Friday 18 May 2012

Bahagia !! Di manakah kamu ??

        Bahagia di manakah kamu ??  hmmm...mungkin boleh bahagia dengan :
  •  rupa yang cantik 
  • harta yang banyak 
  • popular pada pandangan manusia 
  • menjadi orang yang terpandai di dunia
  • dapat memerintah dunia 
 Tapi , kenapa ya orang di luar sana  kelihatan tidak bahagia walaupun memiliki semua kriteria ini ??
  kenapa ?????
kerana bahagia itu hanya boleh didapati dari hati yang dekat dengan Allah , iaitu hati yang sentiasa redha dengan ketentuan Allah ,hayatilah kisah ini :

              Di ufuk timur,kelihatan matahari baru bangkit dari tidurnya yang nyenyak sambil memancarkan cahaya yang menyinari alam sejagat , seorang petani sedang menanam padi di sawah sambil dibantu oleh isterinya ,manakala anaknya yang  seramai 5 orang pula bersama-sama menangkap ikan di sawah .Dia kemudian memandang sebuah rumah banglo yang sangat besar umpama istana yang baru dibina berdekatan pondok buruknya ,tempat dia dan sekeluarga berteduh.
 wah ,cantiknya bisik petani tadi.

               Kelihatan  di beranda tingkat atas rumah banglo itu seorang Dato' sedang menikmati minum paginya sambil termenung keluar . Manakala anak perempuan tunggal lelaki kaya itu sedang bergegas keluar dari rumah itu .Lagak pakaiannya seperti hendak berjalan bersama-sama temannya di bandar .

              Petani itu mula berfikir, alangkah indahnya hidup seperti lelaki kaya itu , dapat menaiki kereta yang mewah , anaknya pula hanya seorang pasti mudah menjaganya ,lihatlah minum paginya sahaja seperti makanan yang hanya didapati di restoran mewah .Isterinya pula pasti bangga mendapat suami yang kaya sepertinya.

               Di sudut lain pula , Dato' itu sedang memandang ke arah petani tadi yang sedang melakukan kerjanya . Dia mula berfikir alangkah indahnya menjadi petani itu , tubuhnya pasti  sihat kerana bekerja sebagai petani , tetapi aku hanya terperuk di office hampir 24 jam, bila pulang ke rumah, pasti isteriku akan berleter seperti burung murai , huuh ,boleh meletup aku dibuatnya  .Anak perempuan aku pula ,jarang nak lekat di rumah asyik-asyik keluar bersama-sama temannya sahaja .Makanan yang sedap ni pula aku tidak mampu  menjamahnya kerana menghidap pelbagai penyakit , makan pun ala kadar sahaja .Lihatlah petani itu , pasti sedap jika ikan yang ditangkap anak-anaknya dimasak gulai ,hmm..memang menyelerakan .

                Lihat contoh peristiwa ini , kedua orang ini tidak mendapat kebahagiaan kerana tidak redha akan keadaan diri mereka dan hanya melihat kepada kelebihan orang lain . Baiklah ,sekiranya kawan-kawan merasakan kebahagiaan itu boleh didapati dengan kecantikan , lihatlah keadaan zaman ini , angkara mahu kelihatan kacak dan cantik seperti artis k-pop , ada yang sanggup melakukan pembedahan plastik mahupun menanam silikon di dalam muka sehingga menyebabkan maut ..Hish !!!buat apa susah - susah .Bukankah dunia ini cuma permainan dan gurau senda . Tidak mengapa tak cantik di dunia ,nanti kat akhirat kita pakailah dan berhiaslah cantik-cantik . OK ?
                                                                                                                              
                  Sekiranya kawan-kawan merasakan kemahsyuran itu adalah kebahagiaan ,lihatlah beberapa contoh artis luar negara ,angkara tertekan ada yang sanggup membunuh diri. Sedangkan ,jika dilihat dari luar mereka ibarat memiliki segala-galanya .Jika kemahsyuran itu yang dipuja-puja ,tunggulah satu hari nanti ia akan hilang jua ., tetapi tariklah perhatian Allah kerana inshallah anda tetap akan masyhur di langit walaupun bukan di bumi .


                      hmmm....rasanya panjang sangatlah pula entry kali ini , sampai ini sahaja kot , saya akhiri entry ini ,tapi tunggu sebentar ,kalau boleh sudi-sudilah tengok video di bawah ini sebagai hadiah sudi membaca entry kali ini .ENJOY!!!
              

          

No comments:

Post a Comment