum baligh lagi >.< ....kenapa wanita perlu pakai tudung bu ?

Ibu : Hmm...waktu kecil nilah Hani kena belajar pakai tudung , kalau dah besar nanti tidaklah susah Hani nak sarungkan tudund di kepala tu..kalau Hani nak tahu mengapa perempuan harus bertudung
 ..hmmm,,sebabnya ....oklah ibu bagi contoh ,kalau Hani beli gula-gula ,Hani pilih yang dah terbuka pembungkusnya ataupun yang masih dibaluti plastiknya ?

Hani : Mestilah Hani pilih yang masih berbalut : /

Ibu : Begitu juga dengan perempuan ,jika kita perhatikan emas , mutiara dan permata semuanya Allah pelihara jauh ke dasar bumi kerana ia sememangnya BERHARGA  dan harus dijaga dengan baik .Hani tahu tak berapa banyak seksaan yang harus ditanggung oleh wanita yang tidak menutup rambutnya sahaja ?

Hani : apa seksaannya ibu ?

Ibu : 70,000 tahun seksaan di neraka hanya bagi SEHELAI rambut ...cuba bayangkan berapa ramai lelaki yang melihat rambut Hani dan berapa ratus ribu rambut Hani ada ?

Hani : mana ada orang nak kira rambut ibu~ >.< banyak sangat ...tapi kenapa berat sangat seksaannya Ibu ?

Ibu : sebab Allah sayangkan kita , bukankah wanita itu fitnah dunia ?cuba Hani tengok wanita yang tidak memakai tudung pasti banyak gangguan yang terpaksa dihadapinya

Hani : tapi Ibu ada sahaja wanita yang memakai tudung tetapi tetap diganggu ? = ="

Ibu : mungkin itu kerana mereka tidak berpakaian dengan pakaian yang mengikut syariat , misalnya ketat,jarang dan terdedah di sana-sini .Begitu juga dengan tudung , kita harus memakai sehingga MENUTUP DADA dan TIDAK JARANG serta TIDAK MENAMPAKKAN SANGGUL

Hani : eh sanggul pon tak boleh ke ?

Ibu : eh mestilah, Rasulullah SAW bersabda: “Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh 40 tahun  perjalanan.” (H.R. Muslim)

Hani : hmm...kalau kerana sanggul pun , kita tidak boleh menghidu syurga ,apatah lagi jika tidak memakai tudung kan ibu ?

Ibu : betul tu sayang ! Allah sangat SAYANGKAN  kita sebab itulah menjaga kaum wanita dengan sebaik-baiknya , bukankah wanita itu perhiasan dunia , dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah WANITA SOLEHAH

Hani : betul itu ibu !! tidak mengapa jika tidak dapat perhatian dan dikatakan kolot oleh manusia,asalkan Allah sayang dan cintakan kita .Bukan kerana manusia kita memasuki syurga tetapi dengan rahmat dan kasih-sayang Allah .

Ibu : betul itu Hani ^_^

No comments:

Post a Comment